Berita Panas

Total Pageviews

Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah



Memang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia membuat pengubahsuaian dan penambahan terhadap rumah mereka. Sering kali berlaku pengguna menghadapi masalah apabila kontraktor yang sepatutnya menjalankan kerja-kerja tersebut, tidak melakukan dengan baik atau ada kalanya meninggalkan kerja-kerja tersebut terbengkalai begitu sahaja.

Sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda hendaklah memutuskan kerja-kerja yang anda ingin lakukan. Secara tepatnya, sebelum anda melantik kontraktor untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda perlu memutuskan pengubahsuaian yang dilakukan seperti mengubah suai dapur, bilik mandi atau hiasan dalaman.

Justeru, berikut adalah beberapa panduan, apabila ingin membuat kerja pengubahsuaian bagi melindungi kepentingan anda sebagai pengguna.

(1) Dapatkan sekurangnya tiga sebut harga kontraktor.
(2) Pastikan kontraktor itu mempunyai lesen yang sah. Anda boleh menyemak dengan Lembaga pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
(3) Elakkan daripada berurusan dengan kontraktor yang datang ke rumah anda, menawarkan sebut harga yang rendah.
(4) Sediakan dokumen kontrak secara bertulis. Dokumen kontrak hendaklah menyatakan jenis kerja-kerja perlu dilakukan, bahan-bahan yang akan digunakan, jumlah kos projek dan mula dan tarikh siap.
(5) Pastikan anda mendapat resit apabila membuat pembayaran. Anda boleh membayar secara tunai tetapi bayaran dengan cek adalah yang terbaik dan melindungi anda jika ada masalah atau jika jaminan atau jaminan yang terlibat.
(6) Jika anda perlu membayar deposit, ia hendaklah tidak melebihi 10% daripada jumlah harga projek.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Kenaikan Kos Sara Hidup : Peniaga Juga Perlu Membantu



Kebanyakan orang, walaupun tidak semua mahu kaya dan mahu kaya cepat serta akan melakukan apa sahaja di dalam kuasa diri sendiri untuk mencapai tujuan itu. Pun begitu, mahu kerja makan gaji mungkin berzaman baru kita akan bergelar 'Orang Kaya', jadi pilihan yang terbaik ialah untuk menceburi bisnes. 

Langkah ini juga bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki" (Riwayat Al-Tirmizi) tetapi malangnya, ramai (tidak semua) yang hanya mengambil aspek praktikal hadis ini dan mengabaikan sisi etika perniagaan Islam.

Mengapa etika perniagaan Islam itu penting! Perkara ini penting kerana secara keseluruhannya etika berkenaan merupakan satu kaedah holistik yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan kepengunaan kerana tatasila tersebut dapat mengelakkan peniaga daripada sifat terkeji (mazmumah) dan membina sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri serta amalan perniagaan mereka.

Apabila para peniaga mempunyai sifat mahmudah yang tinggi, kepentingan ummah secara khusus dan para pengguna lain secara umum kerana permasalahan seperti perbalahan, ketidakadilan, pertikaian, penindasan dan rasa tidak puas hati dapat dihalang dan hak peniaga dan pelanggan akan terpelihara baik selain memastikan setiap peniagaan berjalan dengan baik dan dapat menjauhi semua unsur penipuan.

Perkara ini jelas dan telah berulang kali diperingatkan di dalam Al-Quran berulang keutamaan bersikap jujur dan bahana penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan yang mana sering terjadi dalam dunia perniagaan.

Antara ingatan yang diberikan Allah dalam Al-Quran dalam konteks ini ialah "Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil (Al-An'am, 6:152) juga "Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan" (Hud, 11:84).

Jelas, Allah menekankan bahawa penipuan walau sekecil mana sekalipun adalah haram dalam etika perniagaan Islam kerana penyelewengan itu merosakkan hubungan antara pembeli dan penjual, bahkan lebih dasyat lagi, boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan.

Peniaga Muslim turut dituttut menjaga kualiti kerja serta barangan atau perkhidmatan yang diniagakanselain ditegah mengekploitasi walaupun dia merupakan pembekal tunggal. Impak positif tuntutan ini ialah amalan ini dapat menjamin pembelian berterusan serta kesetiaan pelanggan yang meningkatkan jualan juga menjaga reputasi perniagaan.

Dalam masa sama, satu lagi sifat mahmudah yang amat ditekan dalam etika perniagaan Islam ialah amanah kerana tuntutan ini menjurus kepada perilaku benar dalam urusan perniagaan.

Tuntutan amanah disebut di dalam Al-Quran dalam ayat 58 Surah An-Nisa yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya yang mana ayat-ayat ini menyatakan tanggungjawab orang yang diberikan kepercayaan ialah melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

Amanah dalam erti kata lain dapat mengelakkan penipuan dan penindasan. Dalam masa sama, amanah perlu dilaksanakan dengan keadilan seperti yang dianjurkan dalam ayat ke-90 Surah An-Nahl yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan."

Maksud keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul dan dalam perniagaan, urusan perlu dipastikan setiap pihak baik pembeli atau penjual mendapat haknya. Ini bermaksud peniaga harus bersikap sederhana dalam semua perkara tanpa menguntungkan sebelah pihak, layanan sama rata atau saksama terhadap semua pelanggan, memberi pertimbangan yang adil dan tidak berat sebelah serta memberikan hak kepada orang yang berhak.

Kesemua di atas, digabungkan dengan amalan budi bahasa yang baik dan ketepatan masa, akan dapat memastikan urus niaga yang sentiasa berterusan dan berulang tanpa perlu memanipulasi harga. Pendek kata, kesemua di atas akan menarik permintaan yang tinggi atas dasar nilai bukan kewangannya dan memberikan pulangan yang tinggi kepada peniaga.

Peniaga yang mengamalkan etika berdasarkan Al-Quran pasti dapat membentuk peribadi murni yang membawa kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat juga melupuskan penipuan, ketidakadilan, penindasan dan penganiayaan.

Secara langsungnya amalan-amalan berkenaan akan menjana dan membentuk ekonomi peniaga Muslim melalui semangat kerjasama serta saling bantu-membantu dalam kehidupan masyarakat.

Tulisan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Membuat Tuntutan Insurans Kenderaan



Apa yang perlu ada tahu apabila membuat tuntutan sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan.

(1) Catatkan nama dan alamat semua pemandu, buatan/model dan nombor pendaftaran setiap kenderaan yang terlibat, nombor lesen pemandu dan butir-butir insurans dan juga nama dan alamat saksi yang terlibat.
(2) Buat laporan polis dalam 24 jam selepas sesuatu kemalangan jalan raya dan maklumkan syarikat insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap dengan segera.
(3) Sekiranya kenderaan anda rosak, anda boleh memilih sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.
(4) Sekiranya anda bukan pihak yang bersalah, anda juga layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga, pampasan bagi masa pembaikan sebenar (CART). CART bermaksud amaun yang berpatutan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans pihak ketiga sebagai pampasan terhadap kehilangan daya guna kenderaan anda.

Jumlah yang akan dibayar adalah berdasarkan skala standard yang telah ditetapkan oleh PIAM dan jumlah hari untuk membaiki kenderaan anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian dan bukannya jumlah hari kenderaan anda berada di bengkel.

Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dieleakkan. Skala standard bagi CART harian telah ditetapkan oleh PIAM adalah seperti jadual di bawah.


Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk selama jumlah hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesan.

Tuntutan kerosakan sendiri
(1) Ini merujuk kepada pembuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri, iaitu anda mempunyai polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan 'Non Claim Discount' (NCD).
(2) Hubungi syarikat insurans anda dengan segera bagi mendapatkan nasihat. Hantar kenderaan anda ke bengkel panel yang diluluskan.
(3) Syarikat insurans akan menghantar pelarasan kerugian untuk menilai kerosakan sebelum meluluskan kerja pembaikan.

Tuntutan Pihak Ketiga
(1) Anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.
(2) Terdapat dua jenis tuntutan pihak ketiga iaitu (a) Tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah ATAU (b) Tuntutan terhadap syarikat insurans anda, sekiranya anda mempunyai polisi komprehensif.

Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

Melantik pelaras keruguan berlesen untuk menilai kerugian anda dan menghantar kenderaan ke bengkel yang diluluskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman



Antara tip yang bermanfaat untuk dipraktikalkan

(1) Bersikap posotif terhadap pekerjaan - Ketika bekerja, terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun ia berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang dibuat.

(2) Bersantai sejenak - Gunkan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu.

(3) Nikmati humor dan ketawa - Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau bersembang bersama-sama rakan sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran.

(4) Bekerja secara sistematik - Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

(5) Banyak minum air mineral - Air mineral dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme badan.

(6) Lakukan aktiviti fizikal - Untuk mengendurkan otot yang mulai kaku, lakukan gerakan badan atau senaman ringan. Jika pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, gunakan tangga berbanding lif.

Tip Senaman Badan Dan Fizikal
mulakan dengan senaman sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

(1) Beranikan diri untuk menegur atau mengeluarkan perkataan hello atau salam kepada orang yang jarang anda tegur.

(2) Buka laman web anda boleh tidak pernah tengok contohnya laman web alam sekitar.

(3) Sekali-sekala cuba tonton video lawak kerana ketawa adalah senaman untuk awet muda.

(4) Cuba bertanam sayur, memelihara ikan atau kucing kerana secara tidak langsung menanam sikap kasih sayang.

(5) Cuba duduk diam tanpa radio dan televisyen selama lima minit tetapi ingat dalam tempoh itu jangan pula anda tidur.

(6) Sekali-sekala boleh menari mengikut irama yang anda cuba seperti lagu rancak atau samba.

(7) Berjalan sekitar taman perumahan selama sejam.

(8) Berlari naik dan turun tangga di rumah.

(9) Berbasikal di kawasan perumahan atau di gimnasium.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Bukan Tidak Boleh Berhutang Tetapi.....



Dewasa ini amalan berhutang telah menjadi budaya dan gaya hidup masyarakat Islam. Amalan ini telah menjadi norma dan perkara biasa dalam masyarakat masa kini. Bagaimanapun amalan ini seharusnya patut dipandang serius kerana mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan..

Kebanyakkan mereka yang berhutang terpaksa membuat pinjaman apabila mereka berbelanja melebihi pendapatan yang diperolehi. Sikap mudah terpengaruh dengan jualan murah dan iri hati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain juga mendorong seseorang untuk berbelanja melebihi pendapatan mereka sehingga terpaksa melakukan pinjaman.

Lebih memburukkan keadaan apabila pinjaman boleh dilakukan dengan mudah dan dalam masa yang sama pengguna gagal untuk mengawal nafsu untuk berbelanja. Justeru umat Islam seharusnya berbelanja mengikut kemampuan seperti kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'.

Sebenarnya banyak strategi untuk mengelakkan seseorang daripada berhutang antaranya ialah dengan merancang setiap perbelanjaan. Pengguna seharusnya tahu untuk membezakan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan dengan sesuatu yang dibeli atas kehendak hawa nafsu dan kemahuan diri sendiri.

Budaya dan amalan berhutang ini sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif seperti tekanan emosi, muflis, kehilangan semangat untuk bekerja dan ada kalanya boleh menyebabkan pertengkaran dan pergaduhan.

Berhutang juga boleh mengakibatkan sesebuah keluarga menjadi kucar-kacir dan porak-peranda akibat perbelanjaan yang tidak mencukupi kerana pendapatan terpaksa digunakan untuk membayar hutang. Pelbagai kesulitan akan timbul akibat pendapatan yang tidak mencukupi sedangkan harga barangan adalah mahal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa membabitkan) hutang piutangnya" (Hadis riwayat Muslim).

Sebenarnya Islam tidak mengharamkan amalan berhutang sebaliknya mengharuskannya jika seseorang dalam keadaan terdesak dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun, Islam sangat teliti dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang. Sikap amanah pemiutang dan penghutang pada dasarnya berkait rapat dengan isu pinjaman ini.Sikap amanah ini merupakan bukti semnagat saling tolong menolong sesama insan yang dalam keadaan memerlukan bantuan dan terdesak. Hanya dengan kasih sayang dan ketinggian iman akan mendorong seseorang menolong insan lain yang dalam kesusahan.

Firman Allah yang bermaksud : "Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya" (Surah Al-Baqarah, ayat 283).

Dalam hal hutang ini, Islam melihat mereka yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman atau menangguhkan pembayaran hutang termasuk dalam kumpulan yang zalim. Maruah mereka menjadi hina dan keberkatan hidup mereka hilang keberkatan kerana tidak diredhai Allah.

Islam menuntut mereka yang berhutang agar melunaskannya dengan segera. Ini adalah kerana ia adalah hak orang yang menyediakan pinjaman mendapat balik wang yang mereka pinjamkan. Justeru mereka yang seringkali berhutang perlu tahu prinsip dan batasan membuat pinjaman.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Hilangkan Bosan Dalam Pesawat



Kebosanan pasti pernah dialami ramai orang yang melakukan penerbangan jarak jauh terutama apabila kapal terbang yang dinaiki tidak menyediakan kemudahan hiburan.

Telefon bimbit yang menjadi gajet utama untuk bermain pelbagai aplikasi yang dimuat turun sudah tidak dapat mebantu menghilangkan kebosanan.

Justeru, bagi anda yang akan melakukan penerbangan yang mengambil masa yang panjang, bawalah pelbagai barangan berikut yang boleh membantu menghilangkan rasa bosan anda.

Bagi memudahkan anda, simpanlah semua barangan ini dalam beg yang mudah dicapai dan senang dibawa. Tip berikut mungkin membantu dan memberi idea kepada anda yang akan melakukan penerbangan jarak jauh.

(1) Penutup mata - Banda ini penting jika anda berniat tidur lama dalam perjalanan. Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tak masuk dan anda boleh tidur dengan lena.

(2) Bantal tiup - Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam kedudukan duduk. Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.

(3) Buku - Bawa buku atau bacaan lainnya. Pilih bacaan ringan seperti novel mahupun komik. Pastikan buku tersebut boleh anda baca lama dan tidak habis hanya dalam satu jam pembacaan.

(4) Jaket - Untuk mengelakkan anda kesejukan sepanjang penerbangan, bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian. Jika anda merasa jaket terlalu berat untuk dibawa, selimut kecil atau kain pasmina juga boleh dibawa.

(5) Permainan - Bawa pelbagai permainan mengisi masa. permainan seperti buku puzzle, buku teka silang kata ataupun sudoku pasti menghiburkan anda.

(6) peralatan elektronik - Bawalah pelbagai gajet kegemaran anda seperti iPad, tablet, iPod dan pelbagainya yang membolehkan anda bermain game, menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti. Namun, pastikan semua peralatan ini dimatikan semasa pelepasan dan mendarat supaya ia tidak menganggu sistem penerbangan.

(7) Pemain muzik - Pemain muzik seperti mp3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan. Selain dapat mendengar lagu-lagu kegenaran anda, ia juga boleh berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.

(8) Gula-gula getah - Gula-gula getah boleh meredakan mabuk panjang dalam penerbangan. Selain itu, mengunyah gula-gula getah saat berlepas juga boleh mengurangkan tekanan pada telinga.

(9) Ubat - Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk boleh menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud



Fraud dalam kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap fraud ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda. Walaubagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud.

Lindungi Kad Kredit Anda

(1) Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja diterima.

(2) Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta-merta.

(3) Usah pinjamkan kad kredit anda kepada sesiapa sahaja.

(4) Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau internet.

(5) Hafal nombor pin anda dan jangan catatkan nombor pin tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada pihak ketiga.

(6) Simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan, kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan pin kepada pihak ketiga.

(7) Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru.

(8) Periksa transaksi kad kredit anda untuk mengelakkan urus niaga tanpa kebenaran.

(9) Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga melalui kad kredit.

(10) Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan pernyata bulanan kad kredit anda sebaik sahaja ia diterima.

(11) Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran.

(12) Musnahkan semua slip  urus niaga sebelum anda membuangnya.

Sumber : info perbankan


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Berjimat Pangkalnya Niat



Setiap kali tahun baru menjelma setiap kali itulah setiap daripada kita bertekad untuk melakukan perubahan bagi menambah baik kehidupan. Pengalaman lepas dijadikan sebagai pengajaran dalam menjadikan tahun baru yang akan ditempuhi lebih bermakna. Tekad ini adalah satu bentuk azam.

Agama Islam turut menyarankan sebarang perbuatan baik dimulai dengan niat. Niat ini adalah panduan kepada kita untuk meneruskan perbuatan atau pekerjaan yang ingin dilaksanakan. Justeru boleh dikatakan niat dan azam mempunyai peranan yang sama. 

Persoalannya apakah azam yang kita tanam atau niat yang kita lafaz berpotensi untuk direalisasikan sekaligus membuahkan hasil seperti yang kita harapkan?

Dalam agama Islam, azam merupakan satu perkara yang digalakkan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang maksudnya: “Apabila engkau telah berazam maka hendaklah engkau bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang bertawakal".

Mereka yang hanya berazam tetapi tidak bertawakal tidak akan memberi sebarang makna seperti yang dituntut dalam firman Allah tersebut. Tawakal bermakna berserah diri kepada Allah SWT dan ia tidak bermaksud seseorang individu menyerahkan sepenuhnya nasib mereka tanpa melakukan sebarang usaha ataupun tindakan.

Muslim yang beriman akan berazam melakukan sesuatu dengan apa sahaja cara yang dibenarkan dalam Islam untuk mendapat apa yang mereka ingini. Ini kerana Allah SWT telah menjadikan sunnah bahawa sesuatu perkara akan terhasil apabila dilakukan sebab-sebabnya dan punca- puncanya.

Sebenarnya sesuatu azam tidak akan terlaksana jika tiada usaha yang di buat. Sebagai contoh jika seseorang itu tidak diajar untuk mengira susah tentu mereka tidak akan mampu menyelesaikan masalah matematik ataupun sudah tentu mereka menghadapi kesukaran dalam membuat perbelanjaan. Namun jika dia berusaha untuk belajar mengira sudah tentu mereka dapat menguasai ilmu matematik.

Justeru azam semata-mata tanpa berusaha dan bertawakal hanya meletakkan seseorang dalam keadaan yang pegun, beku, tidak bergerak dan tidak berjaya. Segala yang mereka impikan hanya menjadi angan-angan yang tidak kesampaian.

Dalam menaman azam perkara yang ingin dilaksanakan seharusnnya tidak bertentangan dengan perintah agama. Azam yang positif antaranya termasuk mempertingkatkan kebaikan, kemajuan individu atau kelompok masyarakat dalam aspek pengurusan ekonomi, sosial dan juga kesihatan.

Dalam Islam, azam mempunyai ciri-ciri positif dan mengandungi unsur kebaikan dan ikhlas akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Sebenarnya azam boleh dijadikan mekanisma bagi individu dan masyarakat dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup yang menghambat mereka sama ada secara rela atau terpaksa. Antara cabaran ekonomi yang terpaksa dihadapi termasuk kenaikan harga barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayuran dan barangan runcit.

Individu harus menanamkan azam untuk bersifat positif yang akan memberi asas dan kuatan kepada mereka. Kita seharusnya berazam untuk mengambil pendekatan yang boleh meringankan beban perbelanjaan seperti tidak berbelanja untuk barangan atau perkhidmatan yang tidak perlu dan mewah. Perbelanjaan harus disasarkan kepada barangan dan perkhidmatan yang diperlukan sahaja.

Selain itu sebagai seorang pekerja kita harus berazam untuk meningkatkan prestasi yang cemerlang dan sentiasa tekun dalam memperbaiki status kehidupan menjadi lebih baik.

Azam sebenarnya dipenuhi dengan perkara positif kerana ia menyentuh secara langsung atau tidak dalam kehidupan seharian kita. Azam yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dan memenuhi syarat-syarat pastinya akan berjaya dicapai.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Tangani Cabaran Ekonomi Semasa



Kegawatan ekonomi semasa yang tidak menentu memerlukan setiap daripada kita untuk membuat persiapan dan anda berwaspada. Ini bagi memastikan dalam menunggu untuk ekonomi kembali stabil sebarang kesan buruk daripada situasi ekonomi yang tidak menentu dapat dielakkan.

Sebagai umat Islam sudah tentu kita diajar untuk bersikap positif dan mempunyai keyakinan untuk mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Situasi ini menuntut setiap umat Islam agar terus berusaha membina kekuatan dan berjiwa besar. Ini selaras dengan ayat al-Ouran: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Quran 96: 5-6).

Situasi yang tidak stabil ini juga menuntut umat Islam agar proaktif dan bergerak cerdas melalui pembinaan keimanan, akhlak, keilmuan dan kepakaran yang berpandukan al-Quran. Cabaran yang paling besar dalam menghadapi situasi ini adalah dalam membina satu sistem bagi mewujudkan budaya hidup yang dinamis dan mempunyai nilai luhur kemanusiaan. Apa yang lebih mustahak satu kajian perlu dibuat bagi menyelesaikan segala kelemahan yang boleh dilihat dan dikesan ketika krisis ekonomi berlaku. lni termasuk bagaimana untuk menguruskan tekanan antarabangsa yang mempunyai kesan langsung terhadap ekonomi tempatan. 

Kajian perlu dilakukan bagaimana kekuatan ekonomi tempatan dapat dibina melalui asas-asas fundamental yang wujud. Kekuatan fundamental ini diharap mampu menangani masalah ekonomi yang mungkin berulang pada masa hadapan. Satu kekuatan masyarakat yang menyeluruh semestinya mampu memantapkan kekuatan ekonomi secara mampan dan berterusan.

Bagi masyarakat Islam mereka disaran membina kekuatan bagi menghadapi krisis ekonomi dengan beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Semangat tauhid ini akan membentuk satu arah tuju yang membantu membina shasiah diri manusia. Ini selanjutnya menyusun sistem kemasyarakatan yang sesuai dengan fitrah manusia.

Melalui kekuatan ini individu tidak akan menjadi lupa diri dan angkuh dan tidak lalai sekirannya mereka berjaya. Sebaliknya sekiranya mereka gagal maka wujudlah kepincangan dalam masyarakat. Kepincangan inilah yang akan melemahkan kekuatan sesebuah masyarakat dan akhirnya mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi masyarakat berkenaan.

Sesebuah masyarakat yang lemah dengan mudah dapat ditekan dan diperkotak katikkan terutama jika ia dilakukan pada peringkat antarabangsa. Ini sudah tentu membawa malapetaka terhadap ekonomi sesebuah masyarakat. Justeru sistem kehidupan yang berteraskan tauhid akan membina kekuatan diri yang baik dan murni dalam diri seseorang.

Realitinya pembinaan akhlak yang mampan merupakan teras kekuatan sesebuah masyarakat. Melalui pembinaan akhlak inilah kekuatan diri, keluarga, masyarakat dan negara dapat dibangunkan. Individu berakhlak bukanlah individu yang lurus dan tidak mahukan kemajuan. Malah adalah salah untuk menyatakan individu yang berakhlak tidak mampu melakukan reformasi sosial dan tidak peka terhadap kepincangan yang wujud dalam masyarakat apatah lagi terhadap ekonomi. Sebenarnya masyarakat yang berakhlak lebih memahami keadaan sesuatu ekonomi sama ada ia baik kepada mereka ataupun tidak.

Dalam memastikan ekonomi negara sentiasa stabil dan kukuh, kekuatan perlu juga dibina berdasarkan kekuatan ilmu. Di negara-negara maju Keluaran Dalam Negara Kasar mereka disumbang oleh sektor perkhidmatan yang berasaskan kemahiran yang tinggi. Senario Abad 21 menunjukkan kekuatan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada pengurus dan pekerja yang berilmu dan berkemahiran.

Oleh kerana itu negara tidak harus ketinggalan dalam menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi. Usaha perlu dilakukan agar lebih banyak tenaga professional tempatan dapat dilahirkan. Peluan pendidikan bagi tujuan ini harus diwujudkan dengan lebih banyak dan luas. Usaha yang bersungguh perlu digembeling oleh pihak pemerintah dan sektor swasta supaya dapat menyediakan dan membangunkan pekerja yang profesional dan dengan itu akan lebih ramai anak bangsa berminat dan berpeluang melanjut pelajaran dalam bidang-bidang profesional dan teknologi.

Apa yang jelas jika umat Islam tidak mahu ketinggalan dalam aspek ekonomi dan ditindas mereka seharusnya meningkatkan kemampuan mengurus, daya cipta dan daya pengeluaran. Umat Islam tidak mempunyai pilihan sebaliknya perlu memastikan mereka berada di landasan yang betul dalam menghadapi suasana ekonomi yang menekan.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Rezeki Segenggam Belanja Sekampung



Sesetengah-setengah individu memilih jalan mudah untuk mengatasi masalah kewangan. Cara paling singkat ialah dengan berhutang. Pelbagai cara mereka lakukan untuk berhutang antara yang paling mudah dan popular ialah melalui bank. Kadang kala kerana terdesak mereka tanpa segan silu meminjam dari orang terdekat iaitu dengan adik beradik, kawan-kawan malah ada yang meminjam dengan jiran dan majikan sendiri.

Mereka yang suka berhutang ini terdiri daripada kalangan yang suka mengeluh pendapatan yang mereka perolehi tidak mencukupi untuk perbelanjaan seharian mereka.

Kajian mendapati kebanyakan individu memperuntukan sejumlah besar pendapatan bulanan mereka iaitu 70 peratus untuk perbelanjaan seperti bayaran bil telefon, minyak, makanan, parking kereta, tambang bas dan sebagainya.

Bagi graduan yang baru sahaja mendapat ijazah pengajian terpaksa berhadapan dengan bebanan hutang pengajian yang perlu dilunaskan setiap bulan. Ini menjadikan pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa membuat pinjaman yang lain.

Sebenarnya dalam masyarakat dan cara hidup yang kompleks hari ini kemahiran menguruskan wang dengan bijak adalah penting bagi memastikan kita hidup penuh sejahtera tanpa memikirkan bebanan hutang yang melampau. Pengurusan wang yang bijak juga dapat menjauhkan seseorang daripada kefakiran dan kekufuran.

Terdapat pakar kewangan yang menyarankan agar seseorang individu membahagikan gaji bulanan kepada tujuh bahagian. Mereka menyarankan 10 peratus daripada gaji bulanan perlu disimpan sebagai tambahan kepada peruntukan perbelanjaan harian. Wang ini boleh digunakan jika peruntukan perbelanjaan keperluan harian tidak mencukupi di saat-saat hujung bulan.

Kemudian 55 peratus daripada pendapatan bulanan diperuntukan untuk perbelanjaan lain seperti membeli barangan keperluan harian dan barangan dapur, bil penyelengaraan rumah, bil api dan air, untuk tambang atau minyak bagi pengangkutan serta melunaskan segala pinjaman.

Individu turut disarankan agar 10 peratus pendapatan disimpan bagi kegunaan masa depan. Wang yang disimpan ini boleh digunakan untuk melancong, beriadah dan mungkin untuk tujuan digunakan ketika berziarah atau melakukan ibadah di tempat-tempat suci. Manakala lima peratus lagi bagi kegunaan untuk peningkatan kemahiran dengan membeli buku-buku yang berguna dalam kehidupan seharian.

Individu juga disarankan agar menyimpan lima peratus daripada pendapatan bagi tujuan tabung kecemasan. Kita harus beringat bahawa kita tidak selamanya sihat. Simpanan ini juga boleh digunakan bagi kes-kes yang tidak terduga seperti kenderaan rosak dan sebagainya.

Pakar perunding kewangan turut menyarankan agar lima peratus lagi diperuntukan untuk tabungan, pelaburan dan lain-lain. Sementara baki terakhir 10 peratus adalah bagi kegunaan lain-lain seperti membayar cukai, menambah untuk berzakat atau didermakan kepada fakir miskin serta golongan yang memerlukannya.

Tidak mengukur kemampuan sendiri merupakan musuh utama kepada semua individu. Dengan bijak dalam menguruskan kewangan dapat menyelamatkan individu terutama dalam keadaan kecemasan. sikap ini sebenarnya perlu bermula dari diri sendiri dan ini membuatkan kita lebih bersedia semasa berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Budaya Berhutang Membawa Padah


Rakyat Malaysia menjadi semakin materiallstik. Imej dan kejayaan seseorang kini diukur melalui jenis kenderaan yang digunakan, besar dan luas serta lokasi rumah yang didiami, jenama pakaian yang dipakai. 

Masyarakat tidak lagi melihat bagaimana seseorang itu bekerja untuk mengumpul dan memperolehi kekayaan.

la tidak lagi penting sebagaimana mereka mengukur kehebatan seseorang melalui cari mereka berbelanja serta di mana mereka menghabiskan wang mereka untuk membeli barangan mewah dan berjenama. 

Kebiasaannya musim memperagakan kemewahan harta benda yang dimiliki dan diperolehi akan berlaku pada hari-hari perayaan di mana semua sanak saudara yang jauh dan dekat berkumpul. Inilah masa yang paling sesuai untuk mempamerkan kereta yang baru dibeli atau rumah yang baru diubah suai atau jam tangan yang berharga berpuluh-puluh ribu ringgit seutas.

Dalam masyarakat yang materialistik ketakwaan dan ketaatan kepada Allah tidak lagi menjadi kayu ukur kepada seseorang individu. Penghargaan sesama manusia lebih penting berbanding keredhaan Allah. 

Akibatnya golongan yang merasakan mereka dalam kelas atasan dan kaya ini kebanyakkannya akan bersikap sombong dan angkuh kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup sempurna. Mereka hanya memikirkan apa yang orang kata dan bukannya apa yang Allah perintahkan.

Pada masa yang sama golongan yang tidak mempunyai kemewahan kebendaan bukan sahaja dipinggirkan dalam majlis-majlis keramaian tetapi turut dicemuh atas kekurangan yang mereka miliki. Sedangkan kumpulan ini adalah golongan yang amat dekat dengan Nabi Muhammad dalam kehidupan baginda.

Budaya berhutang yang semakin parah dalam masyarakat sebenamya berpunca daripada masyarakat yang semakin materialistik ini. Golongan yang mahu hidup mudah dan mewah ini mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman tidak kira dari institusi kewangan yang sah mahupun haram seperti along.

Berhutang bagi golongan materialistik ini seperti satu bentuk penagihan di mana mereka akan membuat hutang demi hutang asalkan mereka kelihatan hidup dengan penuh kemewahan dan bergaya dengan produk yang mahal-mahal. 

Persoalannya bahagiakah kehidupan materialistik sehingga sanggup berhutang semata-mata mahu dilihat hebat di mata manusia. Adakah ini yang dikatakan kehidupan manusia dalam dunia yang maju.Namun pastinya ramai daripada mereka yang menjadikan hutang dan pinjaman sebagai budaya mengalami tekanan perasaan dan mental.

Ini kerana mereka tertekan kerana terpaksa memikirkan hutang yang bertimbun dan semakin banyak tetapi tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka yang terdesak ada yang memilih jalan jenayah dengan mencuri dan merompak atau mengambil rasuah untuk membayar hutang dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan gaya hidup yang mewah dan materialistik.

Pada masa yang sama, golongan miskin dan susah yang hidup dalam dunia materialistik berkemungkinan akan diselubungi dengan perasaan cemburu melihat orang yang hidup senang dan bermewah-mewah. Perasaan dengki yang tidak dapat dibendung mungkin akan mendorong seseorang bertindak di luar batasan termasuk menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan seseorang.

Bagi pasangan yang ingin berkahwin juga terpaksa bergelut untuk menyediakan wang yang banyak bagi memenuhi tuntutan dunia materialistlk. Mereka sanggup berhutang demi memastikan perkahwinan mereka penuh kemewahan, glamour hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada hadirin yang hadir.

Tanpa mereka sedari mereka sebenamya memulakan institusi keluarga dengan bebanan hutang yang mungkin terpaksa dibayar sehingga kelahiran anak dan cucu.

Apa yang dikhuatirkan dalam masyarakat yang terlalu mementingkan kebendaan akan mengakibatkan lingkaran kesusahan yang tiada kesudahan.

Hanya kembali kepada nilai-nilai yang diajarkan oleh Islam merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Hidup bermegah-megah dengan kekayaan yang terkumpul bertimbun-timbun tidak akan berguna sekiranya hidup tidak diredhai Allah.

 - Terbitan Persatuan Keselamatan pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ; PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi

Kemelut ekonomi dunia sememangnya membimbangkan kebanyakan negara sehingga memaksa mereka mengumumkan pakej rangsangan bagi menstabilkan ekonomi di negara masing-masing.

Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia tidak terkecuali menerima tempias kemelut ekonomi ini dengan aktiviti eksport dan import turut terjejas. Jumlah eksport yang besar sebelum ini memberi banyak manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.



Justeru beberapa pendekatan penting perlu diambil bagi memastikan ekonomi negara dalam keadaan stabil sekaligus dapat menjaga kebajikan rakyat. Pendekatan termasuk kajian semula pergantungan terhadap eksport yang semakin mengembang. Ini kerana kestabilan ekonomi antarabangsa sukar diramal berikutan kegawatan ekonomi global.

Ketidakstabilan ekonomi dunia antara lain berpunca dari sistem penyusunan ekonomi kapatalis dan amalan hidup masyarakat yang berlandaskan hawa nafsu dan kebendaan. Turut menyumbang kepada kegawatan adalah pendekatan penyusunan ekonomi 'laisez faire' yang membenarkan penindasan demi matlamat tertentu.

Kepincangan sosial juga berlaku dalam amalan dan kehidupan masyarakat yang semakin bebas. Institusi keluarga semakin terhakis sebaliknya perkahwinan sesema jenis semakin berleluasa. Hakikatkan keruntuhan tamadun manusia turut membawa kemusnahan ekonomi dunia.

Realitinya prestasi sesuatu ekonomi sebenarnya memerlukan keharmonian tamadun manusia. Justeru bagi memastikan kehidupan rakyat terjamin dan tidak dibebankan kos sara hidup yang mendesak perlu usaha untuk mementapkan ekonomi dalaman.

Bahkan mereka adalah penghalang kepada kemajuan ekonomi dan sumbang negatif mereka turut membabitkan kos untuk kerajaan menyelesaikannya.

Antara langkah yang boleh diambil adalah rancangan pengagihan peluang dan pendapatan secara saksama. Langkah ini dapat dilaksanakan melalui dasar fiskal dan kewangan. Apa yang pasti sistem ekonomi yang kukuh dan mantap memelukan modal insan yang berpendidikan.

Pekerja yang mantap ini adalah modal insan yang memiliki pandangan hidup yang progresif, amalan kelakuak atau akhlak yang mulia dan kecapaian kemahiran dan kepakaran bekerja yang tinggi.

Institusi keluarga juga perlu dimantapkan dan diberi keutamaan dalam usaha menjadikan ekonomi dalaman negara terus mampan. Banyak bukti menunjukkan gejala sosial dan keruntuhan akhlak disebabkan institusi keluarga yang tidak stabil. Sebenarnya individu menjadi harapan negara dan jika mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat secara tidak langsung mereka tidak boleh menyumbang kepada kestabilan negara.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Rumah Mewah Pembeli Parah


Harga rumah mahal adalah isu yang paling hangat diperkatakan. Rumah dibeli bagi tujuan untuk didiami dan bagi tujuan melindungi keluarga daripada panas dan hujan. Bagaimanapun harga keperluan asas ini semakin meningkat dengan mendadak.

Masalah ini sememangnya mendesak kerana kajian Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam [CUEPACS] mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3.000 sebulan tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Sebenarnya bukan sahaja kakitangan awam tidak mampu membeli rumah tetapi kebanyakan rakyat tidak lagi mampu untuk memiliki sebuah rumah kerana harga yang semakin melampau.

Dengan harga yang semakin meningkat impian kebanyakkan orang, terutama golongan muda tidak mungkin akan tercapai. Pendapatan golongan muda kebiasaannya hanya cukup-cukup untuk menyara kos hidup mereka dan pembayaran semula pinjaman pendidikan yang mereka lakukan ketika belajar dahulu.

Dengan pendapatan yang kurang dan kos sara hidup semakin tinggi keadaan menjadi semakin teruk apabila golongan belia ini mula mendirikan rumahtangga. Ini menjadikan mereka semakin tidak mampu untuk membeli sebuah rumah yang boleh didiami oleh mereka sekeluarga.

Memiliki sebuah kediaman boleh dianggap sebagai antara kebahagian mental yang pastinya ingin dikecapi seseorang. Mereka yang tidak mempunyai mmah sendiri akan terbeban dengan kadar sewa rumah yang tinggi. Mereka akan sentiasa hidup dalam rungutan kerana terpaksa membelanjakan pendapatan terhadap sewa rumah yang akhirnya tidak akan menjadi milik mereka.

Ketidak bahagiaan mental ini pastinya menjejaskan kualiti hidup mereka. Apabila mereka tidak bahagia, produktivi mereka turut terjejas. Apabila produktiviti terjejas, yang turut menerima tempias adalah pembangunan negara yang pastinya ada terbantut.

Justeru perlu tindakan jangka pendek dan jangka panjang dalam menangani isu perumahan rakyat ini. Ada pandangan menyatakan masalah ini berpunca dengan tidak menguruskan isu perumahan dengan betul sejak dari awal lagi. Maka ia perlu diperbetulkan sekarang sebelum menjadi semakin parah pada masa akan datang.

Dalam isu ini yang paling penting adalah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan. Pihak berkuasa perlu memantau harga rumah di pasaran agar tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pemberian subsidi bagi pembelian rumah pertama. Di Australia kerajaan di sana memberikan subsidi antara AU$5.000 hingga AU$7,000 untuk rumah pertama.

Adalah jelas industri perumahan negara melibatkan banyak pihak dan rumit. Dalam isu perumahan rakyat dan kos rumah yang semakin meningkat sikap menunding jari perlu dielakkan. Sebaliknnya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar masalah yang mendesak dan sangat diperlukan rakyat ini dapat diatasi dengan segera.

Apa yang penting adalah mengenalpasti punca kenaikan harga yang membebankan banyak pihak ini. Jika rasuah menjadi punca terhadap kemelut ini maka ia perlu diperbetulkan kerana kita tidak mahu berlaku penganiayaan kepada pembeli rumah.

Tidak dinafikan bahawa jika sesuatu rasuah itu tinggi maka ia mungkin sukar untuk ditolak oleh sesetengah orang. Justeru agama memainkan peranannya di sini dalam membenteras perbuatan yang tidak beretika ini. 

Adalah zalim untuk menidakan hak seseorang untuk mempunyai rumah sebagai keperluan asasi akibat budaya rasuah yang berleluasa. Ini merupakan satu penindasan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Lebih malang sekirannya rumah-rumah berkenaan dimiliki oleh kumpulan yang tidak seharusnya.

 - Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKKL); PKPKL@hotmal|.com dengan kerjasama KPDNKK

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Atasi Kegawatan Ekonomi Mengikut Perspektif Islam


Pada masa kini negara kita mengalami masalah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh itu hari ini kita akan bincangkan bagaimana untuk kita mengatasi kegawatan ekonomi negara kita dari persfektif Islam. 

Dalam keadaan seperti ini pasti akan mengundang pelbagai masalah seperti dibuang kerja serta perbelanjaan harian terpaksa dihadkan mengikut keadaan semasa. Masalah kegawatan ekonomi ini adalah berpunca daripada dunia yang gagal menghukum keganasan yang dilakukan Israel sehingga dunia kini menghadapi masalah atau kemelut ekonomi yang sangat drastik. 

Prestasi ekonomi dunia terjejas teruk ini bermula dari Amerika Syarikat dan merebak ke negara lain, antaranya Eropah dan Asia Timur. Oleh kerana negara kita mempunyai hubungan antarabangsa, negara kita juga tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama.

Hal ini amat membimbangan kita kerana ianya akan menyebabkan kadar pertumbuhan menjadi negatif dan tahap pengangguran akan meningkat serta mutu hidupan dikebanyakan negara akan terjejas.

Jika difikirkan, bagaimanakah situasi sebegini boleh terjadi. persoalan ini menjadi tanda tanya kepada kita. Hal ini kerana, jika kita teliti kembali permasalahan kegawatan ekonomi ini sebenarnya bermula dari sistem kewangan barat yang bergantung kepada sistem hutang untuk menjana pertumbuhan ekonomi mereka. 

Untuk mengukuhkan ekonomi hutang-hutang ini yang berjumlah berbilion dolar adalah tidak berasaskan kepada asas-asas ekonomi. Keadaan keseluruhan sistem perbankan dan kewangan negara mereka tergugat kerana pada pengakhiranya mereka mengalami permasalahan untuk proses pembayaran semula.

Hal ini bertambah menjadi lebih teruk apabila banyak bank di negara lain yang telah terlibat dengan pemberian pinjaman dan pelaburan antarabangsa menjadi huru-hara.

Iktisad negara atau kesejahteraan ekonomi adalah benda yang amat penting untuk kita semua. Dalam Islam kita dituntut agar sentiasa berusaha dan berwaspada untuk memperbaiki tahap mutu kehidupan serta mengelak dari terjerumus kepada kemelut kemiskinan dan kepapaan, ini kerana ia akan menentukan peluang pekerjaan, iaitu peluang mencari nafkah dan pendapatan demi kesejahteraan keluarga dan diri kita sendiri.

Di peringkat yang lebih menakutkan, kepapaan boleh menyebabkan kita hilang semangat dan keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, kepapaan juga akan menyebabkan manusia sanggup mencari perkerjaan yang tidak bermaruah dan sanggup mengadaikan maruah diri, rendah akhlak serta menjadi kufur.

Islam juga menuntut umatnya untuk mencari rezeki yang halal. Pada zaman Nabi SAW, baginda sendiri pernah menjadi penggembala kambing dan berniaga untuk mencari nafkah yang halal. Sebagai umat Islam kita seharusnya mencontohi baginda dengan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kesan buruk dan krisis ekonomi yang berlaku pada masa ini.

Kita juga haruslah mempertingkatkan lagi mutu kerja dan menjalankan tugas dengan penuh ketekunan agar produktiviti dan mutu hasil kerja kita setanding peringkat antarabangsa. lanya akan membantu menjana peluang pekerjaan dan negara kita akan menjadi tumpuan pelabur asing.

Untuk mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor awam pula, mereka haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu prestasi dan mengurangkan karenah birokrasi dan prosidur-prosidur yang tidak wajar agar proses sesuatu permohonan itu dapat dipercepatkan.

Sekiranya kita sengaja melengahkan kerja yang diamanahkan. maka ini bermakna kemalasan dan kemalasan itu adalah satu sifat keji. Bukhari dan Muslim meriwayatkan yang Anas bin Malik RA berkata bahawa beliau sering mendengar Rasulullah SAW mengucapkan doa ini:

Mafhumnya: "Ya Allah aku mohon perlindungan daripada-Mu dari rasa kecewa dan sedih, dari sifat lemah dan malas, juga dari sifat kedekut dan pengecut. Aku mohon perlindungan-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia."

Dalam menjalankan sesuatu tugas, keikhlasan adalah salah satu faktor yang amat penting bagi mengelakan dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah SWT. Hal ini dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ahzab ayat 72:

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi erta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan jahil" 

Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat dan pahala kepada mereka yang menjalankan kerja dengan sempurna kerana Allah sangat suka kepada kesempurnaan. Oleh itu bagi mereka yang bekerja sendiri perti peniaga, petani dan sebagainya, hendaklah menjalankan urusan pemiagaan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli. Ianya akan membantu anda dalam meningkatkan ekonomi negara. 

 - Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ; PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Teknik Penjagaan Kereta



Pemeriksaan permulaan dibuat terhadap gerak bebas stereng dan kelonggarannya. Untuk memeriksanya, pertama tempatkan roda depan pada posisi lurus ke depan, kemudian ke kiri dan ke kanan. Gerak bebas stereng bermakna panjang lintasan stereng yang terbesar pada ketika ia diputarkan, bagaimanapun tidak menyebabkan roda depan turut berputar.

Umumnya, gerak bebas stereng untuk kenderaan penumpang adalah sepuluh hingga 30 milimeter, sedangkan untuk kenderaan besar, ia tidak lebih daripada 50 milimeter. Sementara rod stereng yang longgar boleh diketahui dengan menggoyangkan stereng ke atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang. Apabila terasa ada kelonggaran, maka sebaiknya ia dibaiki segera.

Bagi pemeriksaan tekanan, kerosakan dan kehausan tayar pula,tekanan tayar boleh dianggarkan dengan pemilik kenderaan melihat bentuk lengkungan tayar. Selain itu, ia boleh ditentukan dengan sentuhan di antara tayar dengan permukaan jalan atau dengan cara memukul roda dengan tukul atau menyepaknya dengan hujung kasut atau kehausan tidak normal pada bunga tayar.

Bagi pemeriksaan keadaan pegas atau ampaian sama ada patah atau tidak berfungsi, ia boleh dilakukan dengan terlebih dahulu meletakkan kenderaan di tempat atau di jalan yang datar. Selepas itu, perhatikan ketinggian dan kedudukan badan kenderaan dari permukaan jalan. Jika badan kelihatan senget, periksa keadaan pegas bahagian yang kelihatan lebih rendah. Jika salah satu daripada daun sistem pegas ampaian kenderaan patah, maka daun yang lain akan turut mengalami bebanan yang lebih berat sehingga akhirnya patah satu persatu. Jadi, jika anda melihat ada satu daun pegas patah, kenderaan itu perlu di bawa ke bengkel untuk dibaiki segera.

Bagi pemeriksaan warna asap ekzos pula, warna asap ekzos menyatakan keadaan kerja enjin terbabit. Jika ia tidak berwarna atau kebiru-biruan, bermakna proses pembakaran berlaku dengan baik. Apabila asap kelihatan kekuningan dan coklat, ia bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk, manakala jika berwarna hitam, berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak bahan api yang masuk. Asap berwarna putih atau kebiru-biruan bermakna minyak pelincir turut terbakar.

Dalam keadaan sejuk, asap biasanya berwarna putih kerana adanya wap air dan ia adalah normal. Pemeriksaan suhu penghawa dingin pula perlu dilakukan selepas enjin mulai panas iaitu dengan melihat meter suhu air yang ada pada panel kenderaan. Apabila jarum penunjuk menunjukkan suhu tidak normal, bermakna pemilik kenderaan perlu melakukan pemeriksaan dan jumlah air dalam radiator.

Akhir sekali, di samping pemeriksaan harian, kenderaan juga perlu menjalani pemeriksaan sistematik di bengkel selepas digunakan dalam tempoh waktu tertentu. Biasanya, pemeriksaan itu perlu dijalankan setiap tiga bulan, enam bulan atau setahun atau selepas setiap kali kenderaan bergerak sejauh 3,000, 5,000 atau 10,00 kilometer.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA