Berita Panas

Total Pageviews

Bila Kuasa Beli Semakin Susut



Berbeza dengan rakyat Amerika Syarikat, kuasa beli rakyat di negara ini amat jauh berbeza berbanding di mana mereka masih mampu membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wang negara itu kian menyusut.

Secara logik, sepatutnya kuasa membeli mereka juga semakin kecil disebabkan penyusutan itu, tetapi rakyat AS terus menikmati kuasa beli yang besar. Keadaan ini terbalik daripada keadaan kita di mana sepatutnya penyusutan dolar memberi faedah kepada nilai ringgit.

Logiknya, apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja rakyat Malaysia pun akan ikut berkembang, bagaimana pun sebaliknya, kuasa beli kita menjadi semakin kecil sejak kebelakangan ini.

Penjelasannya begini - kuasa beli yang semakin menyusut merupakan petunjuk berlakunya ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara. Di negara maju, harga barang ditentukan oleh jumlah belian barang tersebut. Lebih barangan itu dibeli, lebih murah harganya.

DI Malaysia, keadaan ini terbalik. Lebih banyak barangan tertentu dibeli harga harga barangan tersebut hampir pasti akan meningkat. Inilah perbezaan yang mana perkara ini perlu dipandang serius bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi kita juga sebagai pengguna.

Satu lagi contoh, di mana kuasa beli di rakyatnya tidak terjejas ialah Singapura di mana mereka masih lagi boleh minum segelas teh tarik pada harga S$0.80. Di Malaysia, tidak ada kedai yang menjual segelas teh tarik kurang daripada RM1.50.

Penyusutan kuasa beli bermakna, gaji berjumlah RM3,500 tidak cukup kerana kos sara hidup yang tinggi apatah lagi jika anda menetap di Kuala Lumpur. Keadaan akan menjadi lebih meruncing bagi keluarga besar yang berpendapatan lebih rendah daripada itu.

Keadaan ini akan mewujudkan lebih ramai golongan miskin bandar jika tidak diatasi dengan segera, boleh mengugat ekonomi negara dalam masa jangka panjang.

Tetapi kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas bahu kerajaan semata-mata. Kos sara hidup yang kian meningkat memang membebankan, oleh itu sebagai pengguna, anda juga perlu mengambil langkah-langkah proaktif dan merancang kewangan untuk mengurangkan tekanan kos hidup.

Antara lain, apa yang boleh anda lakukan ialah membuat bayaran tunai bagi setiap pembelian selain kereta dan rumah dan elakkan skim-skim belian ansuran serta penggunaan kad-kad kredit yang sebenarnya hanya sekadar menangguhkan pembayaran hingga hujung bulan.

Jangan membeli secara impulsif, lebih baik senaraikan harga sebelum keluar membeli belah dan berdisiplin dalam mematuhi senarai berkenaan serta berbelanjalah secara sederhana. Manfaatkan kupon atau baucer yang diberikan ketika membeli belah di pasar raya kerana kedua-duanya dapat menjimatkan pembelian.

Didik diri anda untuk hidup dengan sederhana dan dengan hanya apa yang anda benar-benar perlukan dan cuba jangan tambah barang yang tidak diperlukan di rumah. Adakan dan rancangkan stok barang keperluan supaya pembelian di pasar-pasar raya dapat dikurangkan.

Kawal penggunaan telefon, elektrik, air, internet dan perkhidmatan utiliti yang lain dan elakkan pembaziran serta belajar kerja baik pulih peralatan rumah yang mudah bagi mengelakkan memanggil kontraktor dan dikenakan bayaran ke atas perkhidmatan dan pengangkutan mereka.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan



Setiap daripada kita wajib menjaga kesihatan dan memberikan hak sewajarnya kepada tubuh badan sendiri sebagaimana yang telah ditekan oleh Islam. Antara yang oleh agama ialah merawat penyakit yang dideritai walau sekecil mana sekalipun. Ini jelas menunjukkan bahawa rawatan adalah dituntut oleh Islam begi memelihara serta menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Ramai antara kita yang merungut yang kos perubatan dewasa ini yang merungut yang kos perubatan dewasa ini terutamanya di hospital swasta semakin meningkat, tetapi di samping aduan apakah tindakan lain yang boleh kita ambil untuk menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat ini.

Apabila penyakit semakin teruk baharulah kita mengabaikan kos dan tidak lagi menjadikannya perkiraan untuk mendapatkan rawatan sehingga timbul pelbagai isu sampingan seperti penggunaan kad kredit sehingga menimbulkan hutang yang tidak terbayar.

Anda sentiasa boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun kosnya mahal dengan cara membeli insuran konveksional atau insuran Islam ataupun takaful kesihatan.

Ini merupakan salah satu aspek pengurusan risiko terbaik kepada masyarakat dalam menghadapi dilema kos rawatan mahal kerana wang sumbangan takaful yang terkumpul dalam tabung pengurusan takaful akan digunakan untuk mebiayai kos rawatan tersebut.

Berbelanja untuk takaful sebagai persediaan untuk hari sakit lebih baik daripada berbelanja untuk perkara remeh dan tidak penting seperti membeli rokok dan sebagainya.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan termasuk perbelanjaan perkhidmatan hospital dan yuran profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi.

Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum atau bilangan hari.

Walaupun penyedia takaful menawarkan pelbagai pelan takaful untuk individu atau kolektif, kita sebagai pengguna masih perlu berhati-hati ketika memilih pelan yang diperlukan dengan cara memahami ciri-ciri, syarat-syarat dan manfaatnya.

Kaji dan selidik pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan yang kita serta bila dan bagaimana manfaat akan dibayar.

Takaful membolehkan kita merancang kewangan dengan strategi serampang dua mata di mana selain kita boleh menabung, kita juga boleh menyertai skim takaful untuk menghadapi sebarang musibah sakit selain skim ini juga membolehkan kita bersedekah melalui tabaruaat ke dalam tabung peserta.

Dengan menyertai takaful, kita secara langsung berusaha sebagai seorang Muslim untuk memelihara tuntutan syariah agar mencari rawatan yang terbaik ketika sakit dan akhirnya tidak menghalang mereka mendapatkan rawatan yang cepat dan baik dan tidak dibelenggu oleh kosnya yang agak mahal.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) 

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Tidak Mahu Bersara Kosong - Tip Untuk Masa Persaraan



Tip untuk masa persaraan
Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang muda pasti akan menjadi tua. Setiap daripada kita, apabila umur semakin meningkat, terutamanya apabila usia melebihi 50 tahun, survival selepas bersara pasti menjadi perkara utama yang berlegar di fikiran.

Bagi individu yang telah sedia berdepan dengan persaraan, pastinya kepala tidak pusing (bahkan rambut pun tidak gugur) kerana waktu persaraan membuka ruang untuk melakukan pelbagai perkara yang dahulunya tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa, kini boleh dilaksanakan dengan mudah.

Tetapi itu jika anda sudah bersedia, jika belum, alamatnya mengeluh panjanglah kita. Seorang yang menjalani hidup yang sederhana pun tidak akan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa selepas bersara.

Apabila mengambil kira pelbagai faktor seperti kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.

Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberansangkan, berbanding dengan statistik bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan umur lain.

Menyedari hakikat ini, artikel Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur pada kali ini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda menghadapi persaraan kehidupan yang dilalui lebih mudah dan berjalan lancar.

Sumber kewangan di hari persaraan

Terdapat beberapa sumber kewangan yang boleh membantu anda di hari persaraan kelak, seperti :
(1) Pencen dan gratuiti (bagi pekerja perkhidmatan awam)
(2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
(3) Pendapatan daripada simpanan atau pelaburan
(4) Wang daripada polisi insurans hayat

Apabila anda telah mengetahui apakah sumber-sumber kewangan, perancangan untuk persaraan kini boleh dirangka. Walau apa juga perancangan anda, beberapa perkara pokok perlu diketahui, dinilai dan dikemas kini.

Antara lain, anda perlu menentukan jumlah simpanan dan aset yang anda miliki sekarang, pendapatan bulanan yang diperolehi baik secara kasar mahupun bersih, peratusan caruman yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Anda juga perlu peka mengenai dana-dana pelaburan untuk persaraan yang dibuat, peratusan pulangan balik daripada pelaburan itu dan jarak masa yang tinggal sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang.

Selepas mengkaji aset dan tanggungan dimiliki, anggarkan jumlah diperlukan serta lakukan pengubahsuaian berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang seterusnya tetapkan bila anda mahu bersara supaya keperluan wang bulanan apabila bersara dapat ditentukan.

Persiapan persaraan hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, kepelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan seimbang serta aktiviti riadah.

Jangan terlalu mengharapkan insurans perubatan dan hayat kerana ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Oleh itu, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi menjamin kesejahteraan kehidupan selepas bersara.

Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan. Pastikan (anda perlu sedikit disiplin dalam hal ini) untuk menambah simpanan persaraan anda seiring dengan pertambahan pendapatan (gaji kita tidak mati dalam tempoh setahun) dan usia.

Anda boleh mula menyimpan sebanyak 10 peratus daripada gaji pada permulaan karier dan menambah simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, maka pada usia 26 tahun, anda boleh menyimpan sebanyak 11 peratus daripada gaji. Pada usia 35 tahun pula, anda boleh menyimpan sehingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan.

Paling baik ialah apabila anda memperuntukan sebahagian daripada kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan untuk simpanan untuk persaraan. selain menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang pelaburan anda bertambah mengikut pelan persaraan kelak.

Sumber : Persatuan Keselamtan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Melabur Dengan Bijak



Salah satu daripada ciri pengguna yang bijak ialah kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan mereka. Kemahiran menguruskan wang dewasa ini telah menjadi satu aspek yang penting kerana ia boleh membantu membina kehidupan yang berkualiti.

Terdapat banyak cara bagaimana anda boleh menguruskan kewangan anda, tetapi fokus artikel Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) pada kali ini ialah bagaimana cara anda menambah pendapatan.

Pada kali ini, PKPKL ingin membicarakan mengenai penjanaan pendapatan tambahan melalui pelaburan yang kini dilihat sebagai salah satu kaedah efektif untuk meningkatkan nilai kewangan anda dengan mudah.

Jika dibandingkan dengan simpanan biasa, pelaburan dapat menghasilkan nilai tambah yang lebih cepat dan menguntungkan. Namun perlu diingat tiada jalan pintas untuk berjaya. Anda perlu faham tentang pasaran saham yang bakal anda ceburi.

Tetapi awas! Jangan anggap pelaburan itu satu bentuk perjudian. Jika anda bijak membaca keadaan pasaran, membuat keputusan pelaburan tepat berdasarkan keadaan pasaran dan maklumat yang betul, pelaburan anda pasti membuahkan hasil yang lumayan.

PKPKL berharap tip melabur secara bijak dalam pasaran modal di bawah sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam dunia pelaburan.

Memahami Produk Pelaburan
Kenali produk pelaburan di pasaran dan kenal pasti peribadi anda sebagai pelabur.

Secara amnya pasaran modal tempatan boleh didapati dalam bentuk saham (ekuiti), bon, dagangan komoditi, waran, saham pinjaman, niaga hadapan dan indeks opsyen serta unit amanah.

Pelaburan yang dibuat oleh seorang pelabur bijak bukan sahaja bergantung kepada matlamat pelaburan dan modal yang dimiliki tetapi juga kepada nilai risiko yang harus ditanggung.

Semua pelaburan memiliki risiko, bezanya ialah sesetengah produk lebih berisiko berbanding yang lain. Dengan mengenali peribadi anda sebagai pelabur, anda dapat menilai tahap-tahap risiko yang sanggup atau boleh ditanggung yang mana ia memudahkan anda untuk memilih program pelaburan yang bersesuaian dengan profil anda, sama ada agresif, sederhana atau konservatif.

Jika anda seorang yang tidak suka mengambil risiko, elakkan daripada memilih pelaburan ekuiti kerana harganya sentiasa erubah dalam masa yang singkat. Jangan sampai pelaburan yang dibuat mendatangkan rasa gelisah berpanjang kepada diri anda.

Nilai Pelaburan
Bon, komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi kerana ia memerlukan modal yang besar dalam urus niaga, berbeza dengan pelabur runcit di mana dia boleh memilih untuk melabur dalam ekuiti dan unit amanah yang tidak memerlukan modal besar.

Jika anda mempunyai masa untuk membuat penyelidikan tentang arah aliran pasaran dan gemar mencabar kebolehan diri, anda boleh melabur terus dalam pasaran saham dan sanggup mengendalikan urusan pelaburan setiap hari serta menyediakan sejumlah wang setiap kali membuat pelaburan selain ingin mempelbagaikan pelaburan, maka unit amanah sesuai untuk anda.

Kaji Selidik
Selidik dan kaji dahulu sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan agar anda terselamat daripada bahana pelaburan yang dibuat berdasarkan khabar angin dan bukan fundamental.

Anda perlu kaji selidik laporan tahunan syarikat, pernyata kewangan yang berkaitan dan peka terhadap perkembangan pelaburan dalam dan luar negara. Gabungan analisis fundamental dengan pemilihan masa yang tepat untuk memasuki pelaburan. Bagi unit amanah, teliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya. Fahami prospektus dana dan dokumen yang mendatangkan kesan terhadap pelaburan yang dibuat dan bandingkan prestasi dana syarikat antara syarikat-syarikat dalam bidang yang sama.

Pertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan (tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi). Namun perlu diingat, prestasi dana yang mengalakkan masa lalu bukan penjamin kepada prestasi masa hadapan.

Kepentingan Simpanan Kecemasan
Kumpulkan wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan untuk tempoh 6 hingga 9 bulan sebelum memulakan sebarang pelaburan agar program pelaburan tidak terjejas jika timbul keperluan kewangan yang terdesak. Melabur dengan menggunakan wang simpanan meletakkan anda dalam risiko yang lebih besar.

Pelaburan Jangka Panjang
Dalam dunia pelaburan akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka yang panjang. Jadi, anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh yang lebih lama.

Sejarah telah membuktikan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak pada tahap yang lebih tinggi setelah mengalami kemerosotan. Namun, jika anda ingin mendapat keuntungan segera dengan melakukan spekulasi, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan ianya tidak akan membebankan anda jika berlaku kerugian.

Kepelbagaian Pelaburan
Bagi mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi, anda patut mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset. Sekiranya anda hanya melabur dalam ekuiti, buatlah pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor.

Bagi pelaburan dalam unit amanah pula, pilih beberapa jenis dana dan tidak hanya terhad kepada satu dana sahaja. Kerugian yang dialami dari satu sumber dana boleh ditampung daripada keuntungan yang diperolehi dar dana yang lain.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat



(1) Hidangkan pelbagai jenis makanan - Panduan Diet Malaysia menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Pelbagai jenis makanan membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga, nutien dan komponen makanan yang kita perlukan. Oleh itu, sekiranya anda merancang menu untuk mesyuarat atau majlis rasmi, pastikan ianya terdiri daripada pelbagai jenis makanan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan harian peserta mesyuarat.

(2) Hidangkan mengikut saiz sajian yang disaranakn - Panduan saiz sajian di dalam panduan ini dapat membantu anda membuat tempahan makanan. Saranan saiz sajian ini dibuat berdasarkan keperluan makanan seseorang. Ini akan membantu anda mengelakkan pembaziran dan menggalakkan peserta mengambil makanan dalam sukatan yang bersesuaian.

Berikut adalah beberapa panduan boleh digunakan untuk menghidang makanan dengan saiz sajian yang disarankan :

(a) Sediakan kuih-muih dengan saiz sajian yang lebih kecil daripada biasa iaitu di antara 30-50g bagi sekeping kuih. Sebagai contoh, seketul kuih seri muka dengan berat 30g membekalkan 60 kalori. Bagi kuih seri muka yang beratnya 50g pula akan mengandungi 100 kalori.

(b) Potong ayam dalam saiz yang kecil iaitu di antara 80-120 g bagi setiap hidangan. Sebagai contoh, seketul ayam goreng dengan berat 80 g membekalkan 170 kalori. Tetapi bagi ayam goreng yang sama berat 120g pula membekalkan 250 kalori.

(c) Hidangan ikan yang bersaiz sederhana (80-120g) atau potong mengikut saiz yang bersesuaian untuk hidangan individu iaitu di antara 50-60 g bagi satu potong. Sebagai contoh seekor ikan masa tiga rasa dengan berat 80 g membekalkan 150 kalori. Manakala, ikan yang sama dengan berat 120 g pula membekalkan 230 kalori. Bagi ikan yang dipotong pula, seketul ikan pari masak asam dengan berat 50 g mebekalkan 100 kalori. Manakala, ikan pari yang sama dengan berat 60 g pula membekalkan 120 kalori.

8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat

Panduan ini menekankan prinsip amalan makan secara sihat semasa menghidang atau menyediakan makanan:

(1) Sajikan jus buah-buahan tanpa gula atau buah segar untuk sarapan di samping makanan lain yang disarankan.

(2) Sajikan satu atau dua jenis kuih untuk minum pagi dan minum petang mengikut saiz sajian yang disarankan disamping buah-buahan segar.

(3) Hidangkan kuih-muih atau makanan yang tidak mengandungi gula.

(4) Sajikan satu jenis makanan berasaskan ikan / ayam / daging / kekacang dan dua jenis sayur-sayuran sama ada sayur yang telah dimasak atau ulam-ulaman untuk waktu makan utama.

(5) Sajikan susu rendah lemak bagi minuman kopi / teh dan gula secara berasingan. Penggunaan krimer manis atau bukan tenusu adalah tidak digalakkan.

(6) Sekiranya sarapan disediakan untuk mesyuarat, minum pagi tidak perlu lagi dihidangkan.

(7) Hidangan di dalam contoh menu boleh ditukar ganti dengan hidangan lain yang sama nilai kalorinya. Disertakan juga senarai hidangan lain yang boleh menggantikan hidangan yang digunakan dalam menu.

(8) Pamerkan label kandungan kalori pada setiap makanan yang dihidangkan semasa mesyuarat.

Sumber : Panduan Penyajian Sihat Semasa Mesyuarat, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar



Soal kewangan bukan satu perkara yang hanya perlu difikirkan oleh orang dewasa. Semua peringkat anggota masyarakat sedikit sebanyak akan terasa kesan daripada perancangan kewangan sama ada yang baik mahupun lemah.

Dalam ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa, bukan golongan pelajar juga tidak terkecuali. Sikap boros dan berbelanja yang sering diamalkan harus dikikis.

Sebagai pelajar, biarpun belum mempunyai sumber pendapatan, anda perlu bijak merancang kewangan agar kehidupan lebih terjamin.

Ketika inilah pentingnya amalan menabung dan berjimat cermat dalam pengurusan harian anda.

Menyedari kepentingan perancangan kewangan di kalangan pelajar, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) pada kali ini ingin berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan oleh golongan ini bagi merancang kewangan mereka.

Antara faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan ialah :

(1) Perancangan - Setiap kali mendapat wang, rancanglah perbelanjaan harian anda secara bijak. Misalnya, jika ibu bapa memberikan wang sebanyak RM50 seminggu, rekodkan dalam buku kecil anda.

Kemudian senaraikan jumlah perbelanjaan makan serta keperluan yang perlu dibeli pada minggu tersebut. Cuba untuk tidak berbelanja melebihi peruntukan yang dirancang.

(2) Bijak berbelanja - Dalam hal ini, anda haruslah mengenal pasti antara keperluan dan kehendak.Beli hanya yang benar-benar perlu sahaja. Elakkan daripada mengikut kata hati dalam berbelanja.

Sebaiknya, minta pandangan ibi bapa sebelum anda membeli barangan yang dihajati.

(3) Wang di tangan penting - Elakkan daripada berbelanja sehingga wang di tangan anda kehabisan. Anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya RM10 di tangan kerana ini boleh digunakan ketika berlaku situasi yang tidak diduga,

Sebaiknya, letakkan wang tersebut di poket berasingan di dalam dompet anda bagi mengelakkan anda membelanjakannya tanpa anda sedari.

(4) Simpan di tempat selamat - Bagi anda yang tinggal di asrama, sudah tentu ibu bapa memberikan wang saku yang banyak untuk anda berbelanja. Oleh itu, pastikan anda menyimpannya di tempat yang selamat dan tidak diketahui oleh orang lain.

Atau minta ibu bapa anda memasukkan wang ke dalamakaun anda. Keluarkan bila anda benar-benar memerlukannya sahaja.

(5) Tabungan - Tabungan penting untuk masa depan yang terjamin. Sediakan tabung di bilik anda dan simpan lebihan wang perbelanjaan harian anda. Setelah penuh, minta ibu bapa menyimpannya di dalam bank.

Anda boleh melihat pulangan hasil simpanan tersebut. Jumlah kewangan anda akan bertambah kerana bank akan memberi faedah hasil daripada simpanan tersebut.

(6) Jangan meminjam - Sikap gemar meminjam sebenarnya bukan satu amalan yang baik. Justeru, jangan meminjam daripada sesiapa pun semata-mata anda gagal mengawal kewangan. Dikhuatiri anda tidak mampu membayarnya semula.

Begitu juga bagi anda yang mempunyai lebihan kewangan. Sebolehnya elakkan meminjamkan wang kepada rakan. Anda masih bergelar pelajar, tidak mungkin mempunyai sumber pendapatan untuk menjelaskan hutang.

(7) Jujur - Jangan berbohong kepada ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan wang. Amalkan sikap berterus terang sekiranya anda kehabisan wang. Terangkan kepada ibu bapa ke mana wang tersebut akan dibelanjakan.

Namun, jangan meminta melebihi kemampuan ibu bapa.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Pengubahsuaian Pada Jentera Biar Berpada-pada



Pengubahsuaian sering dilakukan pada enjin bagi menambah kelajuan maksima yang diimpikan. Tetapi sebenarnya pengubahsuaian seperti inilah menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Hal ini terjadi kerana enjin yang telah diubahsuai sesuka hati sukar untuk dikendalikan disebabkan spesifikasi turut berubah dan tidak seiring dengan sistem mekanisma yang asal.

Tidak salah jika ingin membuat pengubahsuaian pada jentera anda tetapi biarlah berpada-pada dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.

Jika masih berminat menukar enjin motosikal anda pastikan ia mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut adalah cara-cara membuat permohonan pertukaran enjin.

Jenis-jenis permohonan adalah seperti berikut :

(1) Kategori 1 - Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.

(2) Kategori 2 - Penukaran ejin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25 peratus dari enjin asal.

(3) Kategore 3 - Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25 peratus dari keupayaan asal.

(4) Kategori 4 - Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari asal.

(5) Kategori 5 - Penukaran enjin dari model yang berlaian dari enjin asal.

Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin. Permohonan yang memenuhi syarat sahaaj yang akan diluluskan. Syarat-syaratnya adalah yang dinyatakan seperti berikut :

(a) Tidak ada pengubahsuaian pada enjin mounting.
(b) Kimpalan pada enjin mouting tidak dibenarkan.
(c) Propeller shaft tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
(d) Tiada keretakan atau karat pada enjin mounting.
(e) Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti enjin asal. Sistem gantungan (suspension system) perlu dinaikkan taraf merengkumi spring stiffness.

Bagi Kategori 1, permohonan perlu dihantar terus kepada JPJ Negeri dengan melampirkan dokumen berikut :
(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Kad pendaftaran yang asal
(3) Resit pembelian enjin yang asal
(4) Surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Insurans yang baru

Bagi Kategori 2 pula permohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan kepada JPJ Negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :

(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Kad pendaftaran yang asal
(3) Resit pembelian enjin yang asal
(4) Surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Surat pelepasan tanggungan
(6) Laporan pemeriksaan Puspakom (B2)
(7) LKM (cukai jalan)
(8) Insuran yang baru

Bagi Kategori 3, 4 dan 5 pemohon perlu membuat permohonan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

(1) Pemberitahuan penukaran enjin
(2) Salinan kad pendaftaran
(3) Salinan resit pembelian enjin yang asal
(4) Salinan surat Kastam K2 yang disahkan
(5) Setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif, pemohon perlu mengikut proses Kategori 2.

Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun di laman web rasmi JPJ.

Sumber : JPJ


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Keselamatan Barang Perlu Diambil Berat Oleh Pengguna



Keselamatan barang merupakan perkara umum yang perlu diambil berat oleh pengguna sebelum membuat sesuatu pembelian. Dalam penentuan keselamatan sesuatu barang, langkah pertama yang amat mudah untuk dilakukan adalah dengan merujuk kepada keadaan fizikal barang tersebut.

Pengguna hanya perlu bijak menggunakan pancaindera atau deria penglihatan untuk melihat rupa bentuk dan pembungkusan sesuatu barang tersebut. Secara amnya setiap barang yang terdapat di pasaran telah dibungkus dengan baik dan dilabelkan.

Label adalah sangat penting. Justeru, penelitian terhadap label adalah salah satu tindakan paling bijak bagi mengetahui keselamatan sesuatu barang. Pada label terdapat simbol atau indikasi tertentu yang menunjukkan bahawa pembuatan barang itu telah mematuhi sebarang peraturan atau proses pembuatan yang baik dan sempurna. Selain itu, maklumat-maklumat penting yang lain juga boleh didapati pada label.

Setelah kita meneliti label, perkara kedua adalah kaedah kendalian barang tersebut. Perkara ini juga mempengaruhi keselamatan sesuatu barang. Barang yang telah dibungkus dengan selamat dan lengkap dilabelkan mungkin tidak selamat digunakan jika kendaliannya di premis perniagaan tidak dilakukan dengan teratur.

Jika kaedah kendalian tidak dilakukan dengan sempurna, pengguna yang membeli dan menggunakan barang tersebut mungkin boleh menjejaskan keselamatannya, malah boleh mengundang bahaya. Sebagai contoh, barangan tenusu dalam kotak ; barangan tajam seperti pisau dan alatan pemotong; barangan mudah pecah seperti barangan kaca dan seramik, serta peralatan elektrik untuk kegunaan isi rumah.

Kaedah pengendalian barang dengan betul dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan kepada pengguna. Oleh yang demikian sama-samalah kita ingat-mengingati sesama pengguna.

Selain dari itu, terdapat juga beberapa kaedah jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh industri kepada pengguna. Jaminan keselamatan ini selalunya berbentuk tawaran waranti barangan. Bagi melayakkan pengguna untuk menikmati jaminan ini, kita perlulah peka dan bertanya wakil penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jaminan yang ditawarkan jika ianya ada dan bagaimanakah cara untuk mendapatkannya.

Secara umumnya jaminan seperti ini sangat popular bagi barangan perkakasan elektrik dan elektronik. Pengguna kebiasannya dikehendaki mengisi butiran seperti nama dan alamat untuk dimasukkan ke dalam rekod wakil pengeluar barangan tersebut. Pengguna perlu menyimpan satu salinan beserta resit pembelian untuk tujuan tuntutan di masa hadapan.

Tip Keselamatan Pengguna Secara Umum
Bagi langkah pertama untuk mendapatkan keselamatan pengguna haruslah peka terhadap maklumat yang dibekalkan atau tertera pada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rupa bentuk fizikal barang atau perkhidmatan juga boleh dilihat dengan mata kasar bagi menentukan keselamatannya. Berikut adalah beberapa perkara asas yang boleh dijadikan tip berguna :

(1) Lihat tanda harga dan buat perbandingan
(2) Pastikan tarikh luput atau tarikh produk dikeluarkan
(3) Kenalpasti simbol atau logo pematuhan standard keselamatan pada label
(4) Baca label, kandungan nutrisi dan risalah data keselamatan yang disertakan
(5) Baca arahan penggunaan, tatacara kendalian dan penyimpanan produk
(6) Kenalpasti maklumat pengeluar, pengimport, pembungkus atau pengedar produk
(7) Kenal pasti negara asal pengeluar jika berkaitan
(8) Simpan resit pembelian dan risalah keselamatan yang dibekalkan
(9) Lengkapkan kad waranti dan kembalikan kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan keistimewaan yang ditawarkan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA