Pengubahsuaian sering dilakukan pada enjin bagi menambah kelajuan maksima yang diimpikan. Tetapi sebenarnya pengubahsuaian seperti inilah menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Hal ini terjadi kerana enjin yang telah diubahsuai sesuka hati sukar untuk dikendalikan disebabkan spesifikasi turut berubah dan tidak seiring dengan sistem mekanisma yang asal.
Tidak salah jika ingin membuat pengubahsuaian pada jentera anda tetapi biarlah berpada-pada dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.
Jika masih berminat menukar enjin motosikal anda pastikan ia mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut adalah cara-cara membuat permohonan pertukaran enjin.
Jenis-jenis permohonan adalah seperti berikut :
(1) Kategori 1 - Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
(2) Kategori 2 - Penukaran ejin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25 peratus dari enjin asal.
(3) Kategore 3 - Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25 peratus dari keupayaan asal.
(4) Kategori 4 - Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari asal.
(5) Kategori 5 - Penukaran enjin dari model yang berlaian dari enjin asal.
Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin. Permohonan yang memenuhi syarat sahaaj yang akan diluluskan. Syarat-syaratnya adalah yang dinyatakan seperti berikut :
(a) Tidak ada pengubahsuaian pada enjin mounting.
(b) Kimpalan pada enjin mouting tidak dibenarkan.
(c) Propeller shaft tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
(d) Tiada keretakan atau karat pada enjin mounting.
(e) Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti enjin asal. Sistem gantungan (suspension system) perlu dinaikkan taraf merengkumi spring stiffness.
Bagi Kategori 1, permohonan perlu dihantar terus kepada JPJ Negeri dengan melampirkan dokumen berikut :
(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Kad pendaftaran yang asal
(3) Resit pembelian enjin yang asal
(4) Surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Insurans yang baru
Bagi Kategori 2 pula permohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan kepada JPJ Negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :
(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Kad pendaftaran yang asal
(3) Resit pembelian enjin yang asal
(4) Surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Surat pelepasan tanggungan
(6) Laporan pemeriksaan Puspakom (B2)
(7) LKM (cukai jalan)
(8) Insuran yang baru
Bagi Kategori 3, 4 dan 5 pemohon perlu membuat permohonan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Salinan kad pendaftaran
(3) Salinan resit pembelian enjin yang asal
(4) Salinan surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif, pemohon perlu mengikut proses Kategori 2.
Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun di laman web rasmi JPJ.
Sumber : JPJ
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources