Kebanyakan orang, walaupun tidak semua mahu kaya dan mahu kaya cepat serta akan melakukan apa sahaja di dalam kuasa diri sendiri untuk mencapai tujuan itu. Pun begitu, mahu kerja makan gaji mungkin berzaman baru kita akan bergelar 'Orang Kaya', jadi pilihan yang terbaik ialah untuk menceburi bisnes.
Langkah ini juga bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki" (Riwayat Al-Tirmizi) tetapi malangnya, ramai (tidak semua) yang hanya mengambil aspek praktikal hadis ini dan mengabaikan sisi etika perniagaan Islam.
Mengapa etika perniagaan Islam itu penting! Perkara ini penting kerana secara keseluruhannya etika berkenaan merupakan satu kaedah holistik yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan kepengunaan kerana tatasila tersebut dapat mengelakkan peniaga daripada sifat terkeji (mazmumah) dan membina sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri serta amalan perniagaan mereka.
Apabila para peniaga mempunyai sifat mahmudah yang tinggi, kepentingan ummah secara khusus dan para pengguna lain secara umum kerana permasalahan seperti perbalahan, ketidakadilan, pertikaian, penindasan dan rasa tidak puas hati dapat dihalang dan hak peniaga dan pelanggan akan terpelihara baik selain memastikan setiap peniagaan berjalan dengan baik dan dapat menjauhi semua unsur penipuan.
Perkara ini jelas dan telah berulang kali diperingatkan di dalam Al-Quran berulang keutamaan bersikap jujur dan bahana penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan yang mana sering terjadi dalam dunia perniagaan.
Antara ingatan yang diberikan Allah dalam Al-Quran dalam konteks ini ialah "Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil (Al-An'am, 6:152) juga "Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan" (Hud, 11:84).
Jelas, Allah menekankan bahawa penipuan walau sekecil mana sekalipun adalah haram dalam etika perniagaan Islam kerana penyelewengan itu merosakkan hubungan antara pembeli dan penjual, bahkan lebih dasyat lagi, boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan.
Peniaga Muslim turut dituttut menjaga kualiti kerja serta barangan atau perkhidmatan yang diniagakanselain ditegah mengekploitasi walaupun dia merupakan pembekal tunggal. Impak positif tuntutan ini ialah amalan ini dapat menjamin pembelian berterusan serta kesetiaan pelanggan yang meningkatkan jualan juga menjaga reputasi perniagaan.
Dalam masa sama, satu lagi sifat mahmudah yang amat ditekan dalam etika perniagaan Islam ialah amanah kerana tuntutan ini menjurus kepada perilaku benar dalam urusan perniagaan.
Tuntutan amanah disebut di dalam Al-Quran dalam ayat 58 Surah An-Nisa yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya yang mana ayat-ayat ini menyatakan tanggungjawab orang yang diberikan kepercayaan ialah melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Amanah dalam erti kata lain dapat mengelakkan penipuan dan penindasan. Dalam masa sama, amanah perlu dilaksanakan dengan keadilan seperti yang dianjurkan dalam ayat ke-90 Surah An-Nahl yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan."
Maksud keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul dan dalam perniagaan, urusan perlu dipastikan setiap pihak baik pembeli atau penjual mendapat haknya. Ini bermaksud peniaga harus bersikap sederhana dalam semua perkara tanpa menguntungkan sebelah pihak, layanan sama rata atau saksama terhadap semua pelanggan, memberi pertimbangan yang adil dan tidak berat sebelah serta memberikan hak kepada orang yang berhak.
Kesemua di atas, digabungkan dengan amalan budi bahasa yang baik dan ketepatan masa, akan dapat memastikan urus niaga yang sentiasa berterusan dan berulang tanpa perlu memanipulasi harga. Pendek kata, kesemua di atas akan menarik permintaan yang tinggi atas dasar nilai bukan kewangannya dan memberikan pulangan yang tinggi kepada peniaga.
Peniaga yang mengamalkan etika berdasarkan Al-Quran pasti dapat membentuk peribadi murni yang membawa kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat juga melupuskan penipuan, ketidakadilan, penindasan dan penganiayaan.
Secara langsungnya amalan-amalan berkenaan akan menjana dan membentuk ekonomi peniaga Muslim melalui semangat kerjasama serta saling bantu-membantu dalam kehidupan masyarakat.
Tulisan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources