Selamat dan mudah, perbankan atas talian dapat memenuhi keperluan perniagaan anda. Perbankan atas talian membolehkan anda melaksanakan aktiviti perniagaan dengan lebih mudah di samping meningkatkan produktiviti. Anda boleh melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Kelebihan perbankan atas talian
(1) Senang - Akses akaun anda dengan mudah, 7 hari seminggu, di mana-mana sahaja.
(2) Mudah menyemak maklumat akaun - Semak penyata akaun anda daripada pejabat atau rumah tanpa perlu menghubungi bank anda. Anda juga tidak perlu hadir di cawangan bank bagi mendapatkan penyata akaun.
(3) Pemindahan dana atas talian dengan senang - pemindahan dana antara akaun daripada bank yang sama, transaksi pemindahan dana akan dibuat dengan serta merta. Bagi pemindahan dana ke bank lain pula, dana akan dikreditkan selewat-lewatnya pada hari bekerja keesokannya.
(4) Proses penyelarasan yang lebih mudah - Rujukan pembayaran disediakan bagi transaksi IBG (GIRO Antara Bank) untuk membolehkan penerima mengenal pasti pembayar dan tujuan pembayaran bagi memudahkan proses penyelarasan.
(5) Membuat bayaran pinjaman dan bil dengan cepat - Anda tidak perlu lagi beratur panjang. Hanya log masuk dan uruskan pembayaran pinjaman, bil-bil dan pembayaran berkala secara dalam talian.
(6) Ketenangan fikiran - Transaksi pembayaran kepada vendor, pembekal atau pekerja boleh dilaksanakan dengan selamat melalui perbankan dalam talian.
Perbankan atas talian membolehkan anda menguruskan transaksi perbankan anda dengan cekap. Ini memberi anda lebih masa untuk menumpukan perhatian pada perniagaan anda. Sila hubungi bank anda untuk mendapat maklumat lanjut tentang kemudahan perbankan atas talian yang disediakan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources