Dalam kehidupan berumahtangga malah sebelum daripada itu lagi, soal kewangan sememangnya akan sentiasa berlegar-legar di minda kita. Namun, walaupun begitu, masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan rumahtangga.
Pada pertemuan kali ini, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi sedikit panduan agar anda lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan berbanding kehendak agar hidup berkeluarga anda tidak terjejas dengan soal kewangan di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.
(1) Pendapatan tetap dan tambahan - Dewasa ini, ramai isteri yang dilihat keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak dinafikan, harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup dengan mempelajari selok belok perniagaan dan memasarkannya di internet yang dianggap lumayan.
(2) Agihan duit pendapat - Sekiranya kita sudah menerima duit gaji daripada majikan, sila segera mengagihkan duit tersebut untuk bayaran-bayaran tertentu. Jangan sesekali kita gunakan duit selagi kita belum memperuntukan bayaran seperti ansuran rumah, bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya. Jika tidak, kita akan rasa terbeban untuk membayar dikemudian hari.
(3) Berjimat dalam berbelanja - Untuk berjimat dalam berbelanja, elok jika anda merancang dalam soal pembelian barangan baik di pasar biasa mahupun di pasar raya. Ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan terlebih dahulu senarai barang yang mahu dibeli. Dengan cara ini, kita dapat mengatasi masalah lebihan belanja. Tambahan pula, dengan adanya senarai barang ini, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan nafsu kita daripada membeli barang yang tidak perlu. Selain itu, kita juga boleh melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM1-RM2 bagi setiap barang, itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan wang tadi boleh disimpan.
(4) Menabung - Simpanan seperti pelaburan seperti emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang. Namun begitu, menabung juga boleh dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM100, RM200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sesebuah keluarga itu. Amalan menabung ini sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dikemudian hari.
Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources