Pada masa kini negara kita mengalami masalah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh itu hari ini kita akan bincangkan bagaimana untuk kita mengatasi kegawatan ekonomi negara kita dari persfektif Islam.
Dalam keadaan seperti ini pasti akan mengundang pelbagai masalah seperti dibuang kerja serta perbelanjaan harian terpaksa dihadkan mengikut keadaan semasa. Masalah kegawatan ekonomi ini adalah berpunca daripada dunia yang gagal menghukum keganasan yang dilakukan Israel sehingga dunia kini menghadapi masalah atau kemelut ekonomi yang sangat drastik.
Prestasi ekonomi dunia terjejas teruk ini bermula dari Amerika Syarikat dan merebak ke negara lain, antaranya Eropah dan Asia Timur. Oleh kerana negara kita mempunyai hubungan antarabangsa, negara kita juga tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama.
Hal ini amat membimbangan kita kerana ianya akan menyebabkan kadar pertumbuhan menjadi negatif dan tahap pengangguran akan meningkat serta mutu hidupan dikebanyakan negara akan terjejas.
Jika difikirkan, bagaimanakah situasi sebegini boleh terjadi. persoalan ini menjadi tanda tanya kepada kita. Hal ini kerana, jika kita teliti kembali permasalahan kegawatan ekonomi ini sebenarnya bermula dari sistem kewangan barat yang bergantung kepada sistem hutang untuk menjana pertumbuhan ekonomi mereka.
Untuk mengukuhkan ekonomi hutang-hutang ini yang berjumlah berbilion dolar adalah tidak berasaskan kepada asas-asas ekonomi. Keadaan keseluruhan sistem perbankan dan kewangan negara mereka tergugat kerana pada pengakhiranya mereka mengalami permasalahan untuk proses pembayaran semula.
Hal ini bertambah menjadi lebih teruk apabila banyak bank di negara lain yang telah terlibat dengan pemberian pinjaman dan pelaburan antarabangsa menjadi huru-hara.
Iktisad negara atau kesejahteraan ekonomi adalah benda yang amat penting untuk kita semua. Dalam Islam kita dituntut agar sentiasa berusaha dan berwaspada untuk memperbaiki tahap mutu kehidupan serta mengelak dari terjerumus kepada kemelut kemiskinan dan kepapaan, ini kerana ia akan menentukan peluang pekerjaan, iaitu peluang mencari nafkah dan pendapatan demi kesejahteraan keluarga dan diri kita sendiri.
Di peringkat yang lebih menakutkan, kepapaan boleh menyebabkan kita hilang semangat dan keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, kepapaan juga akan menyebabkan manusia sanggup mencari perkerjaan yang tidak bermaruah dan sanggup mengadaikan maruah diri, rendah akhlak serta menjadi kufur.
Islam juga menuntut umatnya untuk mencari rezeki yang halal. Pada zaman Nabi SAW, baginda sendiri pernah menjadi penggembala kambing dan berniaga untuk mencari nafkah yang halal. Sebagai umat Islam kita seharusnya mencontohi baginda dengan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kesan buruk dan krisis ekonomi yang berlaku pada masa ini.
Kita juga haruslah mempertingkatkan lagi mutu kerja dan menjalankan tugas dengan penuh ketekunan agar produktiviti dan mutu hasil kerja kita setanding peringkat antarabangsa. lanya akan membantu menjana peluang pekerjaan dan negara kita akan menjadi tumpuan pelabur asing.
Untuk mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor awam pula, mereka haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu prestasi dan mengurangkan karenah birokrasi dan prosidur-prosidur yang tidak wajar agar proses sesuatu permohonan itu dapat dipercepatkan.
Sekiranya kita sengaja melengahkan kerja yang diamanahkan. maka ini bermakna kemalasan dan kemalasan itu adalah satu sifat keji. Bukhari dan Muslim meriwayatkan yang Anas bin Malik RA berkata bahawa beliau sering mendengar Rasulullah SAW mengucapkan doa ini:
Mafhumnya: "Ya Allah aku mohon perlindungan daripada-Mu dari rasa kecewa dan sedih, dari sifat lemah dan malas, juga dari sifat kedekut dan pengecut. Aku mohon perlindungan-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia."
Dalam menjalankan sesuatu tugas, keikhlasan adalah salah satu faktor yang amat penting bagi mengelakan dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah SWT. Hal ini dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ahzab ayat 72:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi erta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan jahil"
Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat dan pahala kepada mereka yang menjalankan kerja dengan sempurna kerana Allah sangat suka kepada kesempurnaan. Oleh itu bagi mereka yang bekerja sendiri perti peniaga, petani dan sebagainya, hendaklah menjalankan urusan pemiagaan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli. Ianya akan membantu anda dalam meningkatkan ekonomi negara.
- Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ; PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources