"Hari tak selalunya cerah, ada kala hujan menimpa"
Begitu juga dengan mood di tempat kerja yang mana pastinya hampir setiap daripada kita pernah mengalami parasaan 'bad mood' atau tidak bersemangat di tempat kerja. Sebagai manusia kita pasti akan merasai pelbagai perasaan seperti bersemangat, senang, bahagia, sedih, bosan dan sebagainya.
Namun begitu, setiap manusia punya perasaan yang berbeza.
Tidak dapat dinafikan, ketika seorang berada dalam kesedihan, bosan atau tidak bersemangat, tubuh badan juga secara tidak langsung akan terasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya.
Keadaan ini sekaligus menbuatkan aktiviti harian kita turut terganggu. Namun begitu, perasaan negatif ini tidak harus dibiarkan dalam diri kita. Untuk itu, jalan penyelesaiannya perlu dicari seberapa segera agar prestasi dan tumpuan terhadap kerja tidak terganggu.
Kesejahteraan minda merupakan salah satu aspek yang ditekan dalam kepengunaan. Oleh itu, bagi membantu para pembaca mengekang 'bad mood' daripada terus menjejaskan kesejahteraan minda anda, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi beberapa tip.
Penyebab - Dengan mengetahui punca dan penyebab 'bad mood', kita akan mudah mengatasinya. Sebagai contoh, kita 'bad mood' sewaktu melihat meja atau ruang kerja yang berselerak atau memikirkan beban kerja yang berat.
Bagi meredakan perasaan 'bad mood' yang dialami, ambil sedikit masa untuk merapikan semula meja kerja atau menyusun semula senarai tugas-tugas mengikut keutamaan.
Atur Keutamaan - Sebaik-baiknya, kita perlu mempunyai kerancangan dan menentukan prioriti sesuatu tugas yang diberikan. Tentukan yang mana lebih perlu diselesaikan terlebih dahulu dan yang mana lebih perlu disiapkan terlebih dahulu dan yang mana boleh disiapkan kemudian.
Ini supaya keadaan tidak akan menjadi kelam-kabut. Jika perlu disediakan 'checklist' harian, mingguan dan bulanan anda. Ini dapat membantu anda mengenal pasti tugas-tugas mengikut keperluan dan keutamaan.
Disiplin - Sentiasa tentukan tarikh akhir sesuatu tugas yang perlu disiapkan agar segala perancangan berjalan lancar. Tindakan ini bukan sahaja mampu meningkatkan semangat bekerja, sekaligus berupaya menghidari terjadinya 'bad mood' akibat kelewatan menyiapkan tugas dan sewaktu bebanan tugas yang semakin bertambah.
Hindari penyebabnya - Hari ini berkaitan dengan point pertama. Ketika kita mengenal pasti 'bad mood', sebaiknya kita menghidari hal-hal tersebut sebelum melakukan kerja. Alangkah baik sekiranya penyebab itu dapat diselesaikan sebelum bebanan tugas menjadi semakin banyak.
Usahakan agar kita mampu mengawal perasan agar apa yang dilakukan pada hari ini lebih baik daripada semalam.
# Kredit : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
# Sumber : Berita Harian ( 1 Mei 2014 )
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources