Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya mengenakan deposit tambahan kepada pengguna, sekiranya purata penggunaan elektrik dalam tempoh enam bulan melebihi deposit yang sudah dibayar sebelum ini.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) Bahagian Pembahagian TNB, Kamaliah Abd Kadir, berkata mengikut Akta Bekalan Elektrik, syarikat utiliti itu dibenarkan mengambil deposit akaun elektrik bagi setiap premis berjumlah dua bulan penggunaan elektrik.
Sebagai contoh, katanya, pengguna sudah membayar deposit RM100, sementara penggunaan purata penggunaan elektriknya ialah RM150, maka jumlah deposit baharu yang perlu dibayar ialah RM300.
"Justeru, pengguna berkenaan perlu membayar deposit tambahan sebanyak RM200.
Deposit tambahan
"Deposit tambahan akan dimasukkan dalam bil dan ia dikenakan seka saja," katanya ketika ditemui selepas makan tengah hari bersama media di Kuala Lumpur semalam.
Kamaliah berkata, TNB tidak mengenakan penalti sekiranya pengguna lambat membayar deposit tambahan.
Beliau menjelaskan, deposit yang dibayar pengguna akan dikembalikan, sekiranya pengguna menutup akaun penggunaan elektriknya.
"TNB juga memberi rebat 2.5 peratus kepada pelanggan yang membayar deposit yang mana rebat itu dikreditkan dalam bil pengguna pada bulan Januari setiap tahun," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamaliah berkata, TNB akan menyambung semula program penukaran meter lama kepada meter digital.
Katanya, penukaran kepada meter digital itu penting bagi memastikan pembacaan yang lebih tepat dari segi penggunaan elektrik direkodkan berikutan meter lama mungkin menghadapi kerosakan kerana melebihi jangka hayatnya.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources