Setiap individu seharusnya berfikir dengan mendalam berkaitan aspek simpanan kewangan sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas bersara. Persediaan ini perlu dilakukan seawal sebelum berumur 30 tahun agar simpanan yang dibuat membolehkan seseorang hidup dengan selesa tanpa bergantung kepada orang lain.
Realitinya jika seseorang berfikir bahawa lambat lagi mereka akan menghadapi tempoh persaraan dan ketika mereka bersara mereka mampu mengumpulkan sejumlah wang, tanggapan itu ternyata salah.
Walaupun persaraan seperti dilihat masih jauh lagi tetapi sebenarnya tidak. Kajian menunjukkan selepas bersara, kebanyakan pesara akan hidup selama 20 hingga 25 tahun lagi tanpa sebarang pendapatan.
Pada masa kini pesara swasta bergantung sepenuhnya dengan simpanan yang mereka lakukan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Purata simpanan seseorang ahli KWSP adalah RM100,000 apabila mencapai usia 54. Bagaimanapun, sebahagian besar pesara didapati menghabiskan keseluruhan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.
Setiap individu perlu memikirkan bahawa purata jangka hayat rakyat Malaysia kini semakin panjang iaitu 78 tahun untuk lelaki dan 83 tahun untuk wanita. Jika kiraan adalah tepat bahawa simpanan KWSP mereka akan habis dalam tempoh 10 tahun selepas bersara, bagaimana mereka mampu membiayai kehidupan selepas itu.
Selain daripada jumlah simpanan yang mencukupi sebagai bekalan menyambung hidup selepas bersara pelbagai faktor juga perlu diteliti bagi memastikan simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan selepas alam pekerjaan.
Ini termasuk mengambil kira isu berkaitan inflasi dan peningkatan kos sara hidup pada masa hadapan berikutan kenaikan harga barangan.
Turut perlu difikirkan adalah mengenai kos perubatan yang perlu seseorang tanggung selepas alam pekerjaan. Adakah simpanan yang ada cukup untuk membiayai perubatan sekiranya seseorang pesara itu sakit?
Adalah merupakan satu fakta bahawa semakin seseorang tua semakin memerlukan rawatan perubatan. Dalam masa yang sama kos perubatan pula semakin meningkat. Situasi ini akan menyebabkan seseorang pesara berhadapan dengan kesulitan kewangan untuk membiayai rawatan perubatan sekiranya tidak mempunyai simpanan yang cukup dan tidak mempunyai insurans perubatan.
Ternyata bahawa mengharapkan simpanan KWSP semata-mata sebagai talian hayat selepas bersara adalah tidak memadai. Justeru seseorang individu perlu mempunyai perancangan untuk menambah simpanan.
Sikap suka menabung atau menyimpan adalah antara tindakan yang boleh diambil bagi menambah simpanan untuk kegunaan selepas bersara. Sepatutnya setiap individu harys menyimpan sebahagian pendapatan bulanan dan tidak membelanjakan tabung tersebut untuk kegunaan hari tua.
Seseorang individu harus membahagikan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan yang perlu seperti hutang rumah dan kereta, insuran, makanan, pengangkutan dan lain-lain. Kemudian tentukan jumlah yang akan disimpan setiap bulan.
Mempelbagaikan saluran simpanan adalah satu keputusan yang bijak dengan menyimpan wang dalam simpanan tetap dalam institusi kewangan terkemuka atau melabur dalam saham amanah.
Pembelian insuran juga tindakan yang strategik dalam memberikan perlindungan sepanjang hayat berkaitan kemalangan, perubatan, endowmen dan juga pendidikan untuk anak-anak. Dengan pembelian insuran seseorang tidak perlu menggunakan wang simpanan KWSP bagi tujuan berkenaan.
Persaraan dan perancangan kewangan memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan disiplin. Menabung ketika memulakan kerjaya pada usia muda akan memudahkan dan mengurang beban pada kemudian hari.
Terbitan : Persatuan Kelematan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources