Peningkatan harga minyak dan barang menyebabkan kos sara hidup turut mengalami peningkatan. Jika dahulu sekampit berat lima kilogram, dijual dengan harga kurang daripada RM10.00 tetapi kini ia mengalami peningkatan antara sekali hingga dua kali ganda daripada harga asal.
Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu mengimbangi perbelanjaan sehingga berdepan dengan krisis kewangan. Menyedari perkara ini, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana untuk berjimat.
(1) Senarai dahulu barangan yang diperlukan dan berbelanja berdasarkan keperluan bukan kehendak. Ini akan membantu anda untuk mengoptimumkan lagi pengguna wang dan mengelakkan pembaziran.
(2) Hobi membaca merupakan hobi yang bagus, namun tidak semestinya anda perlu membeli semua majalah atau buku yang diminati setiap bulan. Anda boleh berkongsi majalah dan bahan bacaan lain dengan rakan-rakan. selain itu, anda boleh membaca buku kegemaran anda di perpustakaan.
(3) Berbual di telefon sememangnya satu perkara yang mengasyikkan sehingga ramai yang lupa diri sehingga bil melebihi bajet yang ditetapkan. Ringkaskan perbualan anda atau berikan keutamaan pada penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS).
(4) Jika dahulu anda gemar melancong ke luar negara, sekarang lebih baik habiskan percutian anda di dalam negara sahaja bagi menjimatkan perbelanjaan anda, aliran wang ke luar negara juga boleh dikurangkan.
(5) Pakej saluran pelbagai yang ditawarkan oleh pelbagai stesen televisyen bebrayar memang menarik. Tetapi fikirkan adakah semua saluran yang ditawarkan tersebut akan ditonton oleh anda. Jika masa anda sering dihabiskan di luar rumah, jangan langgan pakej yang anda tidak tonton.
(6) Elakkan belian secara kredit dan amalkan belian tunai. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.
(7) Bawa bekalan dari rumah ke pejabat. Ia bukan sahaja menjimatkan malahan kebersihan dan khasiatnya lebih terjamin.
(8) Jika dahulu anda gemar membeli barangan berjenama dan mewah, kini tumpuan pembelian anda pada barangan tempatan. Cuba kikis anggapan bahawa barangan tempatan tidak berkualiti daripada minda anda.
(9) Amalkan menyemak kandungan bil-bil utiliti anda seperti bil telefon, air, elektrik, internet dan sebagainya pada setiap bulan.
(10) Biarpun ia merupakan tanggungan bulanan anda, tetapi semak terlebih dahulu semua bil sebelum membuat pembayaran kerana dikhuatiri terdapat kesilapan atau caj yang tidak disedari.
Sentiasa peka terhadap aliran wang keluar pada setiap bulan dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian anda. Sediakan buku kecil untuk merekodkan perbelanjaan anda dan semak pada setiap hujung bulan pengaliran wang anda. Melalui cara ini, anda dapat mengenal pasti sama ada anda boros atau tidak.
# Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources