Rakyat Malaysia menjadi semakin materiallstik. Imej dan kejayaan seseorang kini diukur melalui jenis kenderaan yang digunakan, besar dan luas serta lokasi rumah yang didiami, jenama pakaian yang dipakai.
Masyarakat tidak lagi melihat bagaimana seseorang itu bekerja untuk mengumpul dan memperolehi kekayaan.
la tidak lagi penting sebagaimana mereka mengukur kehebatan seseorang melalui cari mereka berbelanja serta di mana mereka menghabiskan wang mereka untuk membeli barangan mewah dan berjenama.
Kebiasaannya musim memperagakan kemewahan harta benda yang dimiliki dan diperolehi akan berlaku pada hari-hari perayaan di mana semua sanak saudara yang jauh dan dekat berkumpul. Inilah masa yang paling sesuai untuk mempamerkan kereta yang baru dibeli atau rumah yang baru diubah suai atau jam tangan yang berharga berpuluh-puluh ribu ringgit seutas.
Dalam masyarakat yang materialistik ketakwaan dan ketaatan kepada Allah tidak lagi menjadi kayu ukur kepada seseorang individu. Penghargaan sesama manusia lebih penting berbanding keredhaan Allah.
Akibatnya golongan yang merasakan mereka dalam kelas atasan dan kaya ini kebanyakkannya akan bersikap sombong dan angkuh kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup sempurna. Mereka hanya memikirkan apa yang orang kata dan bukannya apa yang Allah perintahkan.
Pada masa yang sama golongan yang tidak mempunyai kemewahan kebendaan bukan sahaja dipinggirkan dalam majlis-majlis keramaian tetapi turut dicemuh atas kekurangan yang mereka miliki. Sedangkan kumpulan ini adalah golongan yang amat dekat dengan Nabi Muhammad dalam kehidupan baginda.
Budaya berhutang yang semakin parah dalam masyarakat sebenamya berpunca daripada masyarakat yang semakin materialistik ini. Golongan yang mahu hidup mudah dan mewah ini mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman tidak kira dari institusi kewangan yang sah mahupun haram seperti along.
Berhutang bagi golongan materialistik ini seperti satu bentuk penagihan di mana mereka akan membuat hutang demi hutang asalkan mereka kelihatan hidup dengan penuh kemewahan dan bergaya dengan produk yang mahal-mahal.
Persoalannya bahagiakah kehidupan materialistik sehingga sanggup berhutang semata-mata mahu dilihat hebat di mata manusia. Adakah ini yang dikatakan kehidupan manusia dalam dunia yang maju.Namun pastinya ramai daripada mereka yang menjadikan hutang dan pinjaman sebagai budaya mengalami tekanan perasaan dan mental.
Ini kerana mereka tertekan kerana terpaksa memikirkan hutang yang bertimbun dan semakin banyak tetapi tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka yang terdesak ada yang memilih jalan jenayah dengan mencuri dan merompak atau mengambil rasuah untuk membayar hutang dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan gaya hidup yang mewah dan materialistik.
Pada masa yang sama, golongan miskin dan susah yang hidup dalam dunia materialistik berkemungkinan akan diselubungi dengan perasaan cemburu melihat orang yang hidup senang dan bermewah-mewah. Perasaan dengki yang tidak dapat dibendung mungkin akan mendorong seseorang bertindak di luar batasan termasuk menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan seseorang.
Bagi pasangan yang ingin berkahwin juga terpaksa bergelut untuk menyediakan wang yang banyak bagi memenuhi tuntutan dunia materialistlk. Mereka sanggup berhutang demi memastikan perkahwinan mereka penuh kemewahan, glamour hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada hadirin yang hadir.
Tanpa mereka sedari mereka sebenamya memulakan institusi keluarga dengan bebanan hutang yang mungkin terpaksa dibayar sehingga kelahiran anak dan cucu.
Apa yang dikhuatirkan dalam masyarakat yang terlalu mementingkan kebendaan akan mengakibatkan lingkaran kesusahan yang tiada kesudahan.
Hanya kembali kepada nilai-nilai yang diajarkan oleh Islam merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Hidup bermegah-megah dengan kekayaan yang terkumpul bertimbun-timbun tidak akan berguna sekiranya hidup tidak diredhai Allah.
- Terbitan Persatuan Keselamatan pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ; PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources