Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
PUBLIC GOLD melalui produk terbarunya iaitu i-Series (investment Series) memberi peluang kepada orang ramai yang mahukan keuntungan dalam pelaburan logam terbabit apabila menawarkan harga lebih rendah berbanding di kedai emas terkemuka lain.
Pengurus Besar Public Dinar Sdn Bhd (PDSB), Syukor Hashim berkata, jika sebelum ini pelaburan emas dianggap tidak menguntungkan berikutan susut nilainya yang tinggi antara 25 hingga 40 peratus, namun kini dengan nilai emas yang semakin meningkat, ramai pelabur mempunyai kesedaran untuk melabur.
“Atas kesedaran inilah Public Gold menawarkan kemudahan jual beli jongkong emas, dinar emas dan juga jongkong perak dengan menawarkan produk terbaru dikenali i-Series. “Produk i-Series ini merangkumi barang kemas seperti rantai leher dan rantai tangan yang mempunyai keistimewaan dari segi reka bentuknya yang padu dan tahan lasak serta tidak mudah rosak,” katanya.
Menurutnya, produk itu juga mempunyai ciri-ciri istimewa dan ia menguntungkan pembeli kerana harga barang kemas ditawarkan mengikut harga emas dunia yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kedai emas terkemuka lain.
“Selain itu, reka bentuk barang kemas yang ditawarkan kepada pembeli tidak mempunyai sebarang batu permata kerana ia emas padu yang nilai ketulenannya dapat diukur dengan tepat menggunakan mesin densimeter. “Pelanggan juga dapat memaksimumkan keuntungan dengan membeli produk i-Series ini kerana setiap barang kemasnya tidak mempunyai kos upah pekerja dan mereka hanya perlu membayar mengikut harga emas semasa,” katanya sambil menambah, produk i-Series itu mempunyai susut nilai hanya 10 peratus berbanding kedai emas lain yang mempunyai nilai susut hingga 25 peratus.
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/