Oleh Syed Azwan Syed Ali, Sarah Sulaiman dan Wan Noor Hayati Wan Alias
bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengenakan sekatan akses ke atas mana-mana laman web yang dilaporkan menipu orang ramai menerusi perniagaan dalam talian.
Tindakan itu bagaimanapun hanya boleh diambil selepas menerima aduan dan pengesahan daripada badan penguat kuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), yang mempunyai bidang kuasa dalam urusan jual beli perniagaan dalam talian.
SKMM hanya mempunyai bidang kuasa dalam urusan membabitkan peralatan komunikasi tidak standard atau barangan larangan import seperti TVRO dan parabola, yang tidak boleh dibawa masuk ke negara ini.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata pihaknya hanya boleh mengambil tindakan jika barangan itu membabitkan peralatan komunikasi tidak standard atau peralatan yang tidak diluluskan SIRIM.
Pengesahan KPDNKK
"Tindakan ini kita boleh ambil mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. SKMM juga boleh mengenakan sekatan ke atas laman web terbabit, jika mendapat aduan dan pengesahan daripada KPDNKK,' katanya kepada BH, semalam.
Zulkarnain mengulas laporan khas BH kelmarin, mengenai kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat tahun lalu kepada 1,891 kes membabitkan kerugian RM6.2 juta berbanding 1,751 kes pada tahun 2012.
Statistik tuntutan transaksi pembelian dalam talian difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan sebanyak 27 kes pembelian telefon membabitkan kerugian RM21,586 dalam tempoh itu.
Tak sedar ditipu
Kebanyakan pembeli hanya menyedari tertipu apabila menerima bungkusan yang dihantar kepada mereka, misalnya kes pembelian telefon bimbit tetapi menerima lesung batu.
Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pihaknya juga boleh meminta pengendali perniagaan dalam talian sah seperti mudah.my untuk mengeluarkan barangan yang menyalahi undang-undang itu daripada senarai iklannya jika menerima aduan orang ramai.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources