Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bh.com.my
Kuala Lumpur: Sejumlah RM5.12 bilion dikumpulkan oleh Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hasil pembayaran daripada 956,018 peminjam sejak tahun 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata budaya membayar balik terus meningkat dengan RM1.2 bilion dikumpul tahun lalu, meningkat hampir RM400,000 berbanding RM800,000 pada 2012.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembayaran membolehkan kerajaan memberi kemudahan baharu kepada seramai 200,000 pelajar setiap tahun.
"Hingga 31 Mac lalu, 2.4 juta peminjam mendapat manfaat PTPTN membabitkan peruntukan hampir RM55 bilion. selain objektif utama penubuhan yang memastikan pembiayaan yang efisyen, PTPTN melaksanakan Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M).
"Dana ini adalah inisiatif penjanaan dana PTPTN melalui sumbangan syarikat berdaftar bagi memenuhi keperluan pembiayaan pelajar miskin," katanya pada majlis pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional dan Penyampaian Hadiah Simpanan Perdana Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, turut hadir Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.
428,000 gagal bayar
Sementara itu, Idris berkata sehingga bulan lalu, 428,000 peminjam masih gagal membayar balik pinjaman membabitkan RM3.5 bilion.
Beliau berkata, kerajaan terus berusaha mempermudahkan cara pembayaran balik pinjaman termasuk menggalakkan penyertaan syarikat dalam program Sahabat PTPTN.
Menerusi cara baru dalam Sahabat PTPTN, peminjam boleh membuat pemotongan gaji, selain pemotongan gaji untuk caruman SSPN-i dan seterusnya memastikan jumlah kutipan PTPTN lebih berkesan serta efisyen.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan, berkata pihaknya menyasarkan peningkatan 23 peratus kutipan hasil pembayaran balik selepas pengenalan Sahabat PTPTN.
"Kami menyasarkan peningkatan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lalu dan berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji meningkat daripada 12 peratus kepada 23 peratus.
"Selain pembayaran balik, promosi Sahabat PTPTN menyediakan perkhidmatan membuka akaun SSPN-i dan penambahan deposit terhadap SSPN-i juga melalui kaedah pemotongan gaji," katanya.
# Sumber : Berita Harian (23/04/2014)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources