zahrin@bh.com.my
"Pilih institusi kewangan berlesen, elak pinjam daripada peminjam haram"
Di negara kita, ada pelbagai institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman. Penyedia perkhidmatan pinjaman utama seperti institusi kewangan, koperasi dan peminjam wang berlesen.
Institusi kewangan berlesen merangkumi bank perdagangan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), menyediakan kemudahan kredit kepada peminjam yang layak.
Anda dinasihat mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen kerana ada undang-undang yang melindungi hak sebagai peminjam.
Koperasi pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Peminjam wang berlesen pula dilesenkan oleh kerajaan tempatan untuk menawarkan pinjaman kepada orang ramai.
Peminjam wang tidak berlesen pula beroperasi secara haram dan mereka dikenali sebagai 'lintah darat' atau along. Mereka menawarkan pinjaman tanpa cagaran pada kadar faedah yang tinggi dengan syarat yang tidak jelas.
Mereka juga sering menggunakan ancaman dan kekerasan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman. Anda dinasihatkan tidak meminjam daripada peminjam wang tidak berlesen.
Jenis Pinjaman
- Pinjaman Bercagar - Memerlukan aset sebagai cagaran dan lazimnya pinjaman bercagar mudah diperolehi. Jika pembayaran balik gagal dilakukan, institusi kewangan berhak merampas dan menjual aset anda untuk mendapatkan kembali wang pinjaman mereka. Contoh pinjaman bercagar adalah pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan.
- Pinjaman Tidak Bercagar - Tidak perlukan aset sebagai cagaran. Bergantung kepada keupayaan bayar balik pinjaman dan sejarah kredit anda. Jumlah pinjaman biasanya lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih pendek. Biasanya kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi berbanding kadar pinjaman bercagar. Contoh pinjaman tidak bercagar ialah hutang kad kredit dan pinjaman peribadi
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources