Keselamatan barang merupakan perkara umum yang perlu diambil berat oleh pengguna sebelum membuat sesuatu pembelian. Dalam penentuan keselamatan sesuatu barang, langkah pertama yang amat mudah untuk dilakukan adalah dengan merujuk kepada keadaan fizikal barang tersebut.
Pengguna hanya perlu bijak menggunakan pancaindera atau deria penglihatan untuk melihat rupa bentuk dan pembungkusan sesuatu barang tersebut. Secara amnya setiap barang yang terdapat di pasaran telah dibungkus dengan baik dan dilabelkan.
Label adalah sangat penting. Justeru, penelitian terhadap label adalah salah satu tindakan paling bijak bagi mengetahui keselamatan sesuatu barang. Pada label terdapat simbol atau indikasi tertentu yang menunjukkan bahawa pembuatan barang itu telah mematuhi sebarang peraturan atau proses pembuatan yang baik dan sempurna. Selain itu, maklumat-maklumat penting yang lain juga boleh didapati pada label.
Setelah kita meneliti label, perkara kedua adalah kaedah kendalian barang tersebut. Perkara ini juga mempengaruhi keselamatan sesuatu barang. Barang yang telah dibungkus dengan selamat dan lengkap dilabelkan mungkin tidak selamat digunakan jika kendaliannya di premis perniagaan tidak dilakukan dengan teratur.
Jika kaedah kendalian tidak dilakukan dengan sempurna, pengguna yang membeli dan menggunakan barang tersebut mungkin boleh menjejaskan keselamatannya, malah boleh mengundang bahaya. Sebagai contoh, barangan tenusu dalam kotak ; barangan tajam seperti pisau dan alatan pemotong; barangan mudah pecah seperti barangan kaca dan seramik, serta peralatan elektrik untuk kegunaan isi rumah.
Kaedah pengendalian barang dengan betul dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan kepada pengguna. Oleh yang demikian sama-samalah kita ingat-mengingati sesama pengguna.
Selain dari itu, terdapat juga beberapa kaedah jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh industri kepada pengguna. Jaminan keselamatan ini selalunya berbentuk tawaran waranti barangan. Bagi melayakkan pengguna untuk menikmati jaminan ini, kita perlulah peka dan bertanya wakil penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jaminan yang ditawarkan jika ianya ada dan bagaimanakah cara untuk mendapatkannya.
Secara umumnya jaminan seperti ini sangat popular bagi barangan perkakasan elektrik dan elektronik. Pengguna kebiasannya dikehendaki mengisi butiran seperti nama dan alamat untuk dimasukkan ke dalam rekod wakil pengeluar barangan tersebut. Pengguna perlu menyimpan satu salinan beserta resit pembelian untuk tujuan tuntutan di masa hadapan.
Tip Keselamatan Pengguna Secara Umum
Bagi langkah pertama untuk mendapatkan keselamatan pengguna haruslah peka terhadap maklumat yang dibekalkan atau tertera pada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rupa bentuk fizikal barang atau perkhidmatan juga boleh dilihat dengan mata kasar bagi menentukan keselamatannya. Berikut adalah beberapa perkara asas yang boleh dijadikan tip berguna :
(1) Lihat tanda harga dan buat perbandingan
(2) Pastikan tarikh luput atau tarikh produk dikeluarkan
(3) Kenalpasti simbol atau logo pematuhan standard keselamatan pada label
(4) Baca label, kandungan nutrisi dan risalah data keselamatan yang disertakan
(5) Baca arahan penggunaan, tatacara kendalian dan penyimpanan produk
(6) Kenalpasti maklumat pengeluar, pengimport, pembungkus atau pengedar produk
(7) Kenal pasti negara asal pengeluar jika berkaitan
(8) Simpan resit pembelian dan risalah keselamatan yang dibekalkan
(9) Lengkapkan kad waranti dan kembalikan kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan keistimewaan yang ditawarkan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources