Pemeriksaan permulaan dibuat terhadap gerak bebas stereng dan kelonggarannya. Untuk memeriksanya, pertama tempatkan roda depan pada posisi lurus ke depan, kemudian ke kiri dan ke kanan. Gerak bebas stereng bermakna panjang lintasan stereng yang terbesar pada ketika ia diputarkan, bagaimanapun tidak menyebabkan roda depan turut berputar.
Umumnya, gerak bebas stereng untuk kenderaan penumpang adalah sepuluh hingga 30 milimeter, sedangkan untuk kenderaan besar, ia tidak lebih daripada 50 milimeter. Sementara rod stereng yang longgar boleh diketahui dengan menggoyangkan stereng ke atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang. Apabila terasa ada kelonggaran, maka sebaiknya ia dibaiki segera.
Bagi pemeriksaan tekanan, kerosakan dan kehausan tayar pula,tekanan tayar boleh dianggarkan dengan pemilik kenderaan melihat bentuk lengkungan tayar. Selain itu, ia boleh ditentukan dengan sentuhan di antara tayar dengan permukaan jalan atau dengan cara memukul roda dengan tukul atau menyepaknya dengan hujung kasut atau kehausan tidak normal pada bunga tayar.
Bagi pemeriksaan keadaan pegas atau ampaian sama ada patah atau tidak berfungsi, ia boleh dilakukan dengan terlebih dahulu meletakkan kenderaan di tempat atau di jalan yang datar. Selepas itu, perhatikan ketinggian dan kedudukan badan kenderaan dari permukaan jalan. Jika badan kelihatan senget, periksa keadaan pegas bahagian yang kelihatan lebih rendah. Jika salah satu daripada daun sistem pegas ampaian kenderaan patah, maka daun yang lain akan turut mengalami bebanan yang lebih berat sehingga akhirnya patah satu persatu. Jadi, jika anda melihat ada satu daun pegas patah, kenderaan itu perlu di bawa ke bengkel untuk dibaiki segera.
Bagi pemeriksaan warna asap ekzos pula, warna asap ekzos menyatakan keadaan kerja enjin terbabit. Jika ia tidak berwarna atau kebiru-biruan, bermakna proses pembakaran berlaku dengan baik. Apabila asap kelihatan kekuningan dan coklat, ia bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk, manakala jika berwarna hitam, berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak bahan api yang masuk. Asap berwarna putih atau kebiru-biruan bermakna minyak pelincir turut terbakar.
Dalam keadaan sejuk, asap biasanya berwarna putih kerana adanya wap air dan ia adalah normal. Pemeriksaan suhu penghawa dingin pula perlu dilakukan selepas enjin mulai panas iaitu dengan melihat meter suhu air yang ada pada panel kenderaan. Apabila jarum penunjuk menunjukkan suhu tidak normal, bermakna pemilik kenderaan perlu melakukan pemeriksaan dan jumlah air dalam radiator.
Akhir sekali, di samping pemeriksaan harian, kenderaan juga perlu menjalani pemeriksaan sistematik di bengkel selepas digunakan dalam tempoh waktu tertentu. Biasanya, pemeriksaan itu perlu dijalankan setiap tiga bulan, enam bulan atau setahun atau selepas setiap kali kenderaan bergerak sejauh 3,000, 5,000 atau 10,00 kilometer.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources