Kemahiran Insaniah (KI) atau soft skills kini sering disebut-sebut sebagai elemen penting bagi graduan supaya terus berdaya saing dan berkebolehan untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Elemen itu ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan.
Selain berusaha ‘mempromosi' diri kepada majikan, seseorang graduan juga perlu sedar dunia sebenar di luar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus menerusi sesi kuliah di tempat pengajian masing-masing.
Lazimnya sesudah menamatkan pengajian, graduan biasanya hanya akan memikirkan sama ada untuk menyertai sektor swasta atau kerajaan.
Bagi mereka yang ingin kerja kerajaan, graduan hanya tahu ia satu pekerjaan 'makan gaji' dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai bentuk atau gred dalam skim kerajaan.
Sebelum mereka keluar universiti, perkara ini mesti difahami terlebih dulu kerana ia bukan dapat dipelajari dan diperoleh dalam kuliah.
Kurangnya penguasaan KI di kalangan graduan dapat dilihat secara jelas menyebabkan mereka mudah ‘terkapai-kapai' apabila tibanya masa untuk melakukan tugas pertama di alam pekerjaan nanti.
Sebagai contoh, mereka yang ingin menjalankan perniagaan, terus ‘terjun' saja tanpa dilengkapi dengan apa-apa pengetahuan asas seperti kemahiran berniaga atau modal kepimpinan untuk mengendalikan sebuah perniagaan.
Mereka ini perlu ada daya ketahanan tinggi selain menyediakan diri untuk berdepan dengan dunia luar.
Berbekalkan ketahanan itu juga, graduan perlu menyahut cabaran dengan menyertai sektor pekerjaan di luar negara yang turut menawarkan peluang kepada mereka.
Masih tidak ramai di kalangan graduan yang berani untuk ke pasaran pekerjaan antarabangsa. Sifat itu dilihat masih kurang di kalangan mereka.
Profesion sebagai jururawat mampu menawarkan peluang cerah apabila banyak peluang yang boleh direbut graduan untuk bekerja di luar negara.
Di negara Timur Tengah umpamanya, menjanjikan prospek cerah jika graduan kejururawatan itu sendiri berani untuk mencuba.
Adalah digalakkan pencari kerja termasuk graduan tempatan untuk mendapatkan pekerjaan bukan saja di dalam malah juga luar negara sebagai langkah mengatasi masalah pengangguran.
Antara negara menjadi pilihan pekerja kita ialah Singapura, New Zealand, Korea Selatan, Australia, Jepun, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Tips Untuk Bersaing
(1) KEMAHIRAN insaniah penting bagi graduan supaya terus berdaya saing dan berkebolehan untuk menghadapi dunia pekerjaan.
(2) ELEMEN itu ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.
(3) SELAIN berusaha ‘mempromosi' diri kepada majikan, seseorang graduan juga perlu sedar dunia sebenar di luar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus menerusi sesi kuliah di tempat pengajian masing-masing.
(4) GRADUAN perlu ada daya ketahanan tinggi selain menyediakan diri berdepan dengan dunia luar.
(5) BERBEKALKAN ketahanan itu juga, graduan perlu menyahut cabaran dengan menyertai sektor pekerjaan di luar negara yang turut menawarkan peluang kepada mereka.
(6) PROFESION dalam bidang kejururawatan mampu menawarkan peluang cerah apabila banyak peluang yang boleh direbut graduan untuk bekerja di luar negara.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources