Setiap kali tahun baru menjelma setiap kali itulah setiap daripada kita bertekad untuk melakukan perubahan bagi menambah baik kehidupan. Pengalaman lepas dijadikan sebagai pengajaran dalam menjadikan tahun baru yang akan ditempuhi lebih bermakna. Tekad ini adalah satu bentuk azam.
Agama Islam turut menyarankan sebarang perbuatan baik dimulai dengan niat. Niat ini adalah panduan kepada kita untuk meneruskan perbuatan atau pekerjaan yang ingin dilaksanakan. Justeru boleh dikatakan niat dan azam mempunyai peranan yang sama.
Persoalannya apakah azam yang kita tanam atau niat yang kita lafaz berpotensi untuk direalisasikan sekaligus membuahkan hasil seperti yang kita harapkan?
Dalam agama Islam, azam merupakan satu perkara yang digalakkan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang maksudnya: “Apabila engkau telah berazam maka hendaklah engkau bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang bertawakal".
Mereka yang hanya berazam tetapi tidak bertawakal tidak akan memberi sebarang makna seperti yang dituntut dalam firman Allah tersebut. Tawakal bermakna berserah diri kepada Allah SWT dan ia tidak bermaksud seseorang individu menyerahkan sepenuhnya nasib mereka tanpa melakukan sebarang usaha ataupun tindakan.
Muslim yang beriman akan berazam melakukan sesuatu dengan apa sahaja cara yang dibenarkan dalam Islam untuk mendapat apa yang mereka ingini. Ini kerana Allah SWT telah menjadikan sunnah bahawa sesuatu perkara akan terhasil apabila dilakukan sebab-sebabnya dan punca- puncanya.
Sebenarnya sesuatu azam tidak akan terlaksana jika tiada usaha yang di buat. Sebagai contoh jika seseorang itu tidak diajar untuk mengira susah tentu mereka tidak akan mampu menyelesaikan masalah matematik ataupun sudah tentu mereka menghadapi kesukaran dalam membuat perbelanjaan. Namun jika dia berusaha untuk belajar mengira sudah tentu mereka dapat menguasai ilmu matematik.
Justeru azam semata-mata tanpa berusaha dan bertawakal hanya meletakkan seseorang dalam keadaan yang pegun, beku, tidak bergerak dan tidak berjaya. Segala yang mereka impikan hanya menjadi angan-angan yang tidak kesampaian.
Dalam menaman azam perkara yang ingin dilaksanakan seharusnnya tidak bertentangan dengan perintah agama. Azam yang positif antaranya termasuk mempertingkatkan kebaikan, kemajuan individu atau kelompok masyarakat dalam aspek pengurusan ekonomi, sosial dan juga kesihatan.
Dalam Islam, azam mempunyai ciri-ciri positif dan mengandungi unsur kebaikan dan ikhlas akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Sebenarnya azam boleh dijadikan mekanisma bagi individu dan masyarakat dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup yang menghambat mereka sama ada secara rela atau terpaksa. Antara cabaran ekonomi yang terpaksa dihadapi termasuk kenaikan harga barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayuran dan barangan runcit.
Individu harus menanamkan azam untuk bersifat positif yang akan memberi asas dan kuatan kepada mereka. Kita seharusnya berazam untuk mengambil pendekatan yang boleh meringankan beban perbelanjaan seperti tidak berbelanja untuk barangan atau perkhidmatan yang tidak perlu dan mewah. Perbelanjaan harus disasarkan kepada barangan dan perkhidmatan yang diperlukan sahaja.
Selain itu sebagai seorang pekerja kita harus berazam untuk meningkatkan prestasi yang cemerlang dan sentiasa tekun dalam memperbaiki status kehidupan menjadi lebih baik.
Azam sebenarnya dipenuhi dengan perkara positif kerana ia menyentuh secara langsung atau tidak dalam kehidupan seharian kita. Azam yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dan memenuhi syarat-syarat pastinya akan berjaya dicapai.
Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources