Setiap kali bajet tahunan negara dibentangkan setiap kali itulah rakyat akan menanti dengan penuh harapan. Mereka mahu agar aspek pertumbuhan ekonomi yang mampu menyelesakan kehidupan mereka diberi perhatian. Sudah tentu mereka mengharapkan usul-usul ekonomi yang dibentangkan itu mampu membantu mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ramai yang tidak sedar bahawa kos sara hidup tidak semata-mata berkaitan peningkatan gaji dan upah dalam sektor tertentu dan jawatan tertentu. Begitu juga persoalan dengan gaji minimum yang ditawarkan dalam sektor berkenaan dalam menampung kehidupan seharian.
Lazimnya, masyarakat umum melihat kos sara hidup dalam lingkungan kumpulan berpendapatan rendah dan mengaitkannya dalam corak perbelanjaan terhadap gaji yang diterima. Petunjuk kos sara hidup mampu memberi gambaran sebenar mengenai pembangunan dan kehidupan masyarakat setempat.
Petunjuk inijuga mampu menceritakan kelangsungan hidup sesebuah masyarakat.
Data menunjukkan bahawa 80 peratus masyarakat Malaysia terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan sehingga ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia. Sekirannya mereka menggunakan sijil ini untuk mendapatkan pekerjaan, maka sudah tentu gaji permulaan yang mereka terima adalah rendah.
Dalam hal ini, sudah tentu penekanan untuk rakyat mendapatkan tahap pendidikan tinggi serta berkemahiran perlu ditekankan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran harus ditambah. Cabaran ini bukan sahaja dalam membantu negara untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 tetapi dalam membantu kumpulan kurang berkemampuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.
Matlamat menyediakan peluang pendidikan, kemahiran dan bantuan pendidikan perlu disampaikan kepada ibu bapa terutama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pendidikan rendah perlu disedarkan untuk menggalakkan anak-anak mereka tidak hanya terhenti belajar sehingga tahap SPM sahaja tetapi perlu melanjutkan pelajaran sehingga pada peringkat universiti.
Sekiranya usaha ini tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh maka kita akan melihat sehingga bila-bila masyarakat terus hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka akan terus dihimpit kemiskinan sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
Upah yang rendah dan tidak mempunyai kemahiran hanya akan menggalakkan aktiviti perbelanjaan yang tidak teratur. Kumpulan tidak mempunyai peluang untuk melabur atau menyimpan. Mereka juga tidak mempunyai daya beli yang tinggi.
Sedangkan pada masa yang sama, trend generasi muda dilihat cukup selesa untuk hidup dengan bergantung kepada kad kredit dan pinjaman dalam merealisasikan impian untuk hidup dengan mewah. Maka lahirlah ramai 'jutawan hutang' dalam negara menuju status negara maju pada tahun 2020.
Sebenarnya, satu pelan jangka panjang diperlukan dalam menangani beban kenaikan kos sara hidup. Hanya dengan peningkatan kemahiran dan pendidikan serta kesediaan majikan untuk memberi upah yang setimpal mampu mengatasi masalah bebanan ekonomi yang melanda rakyat.
Penetapan gaji minimum yang dilihat mampu membantu rakyat berpendapatan rendah tanpa disertai dengan tahap pendidikan dan kemahiran yang setara sebenarnya boleh mendatangkan kesan kepada ekonomi.
Golongan yang paling terkesan adalah kumpulan berpendapatan sederhana yang mempunyai kemahiran tersepit dengan golongan berpendapatan rendah yang yang mendapat gaji hampir sama dengan mereka.
Ada yang berpandangan bahawa sistem ekonomi yang bercelaru akan memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kumpulan anak muda tidak lagi berminat untuk mendapatkan kemahiran ataupun menyambung pelajaran apabila ditawarkan dengan penetapan gaji minimum ini.
Negara berpendapatan tinggi adalah juga negara yang mempunyai rakyat dan pekerja yang berkemahiran tinggi. Justeru, penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran lebih tinggi adalah cara yang tepat bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.
Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources