Pontian : Kira-kira 20 peratus permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 ditolak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didapati tidak layak, selain ada yang menggunakan Mykad yang tidak wujud.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata banyak faktor menyebabkan permohonan ditolak termasuk semakan data mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 berbanding kelayakan yang ditetapkan.
Beliau berkata, selain itu ada permohonan meletakkan nama ibu bapa sebagai tanggungjawab menyebabkan permohonan ditolak kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak.
Boleh kemuka rayuan
"Ada juga nombor MyKad permohon tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.
"Bagaimanapun, pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Gotong-royong Denggi Bersama Pemimpin, di Kampung Seri Mahkota, Pontian Besar, dekat sini semalam.
Yang turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr Norashikin Mahadan dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pontian, Raja Abdullah Raja Aris.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata borang rayuan boleh didapati di pejabat LHDN atau dimuat turun menerusi laman web rasmi LHDN.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources