Bagaimana memilih pelan takaful perubatan terbaik untuk kesejahteraan keluarga kita? Sudut pertama untuk pertimbangan ialah kesahihan patuh syariah syarikat takaful itu sendiri. Ini kerana ada syarikat takaful yang lahir dari syarikat induk yang memang mempunyai urus niaga riba. Syarikat induk ini boleh menjadi syarikat insurans konvensional.
Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman dalam satu tulisannya yang memberi penjelasan berikut :
(a) Wang itu sendiri adalah 'tidak haram' dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi 'haram' disebabkan oleh jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat).
(b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal daripada sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.
Sekarang mari kita lihat sudut kedua pula iaitu ciri pelan pula. Memandangkan ada pelbagai pembungkusan, pelbagai syarikat dan puluhan cara persembahan ejen-ejen, saya percaya soalan-soalan berikut boleh membezakan intan dengan kaca di samping memilih produk mana yang sesuai dengan poket anda.
(1) Adakah kad perubatan tersebut ada JAMINAN PEMBAHARUAN atau sekadar PEMBAHARUAN TAHUNAN sahaja?
(2) Apakah perbezaan antara kad perubatan STANDALONE dan kad perubatan sebagai penambahan (rider) di dalam pelan utama?
(3) Jika upgrade bilik biasanya kena ada bayaran tambahan, fahamkah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI?
(4) Adakah terdapat MANFAAT PAYOR / CONTRIBUTOR di dalam pelan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda diagnosis penyakit kritikal?
(5) Apakah HAD atau pengecualian berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan di hospital?
(6) HAD-HAD dan pengecualian untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser?
(7) TEMPOH PELAN BERKUATKUASA - jenis jangka panjang atau jangka pendek?
(8) Kadang-kadang ada kad yang dikeluarkan secara 1st PARTY atau 3rd PARTY?
(9) Faham PERBEZAAN antara 3 dalam 1 dan pelan 2 + 1?
Pelanggan perlu bijak dan ejen juga perlu berintegriti. Pelanggan yang bijak tidak akan bergantung kepada ejen semata-mata. Si pelanggan perlu sedar ejen juga perlu memberi perkhidmatan berkualiti kepada lain-lain pelanggan beliau yang mencetus ratusan orang. Oleh itu saya cadangkan agar semua pemegang polisi tidak kira takaful atau konvensional membaca ebook saya 'Rahsia Mengurus Insurans Hayat' yang menjelaskan perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan atau tidak disedari ejen anda. SMS @ emel saya untuk mendapat jalan bagaimana membaca 50 helai muka surat pertama secara percuma.
Bagi saya pertimbangan bajet sangat penting iaitu pastikan benar-benar mampu dan sekitar lima hingga 10 peratus daripada pendapatan anda dahulu. Polisi terbaik bukannya polisi hebat yang ada segala-galanya, tetapi selepas tiga bulan sudah tidak larat membayar. Lebih selamat polisi kecil dahulu tetapi tidak merimaskan bajet. Bila anda perlu ada juga payung biarpun payung kecil. Bila ada wang nanti boleh beli payung besar.
Seorang ejen yang amanah akan menerangkan sepenuhnya mengenai pelan yang diambil oleh pelanggan (apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi) manakala pelanggan pula perlu beramanah dalam mendedahkan maklumat kesihatan yang diperlukan. Semua syarikat takaful yang beroperasi diselia di bawah Bank Negara Malaysia dan perlu patuh dengan syarat-syarat yang ketat.
Sumber : Majalah Wanita (November 2015)
Tulisan : Sunthara Segar
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources