Melihat golongan belia bergaya dan berbelanja melebihi melebihi kemampuan secara rasional bukanlah sesuatu yang baru. Malahan tidak menghairankan jika kumpulan ini akan mengeluarkan duit poket yang tidak seberapa bagi menghiasi diri mereka dengan material yang dianggap terkini dan sealiran dengan trend semasa.
Pada amnya, amalan berhutang bukan sahaja membarah dalam diri golongan muda. tetapi terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Contoh yang paling senang untuk diamati adalah apabila melihat kehidupan golongan muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,000 bermulalah kehidupan mereka sebagai eksekutif muda.
Pada permulaannya kumpulan ini berkobar-kohar untuk membalas jasa ibu bapa yang berkorban masa dan wang untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi. Malangnya apabila mereka terdedah dengan persekitaran pekerjaan, niat mereka mula terpesong.
Kini, matlamat untuk hidup dalam kemewahan material setanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain menjadi tujuan hidup yang utama. Sedangkan pendapatan bulanan mereka yang hanya RM2,000 itu sebenarnya tidak mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan bermewah-mewahan.
Apa yang mereka boleh lakukan dengan RM2,000 apabila mereka terpaksa menggunakan gaji bulanan untuk membayar sewa rumah bilik RM200; ansuran kereta minimum RM300, duit minyak dan tol RM450, makan dan minum RM500?
Sejumlah pendapatan bulanan pula digunakan bagi tujuan sosial dan riadah, RM300, bayaran pelbagai bil termasuk bil telefon, air dan api sebanyak RM200, bayaran kad kredit untuk membeli barangan lain dan barangan peribadi RM500 dan hal-hal kecemasan sebanyak RM200.
Bagi mereka ya ng teringat kepada penat lelah ibu bapa, mungkin terpaksa memperuntukkan RM100 kepada mereka setiap bulan. Jika dihitung- hitung jumlah perbelanjaan golongan ini bukan sahaja tidak mencukupi, tetapi pada masa yang sama mengalami defisit sehingga mungkin terpaksa membuat hutang-hutang baru.
Apa yang merisaukan dan menyedihkan lagi ialah apabila anak-anak yang diharapkan membantu keluarga setelah bekerja terpaksa meminta-minta dengan ibu bapa bagi meringankan beban kewangan mereka dengan alasan mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi kerana tinggal di kawasan bandar.
Pelbagai sebab eksekutif muda berhutang? Isu ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami. Personaliti menjadi antara salah satu faktor mengenai sikap seseorang yang suka berhutang dan berbelanja lebih. Peribadi dan sikap seseorang individu ini mungkin kerana terpengaruh dengan gaya hidup keluaranya yang menjadikan sikap berhutang sebagai amalan hidup.
Persekitaran turut mempengaruhi seseorang untuk berhutang. Mereka mungkin rasa tercabar melihat rakan- rakan yang kelihatan hidup mewah dengan berhutang. Rakan-rakan mereka masih mampu memiliki kereta dan barangan mewah lain walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk berbelanja kerana gaji yang rendah.
Namun, kerana merasakan mereka adalah kumpulan profesional maka mereka perlu kelihatan hebat walaupun terpaksa berhutang.
Tidak dinafikan bahawa golongan muda sememangnya menjadi sasaran mudah syarikat kewangan dalam mempromosi segala bentuk pinjaman termasuk kad kredit. Dengan syarat-syarat yang mudah dan tidak ketat, adalah tidak menghairankan jika kebanyakkan golongan muda memiliki sekurang-kurangnya sekeping kad kredit yang memudahkan mereka berbelanja dengan cara berhutang.
Bagi golongan muda terutama eksekutif, puji- pujian yang diterima kerana 'pandai bergaya' merupakan satu bentuk dorongan agar mereka terus menjaga penampilan walaupun ia bermaksud mereka perlu berhutang. Jadi, tidak hairanlah mereka masih berbelanja melebihi kemampuan hanya mahu kelihatan anggun dan bergaya pada mata orang lain.
Akibat berbelanja berlebihan tanpa mengira kemampuan pendapatan bulanan menyebabkan golongan muda ini menghadapi dilemma tidak cukup wang atau pokai. Akhirnya, mereka terpaksa mencipta hutang baru bagi menampung perbelanjaan harian.
Satu sahaja nasihat terhadap kumpulan yang sanggup meminjam untuk kelihatan anggun dan mewah ini. Mereka perlu mengawal nafsu mereka untuk berbelanja sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources