Menguruskan kewangan dengan bijak merupakan sesuatu amalan yang penting, apatah lagi apabila mendapat bonus pada hujung tahun. Bonus merupakan perkataan yang memberikan makna yang besar kepada warga kerja. Kadar bonus yang diterima adalah berbeza-beza mengikut pangkat, pengalaman bekerja, tempoh bekerja dan juga prestasi pekerja tersebut. Pastinya semua orang mempunyai kaedah pengurusan kewangan tersendiri apabila menerima bonus. Namun anda perlu mendisplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan betul dan bijak sebelum terlambat.
Antara panduan yang boleh digunakan dalam merancang kewangan adalah :
Pertama, menyimpan dahulu. Biasanya, sebelum mendapat bonus, pastinya pelbagai perkara telah difikirkan untuk membelanjakan wang tersebut. Mungkin ada yang ingin membeli kereta baru, mengubah suai rumah, membeli-belah, pergi melancong, beli barang keperluan anak dan sebagainya. Cara yang paling berkesan dalam pengurusan kewangan adalah menyimpan sebahagian daripada wang bonus itu sebelum berbelanja. Anda dinashatkan supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10-15 peratus daripada bonus yang ada terima.
Keduanya ialah menyimpan untuk keperluan kecemasan anda. Anda dinasihatkan untuk menggunakan wang bonus yang baru diterima untuk mewujudkan satu dana kecemasan bagi memastikan anda mampu terus menjalankan kehidupan seperti biasa biarpun ditimpa sebarang keadaan tidak diingini. Anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus untuk dana kecemasan bagi menampung kos perbelanjaan kecemasan.
Ketiga adalah membeli aset. Secara amnya, aset ialah apa sahaja yang dimiliki dan memberi nilai tambah kepada kewangan anda, sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka masa pendek. Contoh aset yang boleh bertambah nilainya ialah rumah, emas, berlian dan hartanah.
Keempat adalah menglangsaikan hutang anda. Apabila anda mempunyai wang yang berlebihan, anda seharusnya menggunakan secara bijak dengan menglangsaikan segala hutang yang sedia ada. Anda boleh melangsaikan semua hutang tersebut atau mengurangkan jumlah hutang dengan membayar melebihi daripada kadar bayaran bulanan. Dengan melangsaikan atau mengurangkan tanggungan hutang, anda dapat mempercepat tempoh pembayaran, sekali gus menjadikan anda bebas daripada beban kewangan. Langsaikan dahulu hutang yang mengenakan caj faedah tinggi seperti kad kredit dan sebagainya.
Kelima adalah sebahagian daripada wang bonus itu digunakan untuk membuat pelaburan, iaitu skim pelaburan yang sah. Pastikan anda menerima segala maklumat penting mengenai pelaburan yang anda ingin ceburi dan syarikat yang menguruskan pelaburan itu. Anda dinasihatkan supaya membuat analisis terhadap syarikat pelaburan sebelum melabur dalam skim pelaburan tersebut.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources