Harga rumah mahal adalah isu yang paling hangat diperkatakan. Rumah dibeli bagi tujuan untuk didiami dan bagi tujuan melindungi keluarga daripada panas dan hujan. Bagaimanapun harga keperluan asas ini semakin meningkat dengan mendadak.
Masalah ini sememangnya mendesak kerana kajian Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam [CUEPACS] mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3.000 sebulan tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Sebenarnya bukan sahaja kakitangan awam tidak mampu membeli rumah tetapi kebanyakan rakyat tidak lagi mampu untuk memiliki sebuah rumah kerana harga yang semakin melampau.
Dengan harga yang semakin meningkat impian kebanyakkan orang, terutama golongan muda tidak mungkin akan tercapai. Pendapatan golongan muda kebiasaannya hanya cukup-cukup untuk menyara kos hidup mereka dan pembayaran semula pinjaman pendidikan yang mereka lakukan ketika belajar dahulu.
Dengan pendapatan yang kurang dan kos sara hidup semakin tinggi keadaan menjadi semakin teruk apabila golongan belia ini mula mendirikan rumahtangga. Ini menjadikan mereka semakin tidak mampu untuk membeli sebuah rumah yang boleh didiami oleh mereka sekeluarga.
Memiliki sebuah kediaman boleh dianggap sebagai antara kebahagian mental yang pastinya ingin dikecapi seseorang. Mereka yang tidak mempunyai mmah sendiri akan terbeban dengan kadar sewa rumah yang tinggi. Mereka akan sentiasa hidup dalam rungutan kerana terpaksa membelanjakan pendapatan terhadap sewa rumah yang akhirnya tidak akan menjadi milik mereka.
Ketidak bahagiaan mental ini pastinya menjejaskan kualiti hidup mereka. Apabila mereka tidak bahagia, produktivi mereka turut terjejas. Apabila produktiviti terjejas, yang turut menerima tempias adalah pembangunan negara yang pastinya ada terbantut.
Justeru perlu tindakan jangka pendek dan jangka panjang dalam menangani isu perumahan rakyat ini. Ada pandangan menyatakan masalah ini berpunca dengan tidak menguruskan isu perumahan dengan betul sejak dari awal lagi. Maka ia perlu diperbetulkan sekarang sebelum menjadi semakin parah pada masa akan datang.
Dalam isu ini yang paling penting adalah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan. Pihak berkuasa perlu memantau harga rumah di pasaran agar tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pemberian subsidi bagi pembelian rumah pertama. Di Australia kerajaan di sana memberikan subsidi antara AU$5.000 hingga AU$7,000 untuk rumah pertama.
Adalah jelas industri perumahan negara melibatkan banyak pihak dan rumit. Dalam isu perumahan rakyat dan kos rumah yang semakin meningkat sikap menunding jari perlu dielakkan. Sebaliknnya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar masalah yang mendesak dan sangat diperlukan rakyat ini dapat diatasi dengan segera.
Apa yang penting adalah mengenalpasti punca kenaikan harga yang membebankan banyak pihak ini. Jika rasuah menjadi punca terhadap kemelut ini maka ia perlu diperbetulkan kerana kita tidak mahu berlaku penganiayaan kepada pembeli rumah.
Tidak dinafikan bahawa jika sesuatu rasuah itu tinggi maka ia mungkin sukar untuk ditolak oleh sesetengah orang. Justeru agama memainkan peranannya di sini dalam membenteras perbuatan yang tidak beretika ini.
Adalah zalim untuk menidakan hak seseorang untuk mempunyai rumah sebagai keperluan asasi akibat budaya rasuah yang berleluasa. Ini merupakan satu penindasan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Lebih malang sekirannya rumah-rumah berkenaan dimiliki oleh kumpulan yang tidak seharusnya.
- Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKKL); PKPKL@hotmal|.com dengan kerjasama KPDNKK
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources