Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai di kalangan masyarakat yang mengeluh panjang akibat kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. Bagi meringankan beban dan mengurangkan keluhan anda, artikel kali ini Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur akan berkonsi seni untuk menangani kesan negatif kenaikan kos sara hidup.
Peningkatan kos sara hidup boleh ditangani melalui beberapa tindakan berikut :
Pertama, melaksanakan kerangka pengurusan ekonomi secara Islam seperti yang telah digerakkan oleh Nabi Yusof AS ketika beliau menjadi menteri kewangan Mesir suatu masa dahulu. Ekonomi adalah suatu ilmu mengurus sumber yang kita perolehi.
Lihat sebagaimana Nabi Yusof melaksanakan simpanan hasil pengeluaran negara di saat negara kaya raya sebagai langkah berjaga-jaga di saat susah. Sesungguhnya ini ialah langkah jangka panjang. Kebijaksanaan ini adalah formula dan rahsia pengurusan ekonomi yang cemerlang dari dahulu sehinggalah masa-masa mendatang.
Kedua, mengubah cara hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Hal ini berkait rapat dengan sikap kita semua dalam menentukan gaya hidup yang sederhana dan berada di bawah pendapatan kita sendiri. Mengubah gaya hidup sangat berkait rapat dengan mengubah kadar perbelanjaan kita yang sejajar dengan kemampuan dan keperluan hidup.
Gaya hidup yang sederhana sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri. Disiplinkan diri untuk tidak berbelanja melainkan perlu. Lihatlah jenama pakaian, rumah tempat tinggal, aksesori kenderaan kita sehingga kemewahan makanan harian kita. Tepuk dada, tanya diri.
Anda juga dinasihatkan mengawal diri daripada terperangkap dengan bebanan hutang yang mungkin tidak terbayar sekiranya kita kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi. Langkah-langkah awal perlu bermula daripada sekarang. Dengan kesedaran sekarang bahawa ekonomi Malaysia akan mengharungi saat-saat getir, elakkan diri daripada berhutang selain daripada hutang sedia ada yang sedang dibayar balik.
Kerakusan dan ketamakan hati sering memakan diri manusia. Persediaan mengalami saat-saat getir ini kena bermula daripada sekarang. Kita tidak boleh menunggu sehingga ia tiba di depan kita kerana kita akan terlambat dengan lambakan hutang sendiri yang akan menjerat leher-leher kita.
Ketiga, mengamalkan amalan berjimat cermat. Mencegah lebih baik daripada merawat. Formula ini sebenarnya sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan contoh tauladan umat manusia. Ia sangat selari dengan tuntutan Islam itu sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan". (Surah Al-A'raaf 7 : 31)
Keempat, berbelanja secara beretika, berhemah dan bijaksana. Elemen secara bersih, halal dan seimbang menjadi asas utama etika berbelanja dalam Islam di samping sentiasa memikirkan mengeluarkan zakat dan infaq untuk insan-insan yang memerlukan.
Indahnya Islam dalam mengurus sumber hasilan dan kewangan ini tentunya akan menjadi dunia ini aman makmur sekiranya ia dilaksanakan secara amanah dan jujur, jauh daripada sifat rakus, tamak dan kikir seperti zahirnya dalam sistem ekonomi sekarang.
Jelas kepada kita bahawa kenaikan harga melibatkan keperluan asas ini akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ini akan menjejaskan taraf hidup rakyat jelata dan sudah pasti akan memberi kesan daripada matlamat untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Apa guna mencapai taraf negara maju jika rakyatnya hidup sengsara dengan segala kemiskinan dan kesempitan.
Kredit : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources