Peningkatan kos hidup adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan kesan daripada pergerakan ekonomi yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Pun begitu, ini tidak bermakna kita tidak boleh mengawal situasi ini agar kesannya menjadi minimum.
Peningkatan kos sara hidup merupakan beban sosial yang meliputi aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan. Justeru dalam soal pertumbuhan okonomi bagi mencapai taraf pembangunan sesebuah negara maju, kita perlu juga melihat kepada pembangunan masyarakat sebagai unsur kolektif demi mencapai kesejahteraan hidup.
Kesukaran mencukupkan pendapatan tidak hanya menyebabkan kita tidak dapat menikmati barangan dan perkhidmatan yang diingini tetapi ia memberi kesan langsung kepada institusi keluarga termasuk aspek pemakanan dan persekolahan anak-anak.
Sekurang-kurangnya dengan bantuan baucer pembelian buku untuk para pelajar juga kewujudan kedai yang menjual barangan runcit dengan harga yang berpatutan hasil daripada program transformasi yang dijalankan membantu isi rumah terutama pihak ibu bapa menyempurnakan keperluan keluarga.
Kita harus melihat perubahan ini dengan sikap yang lebih matang dan tidak boleh hanya berpeluk tubuh menanti apakah lagi kesenangan yang bakal dinikmati sebaliknya perlu mengambil langkah proaktif seperti mengurus cara hidup dengan pendapatan yang diterima setiap bulan bagi memastikan kelangsungan kita hinggta ke bulan berikutnya.
Sikap mengikut tren terkini tidak akan meningkatkan pendapatan boleh guna anda terutamanya kumpulan isi rumah 40% terendah. Contohnya, pekerja yang baru mula bekerja dan mendapat gaji di bawah kumpulan ini sering terdorong untuk memiliki gajet yang canggih juga kenderaan sendiri walaupun pada hakikatnya mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan yang tinggi.
Perbelanjaan berhemah juga mengutamakan keperluan utama dan tidak mudah terpengaruh dengan peralatan rumah yang tidak diperlu seperti hiasan rumah yang mahal dan membawa kepada pembaziran. Janganlah melihat kepada mereka yang mempunyai kemampuan dan gaya kehidupannya yang mewah.
Jika ditakdirkan Allah menjadi orang yang sederhana pendapatannya, tidak perlu terlalu teruja untuk memiliki kemewahan dalam sekelip mata. Sikap ini akan menyebabkan tidak senang dan gelisah sepanjang masa dan asyik berangan-angan untuk mendapatkan juga sebagaimana yang dimiliki orang lain.
Sesungguhnya kos sara hidup bukanlah semata-mata mengenai peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ataupun bagaimana untuk meningkatkan pendapatan sedia ada tetapi juga sebenarnya adalah persoalan mengenai pengurusan pendapatan yang diterima pada setiap bulan.
Kesungguhan untuk beristiqamah dalam mengendali pendapatan sangat mencabar dan bukan semua orang mampu melakukannya. Kejayaan mengurus wang hingga sampai pada sebulan yang seterusnya menjadikan seseorang itu lebih gembira dan berlapang dada dalam meniti hari-hari yang mendatang.
Sesungguhnya kita mengharapkan agar ada kesedaran yang timbul dalam masyarakat untuk lebih memahami apa yang sedang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa dan mengambil tindakan sewajarnya juga apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kita bergerak seiring dengan perubahan tersebut.
Adanya sokongan masyarakat untuk terdorong mengubah taraf hidup begitu juga usaha menambahbaik jurang pendapatan dan menangani kos sara hidup memungkinkan kita untuk mencapai sasaran negara maju 2020 dalam erti kata yang sebenar-benarnya iaitu maju dalam pembangunan ekonomi, masyarakat dan sosial.
Justeru, apa yang penting sekarang, bagaimana kita hendak mengadaptasi keadaan ini agar sekurang-kurangnya dapat diminimumkan kesannya kerana 'hidup perlu diteruskan'.
Golongan makan gaji yang diklasifikasi sebagai golongan berpendapatan sederhana dan rendah disaran perlu lebih kreatif dalam mengurus kehidupan sekarang. Kreatif dalam usaha menambah pendapatan.
Kredit : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Sumber : Berita Harian (28/04/2014)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources