Di sini saya ingin berkongsi beberapa cara untuk menabung :
(1) Pendapatan tambahan
Menambah wang pendapatan sudah tentu dapat menambahkan nilai tabungan. Didik diri untuk mendapatkan pendapatan atau elaun tambahan. Perlu kreatif dalam menambah pendapatan seperti berniaga secara kecil-kecilan di internet atau menyertai bidang lain yang boleh memberikan pendapatan tambahan.
Nak tahu cara Mudah TARIK DUIT -----> KLIK SINI
(2) Kenaikan gaji tahunan
Saban tahun, kebanyakan syarikat akan menghadiahkan kenaikan gaji tahunan kepada pekerja. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah tafsirkan semula perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru.
Seelok-eloknya simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai dan menikmati kenikmatan kenaikan gaji berkenaan.
Anda memerlukan motivasi untuk terus kekal menabung. Peruntukkan sebahagian kecil wang anda seperti menghadiahkan sehelai baju baru untuk diri anda sendiri.
(3) Elaun tambahan
Kebiasaannya, pekerja yang perlu bekerja di luar pejabat akan diberikan elaun tambahan seperti elaun minyak, tol dan makan.
Bagi pelajar, wang lebihan membeli keperluan pembelajaran yang diberikan ibu bapa boleh diklasifikasikan sebagai elaun tambahan.
Berhati-hati dengan elaun ini. Peruntukan dulu untuk kegunaan bulan hadapan dan selebihnya barulah disimpan. Tiada gunanya jika anda menyimpan tetapi anda memerlukan wang, anda terpaksa meminjam wang daripada orang lain.
(4) Menyimpan setiap nilai penjimatan
Simpanlah setiap sen yang berjaya dijimatkan pada setiap kali anda berbelanja.
(5) Tetapkan bilai simpanan
Cara utama untuk menabung ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap daripada pendapatan atau wang saku / elaun bulanan bagi yang belum bekerja.
Kebanyakan menasihat memilih 10 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda sudah menunaikan semua tanggungjawab atau menjelaskan bayaran bil anda terlebih dahulu.
(6) Bonus
Bonus sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Ia seperti penghargaan dan hadiah hasil prestasi kerja. Bagi yang belum bekerja, bonus boleh dinilai seperti sagu hati daripada keluarga atau wang hasil kerja sampingan.
Namun berbaloikah untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah payah anda itu sekali gus? Latih diri anda untuk tidak menggunakan wang bonus ini.
Jika mahu, gunakan hanya 10 peratus dan bakinya sebanyak 90 peratus pula disimpan. Ini akan menambah wang simpanan atau tabungan anda dan jika diteliti secara terus, inilah makna sebenar bonus.
(7) Wang syiling
Hampir semua barang yang dijual bukanlah bernilai genap seperti RM1 dan RM10. Kebanyakannya akan bernilai seperti RM1.60 dan RM10.10.
Setiap kali kita membuat pembayaran bagi barang ini, kita akan diberi baki wang syiling. Dapatkan sekurang-kurangnya satu untuk dijadikan tabung bagi wang syiling.
Sebagai kiraan mudah, ambil nilai 50 sen sebagai nilai tabungan syiling harian. Darabkan dengan 30 hari, 0.50 x 30 = RM15 bagi setiap bulan. Untuk setahun, darabkan dengan 12, 15 x 12 = RM180.
Mungkin nampak kecil, namun jika disimpan dalam jangka waktu yang panjang atau menaikkan nilai tabungan, pasti jumlahnya akan menjadi lebih besar.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources