Berita Panas

Total Pageviews

Peniaga Melayu Perlu Cekal



Dilema ahli-ahli perniagaan Melayu Islam yang mahu memulakan perniagaan dengan serius ialah mengenai modal permulaan. Mereka mahu bemiaga tetapi modal tidak mencukupi. Mahu melakukan pinjaman dengan bank mereka berhadapan dengan birokrasi dan mahu meminjam dengan agensi kerajaan turut berhadapan dengan isu yang sama.

Dan kerana kekangan-kekangan itu, ada segelintir peniaga yang terpaksa memberanikan diri meminjam dengan pemberi 'pinjaman berlesen' yang dikatakan lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan pinjaman. Mereka bukannya tidak sedar dengan risiko meminjam daripada lintah darat atau pun ah long, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Masalah hutang bukan sahaja dipikul oleh golongan ahli perniagaan yang mahu memulakan perniagaan. tetapi turut juga dilakukan oleh kalangan rakyat. Dikatakan hutang isi rumah rakyat negara ini melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hakikatnya, hutang yang tinggi bukan sahaja boleh membahayakan kewangan peribadi seseorang tetapi juga boleh mendatangkan tekanan kehidupan dan mental. Bahkan sesebuah negara yang mempunyai hutang yang tinggi juga boleh terjerumus dalam kemelesetan ekonomi yang mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih.

Masalah hutang bukanlah sesuatu masalah yang mudah untuk diselesaikan kerana ia melibatkan banyak faktor. Antara lain termasuklah pendapatan yang rendah selain daripada mahu hidup dengan mewah.

Sikap untuk kelihatan hidup mewah dan berlumba-lumba dengan orang lain kelihatan sangat ketara sejak akhir-akhir ini. Mereka lebih mementingkan status dan mahu sentiasa dipandang tinggi oleh ahli kumpulan masyarakat yang lain walaupun mereka tahu bahawa apa yang mereka paparkan kepada umum adalah palsu.

Ada antara rakyat Malaysia yang sanggup berhutang dengan kadar yang tinggi, meskipun tidak mampu. Ini termasuk membeli kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu ringgit. Sudah pasti harga kenderaan ini bukan sahaja mahal tetapi kos penyelenggaraan kereta-kereta ini sudah tentu juga mahal.

Apa yang dikhuatiri adalah mereka yang sanggup berhutang untuk hidup dengan gaya mewah ini sanggup pula melakukan rasuah dan memperolehi duit dengan banyak tanpa menghiraukan apa yang halal dan apa yang haram. Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika setiap hari media melaporkan kes-kes rasuah yang melibatkan jumlah sehingga berjuta-juta ringgit.

Sebenarnya, gejala rasuah tidak hanya dilakukan oleh individu tetapi juga berlaku dalam kalangan syarikat-syarikat korporat. Kumpulan ini sewajarnya dibawa ke muka pengadilan. Menyekat gejala rasuah tentulah akan mendatangkan banyak kesan positif bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara.

Umum mengetahui terdapat sektor-sektor perniagaan tertentu yang terdedah dengan risiko gejala rasuah. Tumpuan harus diberikan kepada sektor-sektor peniagaan ini yang pastinya akan menyusahkan rakyat apabila rasuah mampu mempengaruhi harga sesuatu barangan dan perkhidmatan. Akhirnya yang susah sudah tentu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Cadangan untuk mengheret syarikat yang terlibat dalam rasuah sudah tentu mampu membantu rakyat dan ekonomi negara. Apabila mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah ini ditangkap dan dihukum, maka salah satu punca menyebabkan harga meningkat dapat dielakkan.

Justeru, jika benar mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju maka rasuah dan hutang perlu dibanteras kerana kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL).


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Kisah Cara Kreatif Dapat Modal



Sila ambil perhatian ini bukan satu rekomendasi. Jika anda ingin mengamalkannya risiko kena tanggung sendiri. Pastikan semua perkiraan dilakukan dengan setepat mungkin.

Cara yang beliau guna ialah membeli hartanah yang di bawah nialai (under value). Percaturan matematik adalah berasaskan tiga faktor iaitu harga jualan tuan punya asal, harga pasaran dan deposit yang mampu pembeli pakai.

Katakan ini kiraan satu urus niaga mirip di atas:
Harga jualan tuan punya asal = RM60,000
Harga pasaran = RM95,000
Deposit = sekitar RM3,000

Pergi bank buat pinjaman 90 peratus dari harga pasaran : 90% x RM95,000 = RM85,000.
Kos guaman dan sebagainya mencecah RM2,500

Bayaran ansuran kepada bank mengambil kira pakej tempoh pinjaman lama ialah RM430 sebulan selama 40 tahun. Sebelum itu pembeli tadi sudah membuat tinjauan bahawa kadar sewa semasa memang melebihi jumlah ansuran.

Selepas urusan pembelian dan pinjaman selesai, bank akan berikan tunai baki kepada pembeli kira-kira RM21,000.

RM85,000 - RM60,000 - RM2,500 = RM21,000.

Bagaimana dengan bayaran bulanan kepada bank? Ia diambil dari sebahagian duit sewaan iaitu dibayar oleh penyewa katakan kira-kira RM550 sebulan. Masih ada kira-kira RM120 untuk dimanipulasikan.

Kesimpulannya modal awal yang dia mesti ada ialah kira-kira RM3,000 untuk menambat hati pemilik asal. Jika pandai pujuk dan pemilik asal tak kisah modal sifar pun satu kemungkinan. Dengan RM3,000 tadi boleh dapat modal kahwin RM20,000 dan sebuah aset yang boleh dijual di satu masa kelak.

Jelas bakal pengantin di atas tidak mahu menggunakan pembiayaan peribadi yang nampak ringkas dan mudah. Sebabnya ialah setiap hutang RM50,000 menyebabkan dia kehilangan aliran tunai sebanyak RM600 sebulan selama 120 bulan. Ini adalah berasaskan andaian kadar pembiayaan peribadi sekitar 5 peratus setahun. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM72,000.

Jika anda kebetulan berniaga atau ingin memulakan perniagaan pasti lambat laun anda akan perlukan ilmu-ilmu seperti pemasaran offline/online, menutup jualan dan pelbagai ilmu perniagaan yang lain. Ilmu seperti ini jarang kita dapat beli di kedai buku kerana biasanya diajar secara berkumpulan dan tertutup. Tetapi ada masanya ia akan didedahkan kepada umum secara percuma mahupun berbayar. Saya amat syorkan agar emel atau sms anda supaya saya dapat maklumkan cara mendapatkannya kelak.

Kembali kepada isu perkahwinan yang dihuraikan di atas. Lebih elok pasangan ini mengadakan upacara sederhana yang ringkas, lebih mengutamakan keperluan spiritual. Kepala pun tak pening apabila berhadapan dengan gunung hutang tersergam di hadapan mahligai perkahwinan yang baru dibina.

Berhutang pasti bukan percuma. Biarpun kita meminjam dari kawan atau ibu bapa, kos dari segi kredibiliti dan psikologi tetap ada. Tentang kos kewangan - ketahuilah bahawa jika bayaran penuh untuk satu barangan atau perkhidmatan tidak dapat dilakukan, maka kesannya ialah bunga (interest) akan dikenakan kepada baki yang belum dijelaskan. Dalam sistem kewangan konvensional, bunga akan dikenakan secara langsung. Dalam sistem kewangan Islam tiada bunga dikenakan, namun kosnya masih ada cuma cara kiraannya berbeza dan unsur riba pula telah dihapuskan.

Sumber : Majalah Wanita (Oktober 2015)
Tulisan : Sunthara Segar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu



Setiap kali bajet tahunan negara dibentangkan setiap kali itulah rakyat akan menanti dengan penuh harapan. Mereka mahu agar aspek pertumbuhan ekonomi yang mampu menyelesakan kehidupan mereka diberi perhatian. Sudah tentu mereka mengharapkan usul-usul ekonomi yang dibentangkan itu mampu membantu mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ramai yang tidak sedar bahawa kos sara hidup tidak semata-mata berkaitan peningkatan gaji dan upah dalam sektor tertentu dan jawatan tertentu. Begitu juga persoalan dengan gaji minimum yang ditawarkan dalam sektor berkenaan dalam menampung kehidupan seharian.

Lazimnya, masyarakat umum melihat kos sara hidup dalam lingkungan kumpulan berpendapatan rendah dan mengaitkannya dalam corak perbelanjaan terhadap gaji yang diterima. Petunjuk kos sara hidup mampu memberi gambaran sebenar mengenai pembangunan dan kehidupan masyarakat setempat.

Petunjuk inijuga mampu menceritakan kelangsungan hidup sesebuah masyarakat.

Data menunjukkan bahawa 80 peratus masyarakat Malaysia terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan sehingga ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia. Sekirannya mereka menggunakan sijil ini untuk mendapatkan pekerjaan, maka sudah tentu gaji permulaan yang mereka terima adalah rendah.

Dalam hal ini, sudah tentu penekanan untuk rakyat mendapatkan tahap pendidikan tinggi serta berkemahiran perlu ditekankan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran harus ditambah. Cabaran ini bukan sahaja dalam membantu negara untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 tetapi dalam membantu kumpulan kurang berkemampuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

Matlamat menyediakan peluang pendidikan, kemahiran dan bantuan pendidikan perlu disampaikan kepada ibu bapa terutama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pendidikan rendah perlu disedarkan untuk menggalakkan anak-anak mereka tidak hanya terhenti belajar sehingga tahap SPM sahaja tetapi perlu melanjutkan pelajaran sehingga pada peringkat universiti.

Sekiranya usaha ini tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh maka kita akan melihat sehingga bila-bila masyarakat terus hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka akan terus dihimpit kemiskinan sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Upah yang rendah dan tidak mempunyai kemahiran hanya akan menggalakkan aktiviti perbelanjaan yang tidak teratur. Kumpulan tidak mempunyai peluang untuk melabur atau menyimpan. Mereka juga tidak mempunyai daya beli yang tinggi.

Sedangkan pada masa yang sama, trend generasi muda dilihat cukup selesa untuk hidup dengan bergantung kepada kad kredit dan pinjaman dalam merealisasikan impian untuk hidup dengan mewah. Maka lahirlah ramai 'jutawan hutang' dalam negara menuju status negara maju pada tahun 2020.

Sebenarnya, satu pelan jangka panjang diperlukan dalam menangani beban kenaikan kos sara hidup. Hanya dengan peningkatan kemahiran dan pendidikan serta kesediaan majikan untuk memberi upah yang setimpal mampu mengatasi masalah bebanan ekonomi yang melanda rakyat.

Penetapan gaji minimum yang dilihat mampu membantu rakyat berpendapatan rendah tanpa disertai dengan tahap pendidikan dan kemahiran yang setara sebenarnya boleh mendatangkan kesan kepada ekonomi. 

Golongan yang paling terkesan adalah kumpulan berpendapatan sederhana yang mempunyai kemahiran tersepit dengan golongan berpendapatan rendah yang yang mendapat gaji hampir sama dengan mereka.

Ada yang berpandangan bahawa sistem ekonomi yang bercelaru akan memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kumpulan anak muda tidak lagi berminat untuk mendapatkan kemahiran ataupun menyambung pelajaran apabila ditawarkan dengan penetapan gaji minimum ini.

Negara berpendapatan tinggi adalah juga negara yang mempunyai rakyat dan pekerja yang berkemahiran tinggi. Justeru, penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran lebih tinggi adalah cara yang tepat bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Hutang Boleh Tambah Hutang



Kita mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa yang sedia ada kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan wang dan pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar bil atau melancong ke luar negara. Adalah penting untuk anda ingat bahawa wang pinjaman tersebut bukan diberikan percuma. Anda perlu membayarnya balik dan ditambah dengan faedahnya.

Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang. Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Jika meminjam wang, gunakan wang itu untuk menambahkan lagi wang anda.

Pinjaman dan Kredit
Apabila anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit, tanya diri beberapa soalan yang perlu anda sendiri jawab dengan seikhlas mungkin.

(1) Adakah produk ataupun perkhidmatan yang anda inginkan itu penting? Adakah ia benar-benar perlu?

(2) Sekiranya ia penting dan diperlukan, adakah anda mampu membuat bayaran ansuranya?

(3) Jika ia melibatkan pembelian besar, seperti kereta atau rumah, adakah anda mampu menyediakan wang pendahuluan yang besar?

(4) Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?

(5) Jika anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu, adakah anda sudah mengkaji aliran tunai anda, sama ada ia dapat menampung pinjaman tersebut ataupun tidak?

(6) Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad kredit digunakan? Bukan sahaja kos faedah malah caj-caj kewangan dan caj lewat bayar perlu diambil kira.

(7) Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika gagal berbuat demikian prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda mungkin diisytiharkan muflis.

Risiko Peminjam Wang Tidak Berlesen
Jangan sekali-kali letakkan diri anda dan keluarga dalam keadan berbahaya. Peminjam wang tidak berlesen boleh mendatangkan masalah kepada kehidupan anda dan juga ia amat membebankan kewangan anda kerana syarat dan terma yang dikenakan tidaklah mengikut undang-undang perbankan di Malaysia. Mereka akan mengenakan kadar faedah yang tinggi dan sekiranya pinjaman tidak dapat dibayar, mereka akan mengancam dan melakukan keganasan.

Jangan Sekali-Kali Meminjam Wang Daripada Mereka Kerana...

(1) Pinjaman akan dibuat mengikut syarat dan terma yang sangat ketat.

(2) Perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.

(3) Meletakkan diri dan keluarga anda dalam keadaan berbahaya sekiranya anda lewat membayar bayaran.

(4) Memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar pinjaman terdahulu.

Sumber : Majalah Wanita (Oktober 2015)
Tulisan : Sunthara Segar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Hidup Tanpa Subsidi



Mampukah rakyat Malaysia hidup tanpa subsidi? Ramai amara kita berfikir tidak kerana ia pasti akan menjejaskan kualiti hidup. Namun realitinya tanpa subsidi manusia masih boleh hidup.

Terdapat banyak sebab untuk negara mengurangkan subsidi dan kenapa rakyat sesebuah negara wajar hidup tanpa sebarang bantuan dalam bentuk subsidi.

Sebab yang utama kerana kos fiscal bagi mengekalkan sistem subsidi sedia ada sangat tinggi. Rakyat sedar bahawa paras hutang negara yang tinggi justeru langkah pengurangan subsidi adalah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu hutang negara dengan lebih berkesan.

Dengan pengurangan subsidi bermakna kerajaan boleh melakukan penjimatan dengan wang yang digunakan untuk subsidi berkenaan sepatutnya digunakan untuk sektor yang lebih memerlukan antaranya pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur.

Wang yang diperuntukkan untuk subsidi ini juga boleh digunakan sebagai dana untuk menubuhkan syarikat-syarikat baharu yang sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Penubuhan syarikat-syarikat baharu ini pastinya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pengurangan subsidi bahan api juga boleh menyedarkan seseorang individu untuk menggunakan sumber yang terhad itu dengan lebih cermat. Ketika ini banyak pembaziran berlaku kerana mereka menganggap sumber bahan api tersebut adalah murah. Penjimatan penggunaan bahan api ini juga menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih.

Subsidi bahan api juga dilihat tidak menggalakkan pelaburan dalam pelaburan tenaga aitenatif. Dengan adanya subsidi masyarakat tertumpu kepada penggunaan petrol tanpa menimbang untuk menggunakan kenderaan yang menggunakan tenaga alternatif termasuk kenderaan hibrid atau kereta elektrik.

Apa akan berlaku jika kita kehabisan sumber petroleum? Ini kerana sebagai sumber asli,jumlah petroleum yang dimiliki pasti ada batasannya. Akibatnya sukar dibayangkan.

Subsidi bersasar perlu menjadi amalan dalam menyelesaikan masalah khusus agar ia tidak mendatangkan mudarat kepada ekonomi negara. Penggunaan subsidi yang tinggi jika tidak ditangani akan mendatangkan lebih banyak masalah yang serius.

Antara negara yang terperangkap dalam pemberian subsidi yang tinggi adalah negara Ukraine yang memperuntukkan tujuh peratus Keluaran Dalam Negara Kasarnya untuk subsidi gas asli. Negara itu akhirnya terpaksa beralih ke Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk bantuan penyelamat berjumlah 15 bilion.

IMF pada mulanya enggan berunding dengan Ukraine sehinggalah negara itu mengurangkan subsidi kepada satu pertiga.

Justeru, tidakkah lebih baik untuk masyarakat mula dibiasakan untuk hidup tanpa subsidi dan tidak menangguhkannya sehingga pada hari yang tidak dapat dielakkan lagi?

Bukankah lebih bijak untuk menggunakan wang yang ada untuk meningkatkan perkhidmatan asas seperti air bersih. pendidikan yang lebih baik, pengangkutan awam, infrastruktur dan penjagaan kesihatan daripada dibazirkan ke atas subsidi. 

Walaupun ada subsidi yang perlu dimansuhkan. ada yang wajar dikekalkan.

Bantuan langsung dan subsidi bersasar untuk kumpulan yang memerlukan. boleh diteruskan. termasuk perkhidmatan perlu seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Ramai yang mengatakan pemansuhan subsidi bahan api akan menjejaskan kumpulan masyarakat yang paling mudah terjejas.

Bagi yang memerlukannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia membantu mereka. Jika RM2.4 bilion dijimatkan menerusi pengurangan subsidi sebanyak 10 sen bagi subsidi bahan api, kerajaan boleh menggunakan 'penjimatan' itu untuk menambah pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak kira-kira RM960 juta atau tambahan RM200 setiap isi rumah untuk kira-kira 4.8 juta isi rumah yang layak menerimanya.

Bagi mereka yang mendakwa jumlah itu tidak dapat mengimbangi peningkatan harga bahan api, perlu diingatkan bahawa lsi rumah terbabit tidak memandu kereta besar.

Mereka mungkin menunggang motosikal berkapasiti rendah. atau menggunakan pengangkutan awam. Malangnya yang membuat bising terdiri daripada kalangan yang memiliki kereta besar dan menjalani hidup mewah.

Ironisnya, bahan api yang murah inilah yang menarik penduduk negara jiran kita untuk menyeberangi sempadan dan mengisi tangki kenderaan masing-masing.

Ada juga kalangan nelayan dari negara jiran yang membeli diesel murah di negara ini.

Kita menggunakan sumber berharga untuk membantu mereka yang tidak memerlukannya, termasuk pelancong dan pemimpin korporat terkemuka.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Kepentingan Memiliki Aset



Bagi mereka yang mahu membiayai semua aset yang mereka miliki perkara yang paling utama adalah memahami objektif pembiayaan semula. Banyak pihak beranggapan bahawa adalah satu langkah yang bijak bagi pengguna untuk melakukan pembiayaan semula bagi mengurangkan hutang.

Namun jika langkah pembiayaan semula melibatkan perbelanjaan bagi tujuan percutian dan pembelian kereta ia mampu menjejaskan kedudukan kewangan seseorang.

Pembiayaan semula bermaksud menyusun semula pinjaman dan tidak sama sekali bererti melangsaikan hutang. Penyusunan semula ini selalunya melibatkan kadar faedah yang lebih rendah dan mengambil tempoh yang berbeza berbanding pinjaman semasa.

Bagi sesetengah peminjam matlamat mereka melakukan pembiayaan semula adalah bagi mengurangkan perbelanjaan faedah dengan membiayai semula pinjaman perumahan pada kadar yang lebih rendah 

Sementara ada pihak yang melakukan pembiayaan semula dengan matlamat untuk menyatukan hutang-hutang yang mereka miliki. Antaranyajika seseorang sudah membayar pinjaman untuk satu tempoh yang panjang dan baki pinjaman belum jelas sudah berkurangan.

Selain itu, jika nilai hartanah telah meningkat, peminjam boleh mendapatkan pembiayaan semula pada nilai yang lebih tinggi. Jumlah tambahan ini boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang dikenakan kadar faedah yang tinggi seperti bil kad kredit yang dikenakan kadar bayaran hampir empat kali ganda kadar faedah pinjaman perumahan.

Bagi mereka yang mahu membuat pinjaman, disarankan memeriksa segala sejarah kredit bersih dan mempunyai pendapatan yang secukupnya. Lazimnya bank menggunakan nisbah yang dinamakan nisbah bayaran hutang atau nisbah liputan hutang. Ini merupakan nisbah bayaran ansuran pinjaman kepada pendapatan bersih atau kasar anda.

Formula nisbah adalah berbeza bagi setiap bank. Namun peraturan am menetapkan bayaran ansuran pinjaman tidak boleh melebihi 30 peratus daripada pendapatan bersih seseorang. 

Bagaimanapun amalan pembayaran balik tepat pada masanya sangat penting kerana pinjaman dan pembiayaan seseorang direkodkan dan ia akan menentukan sama ada anda boleh mendapatkan pinjaman pada masa depan atau tidak.

Pembiayaan semula mungkin menguntungkan seseorang namun tetap mempunyai kos untuk melaksanakannya. Ini termasuk duti setem, yuran guaman dan kos penilaian yang perlu dijelaskan apabila seseorang memilih untuk membiayai semula kediaman mereka.

Kos ini mungkin menelan belanja beribu-ribu ringgit. Justeru seseorang perlu mengetahui kos sebenar semasa berbincang dengan pihak bank. Ditambah pula bayaran ansuran pinjaman baru, tentukan sama ada pembiayaan semula memenuhi keperluan peminjam. `

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Perancangan Pelaburan Selepas Bersara



Tidak dapat dinafikan setiap orang mahu menikmati ketenangan dalam kehidupan. Hanya ketenangan akan membuatkan setiap tindakan yang diambil dilakukan dengan baik. Mereka yang memiliki jiwa yang gelisah akan sentiasa hidup tanpa rasa keamanan.

Masalah ekonomi dan kewangan antara punca kenapa sebahagian manusia hidup dalam keresahan. Namun, ramai yang tidak memikirkan dengan serius mengenai kepentingan pengurusan kewangan.

Disebabkan himpitan ekonomi akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi, terdapat segelintir individu mengambil jalan mudah dengan meminjam wang daripada pemiutang haram. Tidak kurang juga ada yang sengaja menambah hutang dengan bank-bank berlesen semata-mata mahu berlagak mewah.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ada yang diisytihar sebagai mutiis kerana tidak mampu membayar hutang. 

Sebenarnya, pinjaman yang tidak produktif boleh menjadi jerat yang boleh mendatangkan mudarat apabila seseorang tidak mampu membayar hutang tersebut. Masalah hutang ini boleh membelenggu hidup seseorang individu seumur hidup mereka sekiranya ia tidak dilunaskan sehingga mampu menjejaskan kualiti hidup mereka ketika telah bersara.

Menyentuh isu persaraan, peranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat amat penting dalam memastikan setiap penyimpan mendapat pulangan dalam bentuk dividen yang menguntungkan.

Simpanan para pekerja dalam KWSP adalah sebagai persediaan menghadapi hari tua. Sebagai pelabur institusi, KWSP mempunyai dana yang cukup besar hasil tabungan pekerja. Justeru, institusi ini perlu memastikan setiap pelaburan yang mereka lakukan memberi keuntungan kepada ahli-ahli. Sebarang kesilapan dalam pelaburan boleh mendatangkan kerugian kepada para pekerja selaku pencarum.

Begitu juga peranan yang perlu dimainkan oleh pelabur institusi yan lain termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji yang memegang amanah daripada para penyimpan. Mereka perlu pastikan setiap pelaburan yang mereka lakuukan menggunakan wang tabungan ahli membawa keuntungan kepada penyimpan.

Bagi memastikan wang yang disimpan oleh ahli digunakan dengan penuh amanah, amat penting bagi pelabur institusi mempunyai rekod yang baik dari pelbagai segi. Pihak pengurusan dalam institusi ini seharusnya terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai pemikiran yang tajam dan mampu membuat keputusan yang tepat. 

Setiap penyimpan sebenarnya menyimpan harapan bahwa pelabur institusi membuat keputusan yang tepat demi memastikan wang simpanan mereka memperolehi keuntungan jangka panjang.

Secara realiti, rakyat Malaysia antara kumpulan masyarakat yang gemar untuk bersara awal bagi membolehkan mereka berehat di hari tua. Keputusan bersara awal mempunyai kesan positif dan negatif. Ini termasuk persoalan sama ada mereka mampu menampung kehidupan selepas bersara.

Persoalan ini wajar dijawab dan diurai agar pesara tidak menghadapi sebarang masalah dalam menampung kehidupan selepas persaraan mereka akibat tidak mempunyai simpanan pendapatan yang mencukupi. 

Seseorang perlu menjangkakan bahawa mereka juga akan berhadapan dengan kos kehidupan yang meningkat akibat harga barangan dan kos perubatan yang mungkin tinggi pada masa hadapan.

Adalah penting bagi setiap individu memastikan bahwa selain mereka membuat pelaburan dalam bentuk simpanan untuk hari tua mereka juga perlu menjaga kesihatan melalui amalan hidup yang sihat dan makanan yang seimbang. Ini adalah penting sebagai jaminan mereka melalui hari-hari tua yang tenang dan aman. 

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Didik Belia Mengenai Muflis



Diisytiharkan muflis atau bankrap adalah mimpi ngeri bagi setiap individu kerana sekiranya itu berlaku banyak memberi kesan buruk terhadap kehidupan. Setiap daripada kita bersetuju mengenai kepentingan wang dalam kehidupan namun ia bukanlah satu-satunya alasan untuk mencapai kebahagian kehidupan.

Pun begitu peningkatan kos hidup yang mendadak akibat pengaruh ekonomi dunia serta harga minyak yang tidak menentu tetap mendatangkan kesan dan tekanan kepada ahli masyarakat.

Apabila seseorang tidak dapat menguruskan perbelanjaan dengan baik akibat tekanan ekonomi dan dalam masa yang sama tidak mampu melangsaikan hutang menyebabkan mereka berhadapan dengan risiko muflis. 

Data Jabatan lnsolvensi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan seramai 243,823 orang diisytiharkan muflis. Sebanyak 57 peratus dari padanya berusia di bawah 45 tahun. Lebih 50 peratus yang diisytiharkan muflis akibat daripada penggunaan kad kredit dan mereka ini berusia di bawah 30 tahun! 

Justeru adalah penting bagi mengingatkan terutama golongan belia untuk lakukan perbelanjaan dengan bijak dan tidak mengikut hawa nafsu.

Tidak pandai mengurus kewangan dan tidak mempunyai pengetahuan menjadi faktor kenapa golongan belia terjebak dalam masalah hutang. Selain itu gaya hidup di luar kemampuan dengan berlagak mewah tidak seiring pendapatan turut menjadi punca masalah kewangan kumpulan belia ini.

Bagi kumpulan belia yang mengamalkan budaya membazir ini status orang yang mengikut trend masa kini mestilah diperlihatkan dari segi penampilan dan gajet. Mereka sama sekali tidak menghiraukan bagaimana untuk membayar bil internet, telefon, kelab gimnasium dan perbelanjaan makan minum

Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda mendapati 37 peratus daripada kelompok belia mengakui berbelanja melebihi gaji bulanan. 

Para belia yang berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan bulanan ini seharusnya dinasihatkan mengenai implikasi muflis. Mereka harus disedarkan bahawa sekiranya mereka diisytihar muflis mereka tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam.

Sekiranya muflis harta benda akan diuruskan oleh seorang pegawai pemegang harta dan mereka menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang dan golongan yang muflis ini juga tidak dibenarkan ke luar negara.

Sebenarnya adalah penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak mereka untuk tidak hidup terlalu mewah sehinggakan mereka terbawa- bawa ke alam dewasa dan alam pekerjaan. Dek kerana sudah terbiasa untuk hidup mewah mereka akan mengamalkan perbelanjaan yang di luar kemampuan pendapatan mereka. 

Anak-anak seharusnya diajar mengenai perkara-perkara yang menjadi keperluan dan keutamaan dalam hidup mereka daripada terjebak dengan kehendak arus semasa.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK): melalui Program Pengurusan Kredit harus memperhebat dan memperluaskan lagi program-program motivasi dan kewangan. Program yang dijalankan ini mampu memupuk tabiat meminjam secara bijak sekali gus menggalakkan budaya pembayaran semula pinjaman secara konsisten.

Anak muda harus diajar bahawa mereka perlu mengukur baju di badan sendiri. Mereka harus sedar mengenai ketebalan dompet dan jumlah wang dalam akaun bank mereka sebelum berbelanja dan membuat hutang yang tidak sepatutnya.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Ukur Baju Di Badan Sendiri - Kalau Tidak Mahu Haru Biru



Melihat golongan belia bergaya dan berbelanja melebihi melebihi kemampuan secara rasional bukanlah sesuatu yang baru. Malahan tidak menghairankan jika kumpulan ini akan mengeluarkan duit poket yang tidak seberapa bagi menghiasi diri mereka dengan material yang dianggap terkini dan sealiran dengan trend semasa.

Pada amnya, amalan berhutang bukan sahaja membarah dalam diri golongan muda. tetapi terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Contoh yang paling senang untuk diamati adalah apabila melihat kehidupan golongan muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,000 bermulalah kehidupan mereka sebagai eksekutif muda.

Pada permulaannya kumpulan ini berkobar-kohar untuk membalas jasa ibu bapa yang berkorban masa dan wang untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi. Malangnya apabila mereka terdedah dengan persekitaran pekerjaan, niat mereka mula terpesong.

Kini, matlamat untuk hidup dalam kemewahan material setanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain menjadi tujuan hidup yang utama. Sedangkan pendapatan bulanan mereka yang hanya RM2,000 itu sebenarnya tidak mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan bermewah-mewahan.

Apa yang mereka boleh lakukan dengan RM2,000 apabila mereka terpaksa menggunakan gaji bulanan untuk membayar sewa rumah bilik RM200; ansuran kereta minimum RM300, duit minyak dan tol RM450, makan dan minum RM500?

Sejumlah pendapatan bulanan pula digunakan bagi tujuan sosial dan riadah, RM300, bayaran pelbagai bil termasuk bil telefon, air dan api sebanyak RM200, bayaran kad kredit untuk membeli barangan lain dan barangan peribadi RM500 dan hal-hal kecemasan sebanyak RM200.

Bagi mereka ya ng teringat kepada penat lelah ibu bapa, mungkin terpaksa memperuntukkan RM100 kepada mereka setiap bulan. Jika dihitung- hitung jumlah perbelanjaan golongan ini bukan sahaja tidak mencukupi, tetapi pada masa yang sama mengalami defisit sehingga mungkin terpaksa membuat hutang-hutang baru.

Apa yang merisaukan dan menyedihkan lagi ialah apabila anak-anak yang diharapkan membantu keluarga setelah bekerja terpaksa meminta-minta dengan ibu bapa bagi meringankan beban kewangan mereka dengan alasan mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi kerana tinggal di kawasan bandar.

Pelbagai sebab eksekutif muda berhutang? Isu ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami. Personaliti menjadi antara salah satu faktor mengenai sikap seseorang yang suka berhutang dan berbelanja lebih. Peribadi dan sikap seseorang individu ini mungkin kerana terpengaruh dengan gaya hidup keluaranya yang menjadikan sikap berhutang sebagai amalan hidup.

Persekitaran turut mempengaruhi seseorang untuk berhutang. Mereka mungkin rasa tercabar melihat rakan- rakan yang kelihatan hidup mewah dengan berhutang. Rakan-rakan mereka masih mampu memiliki kereta dan barangan mewah lain walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk berbelanja kerana gaji yang rendah. 

Namun, kerana merasakan mereka adalah kumpulan profesional maka mereka perlu kelihatan hebat walaupun terpaksa berhutang.

Tidak dinafikan bahawa golongan muda sememangnya menjadi sasaran mudah syarikat kewangan dalam mempromosi segala bentuk pinjaman termasuk kad kredit. Dengan syarat-syarat yang mudah dan tidak ketat, adalah tidak menghairankan jika kebanyakkan golongan muda memiliki sekurang-kurangnya sekeping kad kredit yang memudahkan mereka berbelanja dengan cara berhutang.

Bagi golongan muda terutama eksekutif, puji- pujian yang diterima kerana 'pandai bergaya' merupakan satu bentuk dorongan agar mereka terus menjaga penampilan walaupun ia bermaksud mereka perlu berhutang. Jadi, tidak hairanlah mereka masih berbelanja melebihi kemampuan hanya mahu kelihatan anggun dan bergaya pada mata orang lain.

Akibat berbelanja berlebihan tanpa mengira kemampuan pendapatan bulanan menyebabkan golongan muda ini menghadapi dilemma tidak cukup wang atau pokai. Akhirnya, mereka terpaksa mencipta hutang baru bagi menampung perbelanjaan harian.

Satu sahaja nasihat terhadap kumpulan yang sanggup meminjam untuk kelihatan anggun dan mewah ini. Mereka perlu mengawal nafsu mereka untuk berbelanja sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Jangan Jadikan Hutang Dan Borong Budaya Kita



Laporan berita mendedahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelesaikan hutang ceti haram berjumlah RM139,000 melibatkan 102 anggotanya amat mengejutkan. Lebih mengejutkan jumlah berkenaan berjaya dikurangkan daripada jumlah sebenar iaitu RM370,000 selepas rundingan dilakukan. Banyak pihak berpandangan bahawa TLDM tidak sepatutnya menggunakan wang awam untuk menyelesaikan hutang ah long yang diambil oleh anggotanya kerana ini akan memberikan satu contoh yang tidak baik.

Walaupun pelbagai kempen ataupun nasihat telah dibuat bagi mendidik rakyat agar mengelakkan budaya hutang dan boros. Namun pendedahan ini memaparkan masih terdapat rakyat Malaysia yang terjebak dengan budaya meminjam wang dan berhutang daripada ceti haram dan ah long.

Budaya berhutang membarah dalam masyarakat kini bukanlah kerana kesempitan hidup akibat kekurangan wang untuk membeli makanan tetapi disebabkan kerana memenuhi tuntutan gaya hidup moden iaitu untuk hidup mewah walaupun sebenarnya tidak mampu.

Lazimnya tiga jenis hutang dibuat oleh golongan yang mahu hidup mewah tetapi tidak mampu iaitu iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan.

Mereka yang telah terjebak dengan budaya meminjam dan berhutang ini tidak mempunyai pilihan selain membayar semula hutang berkenaan. Jika mereka meminjam dengan ceti haram atau along mereka berdepan dengan pelbagai ancaman termasuk kehilangan nyawa.

Sementara mereka yang meminjam dengan bank komersil berhadapan dengan status bankrap sekiranya tidak mampu melunaskan pinjaman yang dibuat. Adalah menjadi fakta yang menggerunkan apabila data menunjukkan bahawa terdapat golongan muda yang diisytiharkan sebagai muflis kerana tidak mampu melunaskan hutang.

Masalah dengan masyarakat moden adalah ada sebahagian yang tidak mampu untuk hidup mewah tetapi tetap mahu membebankan diri untuk berhutang demi memiliki sesuatu yang kadangkala tidak diperlukan langsung. Akhimya sikap tamak menjerat diri sendiri.

Kumpulan ini sukar menerima hakikat bahawa gaji dan pendapatan yang mereka terima setiap bulan tidak memungkinkan mereka untuk hidup mewah.

Mereka yang tidak dapat menahan diri daripada hidup secara bermewah-mewahan dinasihatkan agarjangan sekali-kali terpedaya dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa Iklan-iklan yang menonjolkan budaya hidup mewah. boros dan membazir dan berpaksikan kepada kehidupan material ini mampu membuatkan seseorang berhutang untuk memiliki barangan yang diiklankan itu.

Dalam isu ini pihak berkuasa digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang disiarkan di dalam media massa agar tidak mendorong atau menggalakkan masyarakat ke arah budaya hidup mewah, boros dan membazir.

Pada hakikatnya sekirannya seseorang membelanjakan harta dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan boleh menyelamatkan diri dan keluarga daripada tekanan ekonomi dan sara hidup yang semakin tinggi.

Sehubungan itu, langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mencegah menularnya budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara ini.

Tulisan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Asuhan Pengurusan Kewangan Bijak Perlu Bermula Awal



Pengurusan kewangan yang bijak perlu diterapkan sejak remaja lagi. Ini bagi membiasakan golongan remaja untuk memastikan mereka membelanjakan wang mereka terhadap benda atau perkara yang memanfaatkan sekaligus tidak membazir.

Golongan remaja adalah kumpulan yang mungkin masih lagi dalam alam persekolahan dan pendidikan. Mereka adalah golongan yang tidak bekerja dan mendapat wang saku daripada ibu bapa. justeru, pada peringkat umur sebegini mereka masih lagi tidak terdedah terhadap apa juga bentuk pinjaman ataupun pelaburan.

Namun pada peringkat umur sebegini adalah elok sekiranya mereka didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan bagi manfaat kehidupan mereka masa ini atau pada masa mereka dewasa. Dari semasa ke semasa golongan remaja akan mempunyai wang bagi perbelanjaan diri masing-masing. Wang ini diperolehi daripada ibu bapa atau penjaga, pemberian biasiswa dan lain-lain.

Melalui wang yang mereka perolehi inilah remaja mempunyai pilihan bagaimana cara untuk mereka membelanja wang tersebut. remaja turut mempunyai pilihan untuk menyimpan wang tersebut di dalam bank.

Namun kebiasaannya, remaja yang memiliki wang akan membelanjakannya bagi memenuhi keperluan dan kemahuan diri. Wang ini pastinya akan digunakan untuk membeli peralatan pembelajaran selain untuk membeli pakaian dan alat perhiasan diri. Malah ada yang menggunakannya untuk membeli gajet.

Apatah lagi dengan lambakan barangan jualan di alam maya lebih memudahkan untuk golongan remaja berbelanja.

Namun bagi remaja yang bijak, sejumlah wang yang mereka miliki akan disimpan. Wang simpanan berkenaan akan digunakan bagi menampung kos pendidikan peringkat tinggi pada masa hadapan. Kumpulan remaja ini melakukan simpanan kerana mereka tidak mahu mebebankan ibu bapa mereka.

Tambahan pula, remaja ini sedar bahawa unjuran kos pengajian peringkat tinggi dijangka terus meningkat pada masa hadapan. Dalam masa yang sama, persaingan untuk mendapatkan biasiswa adalah sengit.

Remaja yang menyimpan ini sedar bahawa hanya dengan pendidikan yang tinggi mampu membawa mereka keluar dari kancah kejahilan dan juga menjamin kehidupan yang lebih selesa pada masa depan.

Pengenalan kepada produk serta sistem kewangan yang ada di pasaran merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi membolehkan kumpulan remaja memahami manfaat yang ditawarkan serta faedah berbanding antara pelbagai sistem kewangan tersebut.

Kumpulan remaja ini sepatutnya didedahkan perbezaan antar sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konveksional. Dengan cara ini, remaja dapat membezakan produk perbankan yang mana menjurus kepada perjanjian yang lebih adil dan saksama.

Dengan cara ini, remaja boleh memilih produk yang mampu menjamin pulangan terhadap pinjaman dan pelaburan yang mereka lakukan. Mereka juga perlu didedahkan dengan sumber serta pakar yang mampu mengupas topik pengurusan kewangan dengan lebih mendalam seperti buku-buku atau majalah berkaitan, kakitangan agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK), internet dan sebagainya.

Namun sebenarnya amat penting bahawa intisari ilmu pengurusan kewangan diperkenalkan di sekolah. pendidikan melalui mata pelajaran tertentu merupakan kaedah utama yang boleh diterapkan dalam mendidik remaja berkaitan pengurusan kewangan yang bijak.

Usaha ini boleh dilaksanakan sama ada melalui pengenalan satu subjek khusus berkenaan pengurusan kewangan individu atau juga boleh diterapkan ke dalam mata pelajaran yang lain seperti kemahiran hidup atau pun matematik.

Selain itu, penggunaan media massa juga dilihat amat berkesan dalam menyampaikan mesej pengurusan kewangan bijak remaja. Dalam dunia tanpa sempadan dan penggunaan telefon pintar yang amat luas dalam kalangan remaja, internet merupakan salah satu cara yang amat berkesan bagi mendidik remaja dalam pengurusan kewangan yang bijak.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Jimat Bawa Berkat



Ketika pengumuman kenaikan harga minta diumumkan, ramai pihak tiba-tiba menjadi pakar dan tampil memberikan pendapat dan pandangan bagaimana untuk berjimat cermat dan menghadapi situasi yang sukar ini.

Malah ada yang tampil dengan menjual peralatan yang didakwa mampu melakukan penjimatan bahan bakar kenderaan. Selain itu, ada yang tampil memberikan nasihat agar orang ramai atau pengguna hanya menggunakan kenderaan ketika perlu dan hanya menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah berjimat cermat, sekaligus mampu mengurangkan perbelanjaan mereka.

Lebih ekstrem ada yang menyarankan agar membuang peralatan yang tidak perlu di dalam kenderaan seperti buku, surat khabar terpakai dan segala macam yang ada dalam kenderaan. Menurut mereka, langkah ini bagi meringankan bebanan yang dibawa oleh kenderaan yang sekaligus dapat membantu penjimatan minyak.

Lazimnya, peningkatan harga minyak akan disusuli dengan kenaikan pelbagai harga barangan yang lain. Sama ada kenaikan berkenaan disebabkan oleh kenaikan harga minyak atau tidak bukanlah sesuatu yang difikirkan oleh peniaga.

Bagi kebanyakan peniaga, mereka hanya berfikir mengenai keuntungan. Kenaikan harga petrol digunakan sepenuhnya sebagai alasan untuk menaikkan harga pelbagai barangan lain. Golongan ini bukan sahaja mengaitkan kenaikan harga minyak bagi mewajarkan kenaikan harga barangan yang dikenakan, tetapi mereka juga mencari pelbagai alasan lain.

Akhirnya pengguna terpaksa mengalah dan menelan pelbagai alasan licik dan pandai yang dikemukan oleh kumpulan peniaga ini. Kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan persatuan pengguna dalam menghalang sikap tamak kumpulan peniaga ini tidak memberi sebarang kesan terhadap keinginan mereka untuk menaikkan harga barangan.

Kenaikan harga minyak sebenarnya diambil kesempatan sepenuhnya oleh golongan peniaga. Alatan penjimatan minyak yang entah terbukti berkesan atau tidak laku dijual di pasaran. Pengguna tidak lagi berfikir panjang. Mereka mencari jalan mudah untuk melakukan penjimatan tanpa berfikir panjang.

Dalam keadaan pengguna terdesak, peniaga yang tidak beretika membuat keuntungan. Sebenarnya, tidakkah pengguna terfikir jika alatan berkenaan benar-benar boleh menjimatkan minyak, berapa banyak penjimatan yang boleh mereka lakukan jika menggunakan alat berkenaan sebelum harga minyak benar-benar meningkat.

Malah, kalau betul alat penjimatan tersebut menjimatkan sehingga 50 peratus, pengguna tidak akan merungut mengenai kenaikan harga minyak. Pun begitu, tidak ramai yang berfikir. Mereka terus membeli ketika penjual menghampiri dan menjual kepada mereka walaupun ketika itu mereka sedang menikmati juadah.

Hakikatnya, kenaikan harga minyak ialah perkara lazim yang pasti akan berlaku dan tidak boleh dielakkan. Harga minyak naik ketika bahan mentah kurang dan pada masa yang sama permintaan tinggi. Harga minyak juga boleh meningkat ketika suasana ekonomi dunia tidak stabil.

Mereka yang mempunyai pengetahuan ekonomi tidak akan merungut sekiranya harga bahan mentah itu naik ataupun turun. Mereka tidak akan menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya berusaha menghadapi situasi berkenaan dengan tenang.

Pengguna perlu menjalani hidup dengan bersyukur dan nikmat dan melakukan langkah penjimatan dengan bijak. Penjimatan bukan hanya dalam soal penggunaan kenderaan tetapi juga dalam perbelanjaan lain. Sikap bermewah dan membeli barangan baharu perlu dihentikan.

Namun, adalah lumrah manusia selalu bersifat pelupa. Tabiat lama tetap diteruskan walaupun mengetahui harga minyak dan barangan naik. Mat rempit terus bermaharajalela di jalan biar pun harga minyak naik beberapa sen atau beberapa ringgit sekalipun.

Ramai antara kita masih makan di luar walaupun kita tahu bahawa memasak sendiri itu lebih menguntungkan.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan



Sebenarnya agak sukar untuk mengaitkan kemiskinan dengan amalan boros. Ini kerana golongan miskin tidak mempunyai wang untuk berbelanja dengan melampau-lampau dan tanpa had.

Bagaimanapun sikap berbelanja ikut suka tanpa menghiraukan beban kewangan boleh mengakibatkan seseorang hidup dalam kesusahan. Mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah jika mengamalkan sikap boros akhirnya akan menjerat diri sendiri dan meninggalkan kesan sehingga mereka mencecah umur tua.

Seorang yang mengamalkan cara hidup boros dan hanya mengharapkan wang yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk perbelanjaan hari tua pastinya akan berhadapan dengan masalah.

Ini kerana mengharapkan wang simpanan KWSP semata-mata sebenarnya tidak mencukupi. Tambahan dalam masa yang sama sikap boros yang diamalkan semasa muda terbawa-bawa sehingga selepas alam pekerjaan tamat. Wang yang disimpan bertahun-tahun lamanya, boleh habis dalam masa beberapa hari.

Sebagai ibu bapatentulah kita juga tidak boleh bergantung kepada anak-anak untuk menampung perbelanjaan selepas bersara. Seseorang individu harus berhati-hati dalam perkara ini kerana mungkin anak-anak yang diharapkan tidak bernasib baik dan hidup dalam paras pendapatan yang tidak mampu untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka.

Pada masa yang sama anak-anak sudah tentu mempunyai keluarga mereka sendiri untuk ditampung perbelanjaan. Justeru dalam hal ini kita tidak seharusnya mempunyai pemikiran untuk bergantung pada anak-anak walaupun ia merupakan satu tanggungjawab kepada mereka untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Sepatutnya hari tua adalah merupakan tempoh berehat seseorang untuk hidup tenang bersama cucu-cucu. Dengan masalah kewangan akibat tidak berhati-hati menguruskan pendapatan semasa muda menyebabkan hari tua seseorang huru-hara sehingga memaksa terpaksa bekerja walaupun umur telah lanjut.

Tidak dinafian amalan menabung antara cara untu menjadi penyelamat semasa hari muda. Seseorang perlu berusaha untuk menyimpan sebanyak mungkin sebagai bekalan perbelanjaan di hari tua. Wang yang ada tidak sepatutnya dibazirkan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat ataupun faedah kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Namun pada hari ini yang memberi alasan, gaji yang diterima tidak cukup untuk keperluan sebulan dan tidak mampu untuk membuat simpanan. Hakikatnya, amalan menabung, walaupun sedikit jumlahnya adalah jauh lebih baik juga daripada tiada langsung.

Sebenarnya walaupun wang simpanan mencecah RM1 juta atau RM2 juta namun ia bukan satu nilai yang selamat sekiranya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan. Wang persaraan hanya mampu bertahan jika seseorang melakukan perbelanjaan dengan cermat dan tidak boros.

Apabila seseorang sudah terbiasa dengan amalan gaya hidup yang mewah sememangnya sukar untuk mengubah gaya hidup sederhana. Namun mahu atau tidak mereka perlu membuat perubahan dan sepatutnya berfikiran jauh dan perlu memikirkan kehidupan selepas bersara.

Ini kerana apabila sudah bersara, seseorang masih memerlukan wang untuk makan atau membeli barangan keperluan lain dan dalam usia tua nanti pelbagai penyakit pula yang akan datang dan kita perlu menyediakan wang secukupnya untuk menanggung kos perubatan.

Terbitan : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF untuk hari tua ANDA... 
Daftar  secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat

Tidak ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang memahami rancangan-rancangan ekonomi yang disusun kerajaan dalam negara berusaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Justeru walaupun program-program ekonomi yang diperkenalkan kerajaan seringkali dipaparkan media namun ia masih tidak mencapai objektif apabila masyarakat tidak memahaminya.

Sedar atau tidak ketika ini wujud jurang besar berkaitan pendapatan rakyat antara kumpulan isi rumah berpendapatan tinggi iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan rakyat dengan kumpulan berpendapatan rendah yang merangkumi 40 peratus keseluruhan rakyat.

Jurang pendapatan yang luas ini menimbulkan kebimbangan sekali gus menyebabkan kerajaan mempertimbangkan menangani kos sara hidup sebagai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

NKRA ini menyasarkan semua lapisan rakyat menikmati pendapatan tinggi tanpa menyisih mana-mana kumpulan masyarakat. Ini bermakna NKRA ini bagi meningkatkan pendapatan kira- kira 40 peratus rakyat yang masih hidup dalam kemiskinan.

Pun begitu usaha mencapai negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 bukanlah mudah dan ia merupaka satu tanggungjawab yang mencabar.

Ini lebih-lebih lagi kerana sistem ekonomi negara yang terbuka menyebabkan potensi menerima kesan krisis ekonomi global adalah tinggi dan mampu menjejaskan usaha negara untuk meningkatkan pendapatan rakyat. 

Antara kesan langsung yang boleh menimpa negara dan rakyat adalah peningkatan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. Jika keadaan ini berlaku yang menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana kerana mereka sudah tentu sukar untuk berhadapan dengan situasi ini. 

Dalam hal ini usaha menangani kos sara hidup secara mutlak merupakan satu tindakan yang sukar dicapai kerana keadaan ekonomi yang ada pasang surutnya. Bagaimanapun situasi kos sara hidup boleh dikawal supaya kesan yang menimpa adalah minimum.

Justeru, peningkatan kos sara hidup perlu dilihat bukan hanya sekadar mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan tetapi perlu mengambil kira persoalan sosial yang meliputi aspek keluarga dan masyarakat. 



Hakikatnya, kesukaran mencukupkan pendapatan tidak hanya menyebabkan kita tidak dapat menikmati barangan dan perkhidmatan yang diingini tetapi ia memberi kesan langsung kepada institusi keluarga termasuklah aspek pemakanan dan persekolahan anak-anak.

Transformasi yang dilakukan oleh kerajaan termasuk pemberian bantuan baucar pembelian buku dan mewujudkan kedai menjual barangan runcit dengan harga berpatutan perlu disambut dengan sikap matang oleh masyarakat.

Rakyat tidak seharusnya hanya berpeluk tubuh menunggu pertolongan dari pihak lain sebaliknya mereka juga perlu mengorak langkah bersama membuat perubahan dengan berbelanja secara terurus dan berhemah. 

Gaya hidup yang mahu memaparkan trend terkini sepatutnya dihentikan. Begitu juga budaya menunjuk-nunjuk dengan membeli gajet terkini sedangkan pada masa yang sama barangan tersebut adalah mahal dan pendapatan pula tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas.

Mungkin ada kalangan rakyat tidak sedar bahawa kos sara hidup bukanlah mengenai kenaikan harga barangan tetapi juga mengenai pengurusan pendapatan yang ada setiap bulan. Dalam hal ini kesedaran rakyat amat dituntut agar lebih memahai situasi ekonomi dan setiap langkah yang diambil oleh kerajaan pastinya bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak terbeban.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA