Kebosanan pasti pernah dialami ramai orang yang melakukan penerbangan jarak jauh terutama apabila kapal terbang yang dinaiki tidak menyediakan kemudahan hiburan.
Telefon bimbit yang menjadi gajet utama untuk bermain pelbagai aplikasi yang dimuat turun sudah tidak dapat mebantu menghilangkan kebosanan.
Justeru, bagi anda yang akan melakukan penerbangan yang mengambil masa yang panjang, bawalah pelbagai barangan berikut yang boleh membantu menghilangkan rasa bosan anda.
Bagi memudahkan anda, simpanlah semua barangan ini dalam beg yang mudah dicapai dan senang dibawa. Tip berikut mungkin membantu dan memberi idea kepada anda yang akan melakukan penerbangan jarak jauh.
(1) Penutup mata - Banda ini penting jika anda berniat tidur lama dalam perjalanan. Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tak masuk dan anda boleh tidur dengan lena.
(2) Bantal tiup - Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam kedudukan duduk. Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.
(3) Buku - Bawa buku atau bacaan lainnya. Pilih bacaan ringan seperti novel mahupun komik. Pastikan buku tersebut boleh anda baca lama dan tidak habis hanya dalam satu jam pembacaan.
(4) Jaket - Untuk mengelakkan anda kesejukan sepanjang penerbangan, bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian. Jika anda merasa jaket terlalu berat untuk dibawa, selimut kecil atau kain pasmina juga boleh dibawa.
(5) Permainan - Bawa pelbagai permainan mengisi masa. permainan seperti buku puzzle, buku teka silang kata ataupun sudoku pasti menghiburkan anda.
(6) peralatan elektronik - Bawalah pelbagai gajet kegemaran anda seperti iPad, tablet, iPod dan pelbagainya yang membolehkan anda bermain game, menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti. Namun, pastikan semua peralatan ini dimatikan semasa pelepasan dan mendarat supaya ia tidak menganggu sistem penerbangan.
(7) Pemain muzik - Pemain muzik seperti mp3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan. Selain dapat mendengar lagu-lagu kegenaran anda, ia juga boleh berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.
(8) Gula-gula getah - Gula-gula getah boleh meredakan mabuk panjang dalam penerbangan. Selain itu, mengunyah gula-gula getah saat berlepas juga boleh mengurangkan tekanan pada telinga.
(9) Ubat - Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk boleh menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources