Soal kewangan bukan satu perkara yang hanya perlu difikirkan oleh orang dewasa. Semua peringkat anggota masyarakat sedikit sebanyak akan terasa kesan daripada perancangan kewangan sama ada yang baik mahupun lemah.
Dalam ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa, bukan golongan pelajar juga tidak terkecuali. Sikap boros dan berbelanja yang sering diamalkan harus dikikis.
Sebagai pelajar, biarpun belum mempunyai sumber pendapatan, anda perlu bijak merancang kewangan agar kehidupan lebih terjamin.
Ketika inilah pentingnya amalan menabung dan berjimat cermat dalam pengurusan harian anda.
Menyedari kepentingan perancangan kewangan di kalangan pelajar, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) pada kali ini ingin berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan oleh golongan ini bagi merancang kewangan mereka.
Antara faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan ialah :
(1) Perancangan - Setiap kali mendapat wang, rancanglah perbelanjaan harian anda secara bijak. Misalnya, jika ibu bapa memberikan wang sebanyak RM50 seminggu, rekodkan dalam buku kecil anda.
Kemudian senaraikan jumlah perbelanjaan makan serta keperluan yang perlu dibeli pada minggu tersebut. Cuba untuk tidak berbelanja melebihi peruntukan yang dirancang.
(2) Bijak berbelanja - Dalam hal ini, anda haruslah mengenal pasti antara keperluan dan kehendak.Beli hanya yang benar-benar perlu sahaja. Elakkan daripada mengikut kata hati dalam berbelanja.
Sebaiknya, minta pandangan ibi bapa sebelum anda membeli barangan yang dihajati.
(3) Wang di tangan penting - Elakkan daripada berbelanja sehingga wang di tangan anda kehabisan. Anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya RM10 di tangan kerana ini boleh digunakan ketika berlaku situasi yang tidak diduga,
Sebaiknya, letakkan wang tersebut di poket berasingan di dalam dompet anda bagi mengelakkan anda membelanjakannya tanpa anda sedari.
(4) Simpan di tempat selamat - Bagi anda yang tinggal di asrama, sudah tentu ibu bapa memberikan wang saku yang banyak untuk anda berbelanja. Oleh itu, pastikan anda menyimpannya di tempat yang selamat dan tidak diketahui oleh orang lain.
Atau minta ibu bapa anda memasukkan wang ke dalamakaun anda. Keluarkan bila anda benar-benar memerlukannya sahaja.
(5) Tabungan - Tabungan penting untuk masa depan yang terjamin. Sediakan tabung di bilik anda dan simpan lebihan wang perbelanjaan harian anda. Setelah penuh, minta ibu bapa menyimpannya di dalam bank.
Anda boleh melihat pulangan hasil simpanan tersebut. Jumlah kewangan anda akan bertambah kerana bank akan memberi faedah hasil daripada simpanan tersebut.
(6) Jangan meminjam - Sikap gemar meminjam sebenarnya bukan satu amalan yang baik. Justeru, jangan meminjam daripada sesiapa pun semata-mata anda gagal mengawal kewangan. Dikhuatiri anda tidak mampu membayarnya semula.
Begitu juga bagi anda yang mempunyai lebihan kewangan. Sebolehnya elakkan meminjamkan wang kepada rakan. Anda masih bergelar pelajar, tidak mungkin mempunyai sumber pendapatan untuk menjelaskan hutang.
(7) Jujur - Jangan berbohong kepada ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan wang. Amalkan sikap berterus terang sekiranya anda kehabisan wang. Terangkan kepada ibu bapa ke mana wang tersebut akan dibelanjakan.
Namun, jangan meminta melebihi kemampuan ibu bapa.
Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources