Berita Panas

Total Pageviews

Rancang Kewangan Sambut Orang Baru



Bagi pasangan yang baru berumahtangga perlu diingatkan bahawa pertama kali menyambut kehadiran orang baru iaitu anak, memerlukan kos ada kalanya tidak terjangkau dek akal. Ia bukan sekadar membeli keperluan secara fizikal seperti pakaian, peralatan bayi dan sebagainya. Kos untuk pada waktu kritikal juga perlu disediakan. Si ayah terutamanya perlu lebih peka dengan perancangan kewangan begini. Lebih baik jika dibincangkan bersama isteri untuk sama-sama menimbulkan rasa tanggungjawab pada 'orang baru' dalam keluarga. Antara yang perlu diambil kira ialah :

(1) Kos Bersalin - Setiap bakal ibu mahukan keselesaan tatkala melahirkan. Ramai yang juga yang memilih bersalin di hospital-hospital swasta dan mempunyai bilik secara privasi. Bagi yang mampu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi anda yang bijak merancang kewangan, anda juga mampu. Proses mengandung mengambil masa selama sembilan bulan. Pastinya dalam tempoh itu anda boleh membuat tabungan untuk kos rawatan bersalin. Mungkin suami dan isteri boleh sama-sama menabung demi keselesaan bersama.

(2) Kos Berpantang - Proses berpantang juga memerlukan satu kos yang perlu dirancang rapi. Terdapat pelbagai pakej rawatan lepas bersalin. Jika mahu berpantang secara tradisional pun memerlukan bidan khas dan peruntukan kos. Jangan pandang mudah mengenai kos berpantang, paling tidak untuk perkhidmatan bidan selama seminggu, itu belum kos lain yang difikirkan perlu.

(3) Kos Si Kecil - Keperluan secara fizikal si kecil mungkin boleh disediakan secara berdikit-dikit. Bagaimanapun, anda mungkin perlu menyediakan kos khas untuk keperluan perubatan si kecil. Tidak siapa dapat menjangkakan tahap kesihatan si kecil. Kadar kos untuk rawatan di hospital hari ini agak tinggi, jika tiada tabungan awal ia agak membebankan. Mungkin anda suami isteri boleh memperuntukan sejumlah wang setiap bulan untuk tabungan kesihatan si kecil. Jika keadaan memerlukan sekurang-kurangnya anda tidak pening kepala.

(4) Kos Penyediaan Prasarana Bayi - Sebagai ibu bapa, menyediakan prasarana terbaik untuk bayi yang baru lahir adalah impian semua. Namun begitu, pelaksanaannya haruslah mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Sesuai dengan keperluan dari kehendak. Jangan terlalu mengimpikan sesuatu yang hebat sehingga memberikan tekanan dan beban kepada ekonomi keluarga. Ini kerana banyak lagi hal lain lebih penting yang memerlukan peruntukan tertentu.

Sumber : Majalah Wanita (November 2015)
Tulisan : Sunthara Segar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai



Bagaimana memilih pelan takaful perubatan terbaik untuk kesejahteraan keluarga kita? Sudut pertama untuk pertimbangan ialah kesahihan patuh syariah syarikat takaful itu sendiri. Ini kerana ada syarikat takaful yang lahir dari syarikat induk yang memang mempunyai urus niaga riba. Syarikat induk ini boleh menjadi syarikat insurans konvensional.

Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman dalam satu tulisannya yang memberi penjelasan berikut :

(a) Wang itu sendiri adalah 'tidak haram' dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi 'haram' disebabkan oleh jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat).

(b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal daripada sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.

Sekarang mari kita lihat sudut kedua pula iaitu ciri pelan pula. Memandangkan ada pelbagai pembungkusan, pelbagai syarikat dan puluhan cara persembahan ejen-ejen, saya percaya soalan-soalan berikut boleh membezakan intan dengan kaca di samping memilih produk mana yang sesuai dengan poket anda.

(1) Adakah kad perubatan tersebut ada JAMINAN PEMBAHARUAN atau sekadar PEMBAHARUAN TAHUNAN sahaja?

(2) Apakah perbezaan antara kad perubatan STANDALONE dan kad perubatan sebagai penambahan (rider) di dalam pelan utama?

(3) Jika upgrade bilik biasanya kena ada bayaran tambahan, fahamkah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI?

(4) Adakah terdapat MANFAAT PAYOR / CONTRIBUTOR di dalam pelan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda diagnosis penyakit kritikal?

(5) Apakah HAD atau pengecualian berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan di hospital?

(6) HAD-HAD dan pengecualian untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser?

(7) TEMPOH PELAN BERKUATKUASA - jenis jangka panjang atau jangka pendek?

(8) Kadang-kadang ada kad yang dikeluarkan secara 1st PARTY atau 3rd PARTY?

(9) Faham PERBEZAAN antara 3 dalam 1 dan pelan 2 + 1?

Pelanggan perlu bijak dan ejen juga perlu berintegriti. Pelanggan yang bijak tidak akan bergantung kepada ejen semata-mata. Si pelanggan perlu sedar ejen juga perlu memberi perkhidmatan berkualiti kepada lain-lain pelanggan beliau yang mencetus ratusan orang. Oleh itu saya cadangkan agar semua pemegang polisi tidak kira takaful atau konvensional membaca ebook saya 'Rahsia Mengurus Insurans Hayat' yang menjelaskan perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan atau tidak disedari ejen anda. SMS @ emel saya untuk mendapat jalan bagaimana membaca 50 helai muka surat pertama secara percuma.

Bagi saya pertimbangan bajet sangat penting iaitu pastikan benar-benar mampu dan sekitar lima hingga 10 peratus daripada pendapatan anda dahulu. Polisi terbaik bukannya polisi hebat yang ada segala-galanya, tetapi selepas tiga bulan sudah tidak larat membayar. Lebih selamat polisi kecil dahulu tetapi tidak merimaskan bajet. Bila anda perlu ada juga payung biarpun payung kecil. Bila ada wang nanti boleh beli payung besar.

Seorang ejen yang amanah akan menerangkan sepenuhnya mengenai pelan yang diambil oleh pelanggan (apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi) manakala pelanggan pula perlu beramanah dalam mendedahkan maklumat kesihatan yang diperlukan. Semua syarikat takaful yang beroperasi diselia di bawah Bank Negara Malaysia dan perlu patuh dengan syarat-syarat yang ketat.

Sumber : Majalah Wanita (November 2015)
Tulisan : Sunthara Segar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun



Setiap individu seharusnya berfikir dengan mendalam berkaitan aspek simpanan kewangan sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas bersara. Persediaan ini perlu dilakukan seawal sebelum berumur 30 tahun agar simpanan yang dibuat membolehkan seseorang hidup dengan selesa tanpa bergantung kepada orang lain.

Realitinya jika seseorang berfikir bahawa lambat lagi mereka akan menghadapi tempoh persaraan dan ketika mereka bersara mereka mampu mengumpulkan sejumlah wang, tanggapan itu ternyata salah.

Walaupun persaraan seperti dilihat masih jauh lagi tetapi sebenarnya tidak. Kajian menunjukkan selepas bersara, kebanyakan pesara akan hidup selama 20 hingga 25 tahun lagi tanpa sebarang pendapatan.

Pada masa kini pesara swasta bergantung sepenuhnya dengan simpanan yang mereka lakukan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Purata simpanan seseorang ahli KWSP adalah RM100,000 apabila mencapai usia 54. Bagaimanapun, sebahagian besar pesara didapati menghabiskan keseluruhan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

Setiap individu perlu memikirkan bahawa purata jangka hayat rakyat Malaysia kini semakin panjang iaitu 78 tahun untuk lelaki dan 83 tahun untuk wanita. Jika kiraan adalah tepat bahawa simpanan KWSP mereka akan habis dalam tempoh 10 tahun selepas bersara, bagaimana mereka mampu membiayai kehidupan selepas itu.

Selain daripada jumlah simpanan yang mencukupi sebagai bekalan menyambung hidup selepas bersara pelbagai faktor juga perlu diteliti bagi memastikan simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan selepas alam pekerjaan.

Ini termasuk mengambil kira isu berkaitan inflasi dan peningkatan kos sara hidup pada masa hadapan berikutan kenaikan harga barangan.

Turut perlu difikirkan adalah mengenai kos perubatan yang perlu seseorang tanggung selepas alam pekerjaan. Adakah simpanan yang ada cukup untuk membiayai perubatan sekiranya seseorang pesara itu sakit?

Adalah merupakan satu fakta bahawa semakin seseorang tua semakin memerlukan rawatan perubatan. Dalam masa yang sama kos perubatan pula semakin meningkat. Situasi ini akan menyebabkan seseorang pesara berhadapan dengan kesulitan kewangan untuk membiayai rawatan perubatan sekiranya tidak mempunyai simpanan yang cukup dan tidak mempunyai insurans perubatan.

Ternyata bahawa mengharapkan simpanan KWSP semata-mata sebagai talian hayat selepas bersara adalah tidak memadai. Justeru seseorang individu perlu mempunyai perancangan untuk menambah simpanan.

Sikap suka menabung atau menyimpan adalah antara tindakan yang boleh diambil bagi menambah simpanan untuk kegunaan selepas bersara. Sepatutnya setiap individu harys menyimpan sebahagian pendapatan bulanan dan tidak membelanjakan tabung tersebut untuk kegunaan hari tua.

Seseorang individu harus membahagikan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan yang perlu seperti hutang rumah dan kereta, insuran, makanan, pengangkutan dan lain-lain. Kemudian tentukan jumlah yang akan disimpan setiap bulan.

Mempelbagaikan saluran simpanan adalah satu keputusan yang bijak dengan menyimpan wang dalam simpanan tetap dalam institusi kewangan terkemuka atau melabur dalam saham amanah.

Pembelian insuran juga tindakan yang strategik dalam memberikan perlindungan sepanjang hayat berkaitan kemalangan, perubatan, endowmen dan juga pendidikan untuk anak-anak. Dengan pembelian insuran seseorang tidak perlu menggunakan wang simpanan KWSP bagi tujuan berkenaan.

Persaraan dan perancangan kewangan memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan disiplin. Menabung ketika memulakan kerjaya pada usia muda akan memudahkan dan mengurang beban pada kemudian hari.

Terbitan : Persatuan Kelematan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja



Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh, walaupun mungkin ada segelintir yang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya.

Tetapi tidak mustahil untuk seseorang itu mengumpul kekayaan. Mungkin dalam zaman ekonomi yang serba tidak menentu ini, ramai yang merasakan agak sukar untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. 

Bagaimanapun, perkara itu tidak mustahil kerana dengan kaedah penjimatan serta mengurangkan pembaziran terutama kepada bahan yang tidak diperlukan dalam kehidupan seharian, pastinya kita mampu menyimpan dan mengumpul kekayaan walau dalam kegawatan ekonomi pun. 

Mungkin penjimatan seringgit dua dalam setiap pembelian keperluan harian termasuk makanan tiada makna bagi kita, tetapi cuba bayangkan jumlah yang boleh dijimatkan dalam tempoh yang panjang walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil.

Satu cara untuk berjimat ialah menanam sendiri sayuran dan buah-buahan di kawasan rumah. Jika mempunyai kawasan laman untuk ditanam sayuran atau buah-buahan atau laman sudah penuh bersimen, penggunaan pasu adalah cara paling sesuai untuk menanam sayuran atau ulam.

Serai, daun pandan, Cili dan kunyit adalah antara tanaman yang boleh hidup jika ditanam dalam pasu. Jadi, secara tidak langsung perbelanjaan dapur dapat dikurangkan. Walaupun tidak banyak, tetapi jika setiap hari kita memasak menggunakan tanaman yang ditanam sendiri pastinya mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan dan juga lebih menyihatkan.

Selain itu, kita juga boleh mengumpul semua botol bahan cucian di rumah termasuk syampu, gel mandian dan bahan peluntur yang masih berbaki setengah atau sedikit dan gunakan sehingga benar-benar habis, barulah ke kedai untuk membeli yang baru atau lebih murah beli yang boleh diisi semula.

Sentiasa mengehadkan perbelanjaan seharian termasuk dapur dan kekalkan had itu bagi mengelakkan kita berbelanja yang berlebihan dengan membeli barang keperluan harian yang tidak penting.

Setiap kali mendapat kenaikan gaji atau pemberian bonus oleh pihak majikan, masukkan lebihan gaji itu ke dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai kad pengeluaran automatik (ATM) untuk kegunaan ketika kecemasan dan kegunaan masa tua.

Sentiasa merekodkan perbelanjaan bulanan supaya kita tahu ke mana perginya gaji kita setiap bulan. Merekodkan perbelanjaan boleh mengawal perbelanjaan kita.

Di sini, kita mudah untuk menentukan apa yang perlu dipotong atau dijimatkan pada bulan akan datang. Jika kita merekodkan perbelanjaan bulanan tentunya timbul kesedaran untuk berjimat dari bulan ke bulan.

Ada juga berpendapat menggunakan kad kredit ketika berbelanja boleh menjimatkan dengan syarat pembayarannya dibuat sepenuhnya pada setiap kali menerima bil. Bagaimanapun, kita perlu mempunyai disiplin tinggi kerana kadang-kala menggunakan kad kredit kita sering terlupa dan berbelanja lebih dari kemampuan bulanan kita.

Berbelanja ketika jualan murah pastinya boleh menjimat perbelanjaan. Tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana ada juga pihak yang menawarkan harga barangan pada kadar rendah tetapi sebenarnya harga asal adalah sama. 

Belajar mengeluarkan sedikit daripada wang dalam dompet untuk disimpan di tempat lain.

Setiap bulan perlu ada penyimpanan secara automatik sama ada untuk pendidikan anak- anak, melancong dan kesihatan.

Sediakan carta mengenai hutang dan harta yang dimiliki termasuk pinjaman pendidikan, kereta, rumah dan wang simpanan. Ia adalah sebahagian daripada motivasi apabila kita melihat carta itu dan bagaimana hutang semakin berkurangan dan simpanan meningkat setiap bulan.

Setiap sesuatu memerlukan langkah pertama. Mulakan langkah yang bijak untuk menangani krisis perbelanjaan harian yang berlebihan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan



Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala.

Mendisiplinkan diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.

Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu.

Jika berdepan masalah seperti itu ia adalah tanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda.

Adalah lebih baik jika mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik.

Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.

(1) Selalu bertengkar dengan pasangan anda berhubung soal wang - Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk penceraian.

(2) Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan - Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.

Gaji bersih bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.

Ini bermakna jika gaji bersih anda sebulan adalah RM3,000, maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan.

Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan membesarkan anak.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancong, hiburan, makan di luar dan lain-lain lagi? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.

(3) Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum - Jika anda mendapati baki kredit kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang seterusnya akan menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.

(4) Hanya membayar bayaran minimum - Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar jumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.

(5) Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang yang tertunggak - Mambayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban kewangan anda.

(6) Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan - Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.

(7) Tidak dapat tidur malam - Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang.

Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel



Bidang perhotelan menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas dengan menawarkan pelbagai cabang dalam industri itu.

Peluang kerjaya di bidang perhotelan sememangnya cerah memandangkan pada masa kini banyak hotel dibangunkan sama ada di bandar besar atau kawasan pelancongan.

Usaha kerajaan membangunkan industri pelancongan di Malaysia terutama dengan memperkenalkan kempen 'Zoom Malaysia' yang mempromosikan tempat menarik untuk dikunjungi di dalam negara menjadikan pengusaha hotel menambah bilangan kakitangan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan.

Sememangnya usaha murni kerajaan bukan sekadar mahu memajukan industri pelancongan tetapi pada pada masa sama berusaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekali gus memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana sejahtera.

Antara jawatan yang ada dalam industri perhotelan adalah divisyen bilik penginapan membabitkan jawatan pengurus residen, penolong pengurus serta eksekutif operasi di samping operasi bellmen atau porter, runner dan pegawai khidmat pelanggan.

Di bahagian makanan dan minuman antara jawatan yang ditawarkan seperti pengurus bankuet, pengurus restoran, juruteknik, pelayan restoran dan chef.

Bidang pengemas atau housekeeping juga penting, bagi sesebuah hotel dan untuk bidang itu antara jawatan ditawarkan adalah eksekutif, penyelia dan atendan.

Bahagian operasi membabitkan tugasan seperti atendan CCTV, penjaga stor, pegawai pembelian, pengawal keselamatan dan pemandu.

Tidak lengkap sesebuah hotel tanpa kakitangan yang berkhidmat di bahagian hadapan dan jawatan yang ditawarkan di bahagian itu adalah pengurus, penolong pengurus dan eksekutif front office.

Satu lagi pekerjaan yang amat penting bagi sesebuah hotel ialah chef. Chef bertanggungjawab bagi memastikan hidangan disajikan memenuhi cita rasa pengunjung dan disediakan mengikut standard hotel.

Chef akan dikawal selia oleh Eksekutif Chef yang terdiri daripada seorang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan.

Bagi sesebuah hotel yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan seperti memiliki kelab golf atau taman tema, lebih banyak peluang kerjaya yang ditawarkan.

Untuk menyertai kerjaya dalam bidang perhotelan kini lebih terbuka apatah lagi kini semakin banyak peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang itu diperkenalkan sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Peluang menyertai industri perhotelan juga dibuka kepada lepasan sekolah.

Sekiranya ramai anak muda tempatan beralih memilih kerjaya dalam bidang perhotelan, pastinya masalah pengambilan pekerja asing dapat dikurangkan atau hapuskan sama sekali.

Sememangnya kerjaya dalam bidang perhotelan jawapan yang bijak kerana ia bukan sahaja memberi banyak peluang pekerjaan tetapi pendapatan yang bakal diperoleh juga lumayan dan berpeluang untuk meningkat taraf kehidupan menerusi kenaikan pangkat.

Kerjaya Pengemas Bilik Atau Housekeeper
Bidang housekeeping menjanjikan prospek lebih tinggi dan berdaya maju.

Mereka yang berminat dan bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya boleh mencapai kedudukan atau pangkat lebih tinggi pada peringkat profesional seperti pengurusan, pengarah atau perunding housekeeping dengan pendapatan lumayan.

Skop Tugasan
Lebih daripada sekadar mengemas bilik atau mencuci tandas. Kerjaya ini memerlukan anda bertanggungjawab menguruskan kebersihan dan mengekalkan keindahan hampir setiap ceruk hotel. Bermula daripada lobi yang menerima tetamu, bilik, hiasan bunga, dobi sehinggalah kawasan awam, semuanya berada di bawah tanggungjawab housekeepr.

Peranan
Tanpa housekeeper, sebuah hotel itu tidak akan mendapat keuntungan kerana produk utama yang dijual adalah bilik. Bilik yang sentiasa kemas bakal mengundang kembali tetamu yang secara langsung bermakna 'bisnes' kepada hotel.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA