Masih ramai yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insurans walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua,‘malang tidak berbau'.
Kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda dan sihat, diserang sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.
Mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.
Ada pelbagai insurans yang ditawarkan antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.
lnsurans yang popular di kalangan pelanggan adalah insurans pendidikan dan hayat.
Jika di takaful yang mengamalkan pelaburan secara lslamik, insurans hayat lebih dikenali sebagai insurans keluarga. Namun kedua-duanya sama saja. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyal unsur riba tapi sekarang, hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful.
Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan méreka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga periindungan serta simpanan. lnsurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.
Manakala insurans berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.
Beliau berkata, bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
Contohnya ada syarikat yang membayar sehingga RM1O0 bagi satu hari jika pelanggannya tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.
Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya, yang sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga sudah tiada. Pelanggan juga digalak mengambil insurans pendidikan untuk anak- anak kerana kos pengajlan yang semakin tinggi sekarang ini.
Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka dan apabila sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000.
Ada pelbagai jenis insurans tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai.
Tanpa kita sedari, mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak dan seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insurans jika berkemampuan kerana lebih banyak lebih baik.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources