Kegawatan ekonomi semasa yang tidak menentu memerlukan setiap daripada kita untuk membuat persiapan dan anda berwaspada. Ini bagi memastikan dalam menunggu untuk ekonomi kembali stabil sebarang kesan buruk daripada situasi ekonomi yang tidak menentu dapat dielakkan.
Sebagai umat Islam sudah tentu kita diajar untuk bersikap positif dan mempunyai keyakinan untuk mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Situasi ini menuntut setiap umat Islam agar terus berusaha membina kekuatan dan berjiwa besar. Ini selaras dengan ayat al-Ouran: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Quran 96: 5-6).
Situasi yang tidak stabil ini juga menuntut umat Islam agar proaktif dan bergerak cerdas melalui pembinaan keimanan, akhlak, keilmuan dan kepakaran yang berpandukan al-Quran. Cabaran yang paling besar dalam menghadapi situasi ini adalah dalam membina satu sistem bagi mewujudkan budaya hidup yang dinamis dan mempunyai nilai luhur kemanusiaan. Apa yang lebih mustahak satu kajian perlu dibuat bagi menyelesaikan segala kelemahan yang boleh dilihat dan dikesan ketika krisis ekonomi berlaku. lni termasuk bagaimana untuk menguruskan tekanan antarabangsa yang mempunyai kesan langsung terhadap ekonomi tempatan.
Kajian perlu dilakukan bagaimana kekuatan ekonomi tempatan dapat dibina melalui asas-asas fundamental yang wujud. Kekuatan fundamental ini diharap mampu menangani masalah ekonomi yang mungkin berulang pada masa hadapan. Satu kekuatan masyarakat yang menyeluruh semestinya mampu memantapkan kekuatan ekonomi secara mampan dan berterusan.
Bagi masyarakat Islam mereka disaran membina kekuatan bagi menghadapi krisis ekonomi dengan beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Semangat tauhid ini akan membentuk satu arah tuju yang membantu membina shasiah diri manusia. Ini selanjutnya menyusun sistem kemasyarakatan yang sesuai dengan fitrah manusia.
Melalui kekuatan ini individu tidak akan menjadi lupa diri dan angkuh dan tidak lalai sekirannya mereka berjaya. Sebaliknya sekiranya mereka gagal maka wujudlah kepincangan dalam masyarakat. Kepincangan inilah yang akan melemahkan kekuatan sesebuah masyarakat dan akhirnya mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi masyarakat berkenaan.
Sesebuah masyarakat yang lemah dengan mudah dapat ditekan dan diperkotak katikkan terutama jika ia dilakukan pada peringkat antarabangsa. Ini sudah tentu membawa malapetaka terhadap ekonomi sesebuah masyarakat. Justeru sistem kehidupan yang berteraskan tauhid akan membina kekuatan diri yang baik dan murni dalam diri seseorang.
Realitinya pembinaan akhlak yang mampan merupakan teras kekuatan sesebuah masyarakat. Melalui pembinaan akhlak inilah kekuatan diri, keluarga, masyarakat dan negara dapat dibangunkan. Individu berakhlak bukanlah individu yang lurus dan tidak mahukan kemajuan. Malah adalah salah untuk menyatakan individu yang berakhlak tidak mampu melakukan reformasi sosial dan tidak peka terhadap kepincangan yang wujud dalam masyarakat apatah lagi terhadap ekonomi. Sebenarnya masyarakat yang berakhlak lebih memahami keadaan sesuatu ekonomi sama ada ia baik kepada mereka ataupun tidak.
Dalam memastikan ekonomi negara sentiasa stabil dan kukuh, kekuatan perlu juga dibina berdasarkan kekuatan ilmu. Di negara-negara maju Keluaran Dalam Negara Kasar mereka disumbang oleh sektor perkhidmatan yang berasaskan kemahiran yang tinggi. Senario Abad 21 menunjukkan kekuatan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada pengurus dan pekerja yang berilmu dan berkemahiran.
Oleh kerana itu negara tidak harus ketinggalan dalam menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi. Usaha perlu dilakukan agar lebih banyak tenaga professional tempatan dapat dilahirkan. Peluan pendidikan bagi tujuan ini harus diwujudkan dengan lebih banyak dan luas. Usaha yang bersungguh perlu digembeling oleh pihak pemerintah dan sektor swasta supaya dapat menyediakan dan membangunkan pekerja yang profesional dan dengan itu akan lebih ramai anak bangsa berminat dan berpeluang melanjut pelajaran dalam bidang-bidang profesional dan teknologi.
Apa yang jelas jika umat Islam tidak mahu ketinggalan dalam aspek ekonomi dan ditindas mereka seharusnya meningkatkan kemampuan mengurus, daya cipta dan daya pengeluaran. Umat Islam tidak mempunyai pilihan sebaliknya perlu memastikan mereka berada di landasan yang betul dalam menghadapi suasana ekonomi yang menekan.
Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources