Berita Panas

Total Pageviews

Kemahiran Insaniah Modal Bersaing


Kemahiran Insaniah (KI) atau soft skills kini sering disebut-sebut sebagai elemen penting bagi graduan supaya terus berdaya saing dan berkebolehan untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Elemen itu ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan.

Selain berusaha ‘mempromosi' diri kepada majikan, seseorang graduan juga perlu sedar dunia sebenar di luar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus menerusi sesi kuliah di tempat pengajian masing-masing. 

Lazimnya sesudah menamatkan pengajian, graduan biasanya hanya akan memikirkan sama ada untuk menyertai sektor swasta atau kerajaan. 

Bagi mereka yang ingin kerja kerajaan, graduan hanya tahu ia satu pekerjaan 'makan gaji' dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai bentuk atau gred dalam skim kerajaan.

Sebelum mereka keluar universiti, perkara ini mesti difahami terlebih dulu kerana ia bukan dapat dipelajari dan diperoleh dalam kuliah.

Kurangnya penguasaan KI di kalangan graduan dapat dilihat secara jelas menyebabkan mereka mudah ‘terkapai-kapai' apabila tibanya masa untuk melakukan tugas pertama di alam pekerjaan nanti.

Sebagai contoh, mereka yang ingin menjalankan perniagaan, terus ‘terjun' saja tanpa dilengkapi dengan apa-apa pengetahuan asas seperti kemahiran berniaga atau modal kepimpinan untuk mengendalikan sebuah perniagaan.

Mereka ini perlu ada daya ketahanan tinggi selain menyediakan diri untuk berdepan dengan dunia luar. 

Berbekalkan ketahanan itu juga, graduan perlu menyahut cabaran dengan menyertai sektor pekerjaan di luar negara yang turut menawarkan peluang kepada mereka.

Masih tidak ramai di kalangan graduan yang berani untuk ke pasaran pekerjaan antarabangsa. Sifat itu dilihat masih kurang di kalangan mereka. 

Profesion sebagai jururawat mampu menawarkan peluang cerah apabila banyak peluang yang boleh direbut graduan untuk bekerja di luar negara. 

Di negara Timur Tengah umpamanya, menjanjikan prospek cerah jika graduan kejururawatan itu sendiri berani untuk mencuba.

Adalah digalakkan pencari kerja termasuk graduan tempatan untuk mendapatkan pekerjaan bukan saja di dalam malah juga luar negara sebagai langkah mengatasi masalah pengangguran.

Antara negara menjadi pilihan pekerja kita ialah Singapura, New Zealand, Korea Selatan, Australia, Jepun, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tips Untuk Bersaing 

(1) KEMAHIRAN insaniah penting bagi graduan supaya terus berdaya saing dan berkebolehan untuk menghadapi dunia pekerjaan.

(2) ELEMEN itu ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.

(3) SELAIN berusaha ‘mempromosi' diri kepada majikan, seseorang graduan juga perlu sedar dunia sebenar di luar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus menerusi sesi kuliah di tempat pengajian masing-masing.

(4) GRADUAN perlu ada daya ketahanan tinggi selain menyediakan diri berdepan dengan dunia luar. 

(5) BERBEKALKAN ketahanan itu juga, graduan perlu menyahut cabaran dengan menyertai sektor pekerjaan di luar negara yang turut menawarkan peluang kepada mereka.

(6) PROFESION dalam bidang kejururawatan mampu menawarkan peluang cerah apabila banyak peluang yang boleh direbut graduan untuk bekerja di luar negara.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Persiapan Hadapi Kesusahan



Masih ramai yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insurans walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua,‘malang tidak berbau'.

Kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda dan sihat, diserang sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.

Mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.

Ada pelbagai insurans yang ditawarkan antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

lnsurans yang popular di kalangan pelanggan adalah insurans pendidikan dan hayat.

Jika di takaful yang mengamalkan pelaburan secara lslamik, insurans hayat lebih dikenali sebagai insurans keluarga. Namun kedua-duanya sama saja. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyal unsur riba tapi sekarang, hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful.

Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan méreka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga periindungan serta simpanan. lnsurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.

Manakala insurans berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.

Beliau berkata, bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Contohnya ada syarikat yang membayar sehingga RM1O0 bagi satu hari jika pelanggannya tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.

Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya, yang sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga sudah tiada. Pelanggan juga digalak mengambil insurans pendidikan untuk anak- anak kerana kos pengajlan yang semakin tinggi sekarang ini.

Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka dan apabila sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000.

Ada pelbagai jenis insurans tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai. 

Tanpa kita sedari, mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak dan seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insurans jika berkemampuan kerana lebih banyak lebih baik.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Rumah Lelong - Murah & Jimat



Setiap hari banyak notis lelongan rumah serta hartanah disiarkan di akhbar dan pasti menarik ramai orang, terutama mereka yang bercadang membeli rumah atau untuk tujuan pelaburan.

Rumah atau hartanah yang dilelong biasanya lebih murah berbanding harga pasaran semasa tetapi mungkin keadaan rumah atau bangunan terbabit tidak begitu sempurna dan banyak kerosakan kerana lama dibiarkan kosng.

Selain di akhbar, iklan atau notis lelongan awam hartanah juga dipamerkan di bank yang membiayai pinjaman hartanah terbabit atau di pejabat agensi lelongan.

Kebiasannya sesebuah rumah atau hartanah dilelong kerana pemiliknya gagal menjelaskan pinjaman bank tetapi ada juga pemilik meminta agensi pelelong menjual rumah mereka kerana sebab tertentu termasuk faktor masa.

Ada rumah yang dilelong serendah RM12,000 (berdasarkan lokasi dan jenis rumah) dan kebanyakan hartanah yang dilelong biasanya lebih murah 40 peratus berbanding harga pasaran semasa.

Selain itu, membeli rumah lelong boleh mengelak risiko menjadi mangsa projek terbengkalai kerana hartanah itu sudah siap dibina, lengkap dengan dokumen serta kemudahan pinjaman kepada bakal pembeli baru dan mungkin ada yang menawarkan pakej menarik.

Selain harga, bakal pembeli perlu menilai lokasi hartanah terbabit, jenis pegangan tanah, bayaran tunggakan yang mungkin ada seperti cukai pintu dan cukai tanah serta kenapa rumah berkenaan dilelong dan jika perlu, dapatkan nasihat peguam mengenai keperluan yang perlu ada bagi membeli hartanah lelong bagi memudahkan urusan.

Bakal pembeli perlu menyediakan antara lima hingga 10 peratus daripada harga lelongan yang perlu dijelaskan pada hari lelongan manakala bakinya dalam tempoh tertentu supaya pembeli menyelesaikan urusan pinjaman. Bayaran deposit yang rendah ini membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Rumah lelong juga sesuai untuk mereka yang berminat membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Walau bagaimanapun pembeli seharusnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum mula membida.

Bagi mereka yang ingin membeli rumah kedua, rumah lelong adalah yang paling sesuai kerana ia dijual pada harga yang berpatutan.

Tip cara membeli rumah lelong

(1) Sebelum membeli harta berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah terbabit. Lawati harta berkenaan dan pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

(2) Berhubung dengan pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.

(3) Selain itu, anda mungkin wajar meninjau sendiri hartanah itu dan mengambil gambar harta berkenaan dan datang di tempat lelongan pada masa yang ditetapkan.

(4) Pada hari lelongan. pembida diwajibkan membawa bersama 10 peratus daripada harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek tidak diterima.

(5) Pembida juga perlu membawa kad pengenalan asal dan dua salinan.

(6) Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

(7) Jika hartanah itu berstatus Bumiputera, hanya hanya golongan itu boleh menyertai lelongan.

(8) Wakil juga mesti membawa sedikit wang tambahan untuk membayar antar 10 peratus harga perbezaan pembelian dengan 10 peratus harga rizab (kena tambah) dan tandatangan kontrak jualan


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Fahami Surat Perjanjian Jual Beli


Surat perjanjian jual beli (S&P) perlu difahami dengan jelas agar tiada masalah yang timbul dalam proses pembelian hartanah.

S&P adalah dokumen perundangan yang dimeterai dan dipersetujui kedua-dua pihak iaitu pembeli dan pemaju. Ia adalah seragam dan setiap pemaju dikehendaki mematuhinya. Ini selaras Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989.

Dalam terma S&P termaktub, sekianya pemaju tidak mematuhinya, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh itu perkara, penting dalam S&P yang perlu diambil kira oleh pembeli ialah 'preamble' syarat tanah dan bebanan harga dan jadual pembayaran pinjaman.

Dalam 'preamble', pemaju dikehendaki mencatatkan nombor lesen pemaju perumahan, nombor permit iklan dan jualan, perihal hak milik, PT no, bahagian, mukim, daerah, negeri dan keluasan serta nama pemaju dan alamat keluasan lot yang dijual.

Antara tips lain untuk memahami S&P adalah Syarat Tanah dan Bebanan yang merujuk kepada persetujuan pemaju menjual harta berkenaan bebas daripada apa-apa bebanan seperti syarat pertanian, perindustrian atau bangunan.

Justeru, pembeli perlu memastikan harta (status tanah) ditukar kepada kategori perumahan serta bebas daripada syarat nyata atau tersirat atau sekatan pada tarikh S&P ditandatangani.

Selain itu, pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa bebanan terhadap tanah berkenaan selepas tarikh penyempurnaan S&P tanpa mendapat kelulusan terlebih dulu daripada pembeli. Dengan kata lain, pemaju mengaku janji bahawa harta itu bebas daripada bebanan sebelum penyerahan pemilikan kosong bangunan tersebut kepada pembeli.

Kemudian, Harga dan Jadual Bayaran Harga Jualan iaitu harga dicatatkan dalam S&P dan jadual bayaran kemajuan ditetapkan dalam Jadual Ketiga S&P.

Jadual pembayaran pembeli kepada pemaju adalah seperti 10 peratus daripada harga rumah perlu dibayar selepas selesai S&P ditandatangani.

Apabila menerima notis bertulis daripada pemaju bersama surat pengesahan arkitek, pembeli (dalam tempoh 14 hari) perlu membayar mengikut peringkat bermula 10 peratus pertama sehingga rumah siap sepenuhnya dan bayaran 15 peratus pula apabila kerja melepa dalam dan luar (5 peratus akan dipegang oleh peguamcara penjual sebagai pemegang tangan untuk bayaran kepada penjual.

2.5 peratusnya akan dibayar setelah tamat tempoh enam bulan setelah pemilikan kosong dan 2.5 peratus lagi dibayar setelah tamat tempoh 18 bulan selepas penyerahan pemilikan kosong.

Akhir sekali berkenaan, pinjaman untuk membeli harta atau rumah. Sekiranya pembeli bukan kakitangan kerajaan dan berhasrat memperoleh pinjaman bagi membiayai pembelian rumah yang diriskan pihak pemaju, pembeli hendaklah membuat permohonan bertulis kepada pemaju dalam tempoh 14 hari selepas menerima salinan surat perjanjian yang bersetem.

Pemaju hendaklah berusaha memperoleh pinjaman bagi pembeli daripada bank, syarikat kewangan, persatuan pembinaan atau institusi kewangan.

Jika pembeli gagal bersetuju menerima pinjaman atau ingkar mematuhi kehendak yang perlu atau hilang kelayakan yang mengakibatkan pinjaman ditarik balik oleh pembiaya mengikut masa berkenaan, pembeli tetap bertanggungjawab membayar kepada pemaju semua harga beli atau mana bahagian yang mana belum dijelaskan.

Sekiranya pemaju tidak berjaya memperoleh pinjaman bagi pembeli, pemaju hendaklah memberitahu dalam masa 14 hari selepas penerimaan pemberitahuan penolakan pinjaman terbabit. Pemaju tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang berlaku kepada pembeli dan kegagalan  memperoleh pinjaman tidak boleh dijadikan alasan untuk lewat membayar ansuran harga beli pada tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

Bagi kakitangan kerajaan (rujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995) yang berhasrat memperoleh pinjaman Kerajaan Persekutuan/Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanunhendaklah memberitahu pemaju secara bertulis mengenainya dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan salinan surat perjanjian yang bersetem dan pembeli hendaklah melakukan segala tindakan dan perkara yang perlu bagi mendapatkan pinjaman itu.

Sekiranya pembeli gagal mendapat pinjaman, pembeli tetap bertanggungjawab membayar kepada pemaju kesemua harga beli atau mana-mana bahagiannya yang pada masa itu masih belum dijelaskan.

Panduan untuk bakal pembeli rumah

(1) Pastikan pemaju perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.
(2) Pastikan rumah mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.
(3) Pastikan status tanah sama ada hak milik kekal, pajakan atau rizab Melayu.
(4) Pastikan spesifikasi bahan binaan rumah.
(5) Pastikan luas bangunan kemudahan / perkhidmatan disediakan atau berdekatan.
(6) Pastikan tarikh projek perumahan dijangka siap.
(7) Pastikan harga jualan setiap jenis rumah.
(8) Pastikan bayaran perkhidmatan selepas rumah siap (jika ada).

Antara hak dan kepentingan pembeli dalam Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P)

(1) Bayaran pertama - Pembeli perlu menandatangani S&P pada bayaran pertama demham 10 peratus harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan S&P adalah sama tarikhnya. Untuk makluman, pemaju tidak boleh mengutip sebarang bayaran tanpa S&P.

(2) Perakuan arkitek - Pastikan sebarang tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong perakuan ditandatangani arkitek atau jurutera pemaju bertauliah.

(3) Tempoh pemilikan kosong - Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa


Bukan semua orang mempunyai wang mencukupi untuk membeli rumah sendiri terutama mereka yang baru mula bekerja. Sama ada tidak mempunyai simpanan sendiriataupun caruman akaun 2 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi untuk membayar 10 atau 20 peratus daripada nilai rumah yang ingin dibeli.

Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menyewa ditambah pula jika tinggal di bandar besar.

Mengikut trend semasa, nilai sewaan bagi rumah bertanah adalah tinggi berbanding rumah bertingkat, tidak kira pangsapuri atau pun rumah pangsa.

Ketika ini, pasaran sewaan bagi rumah berkembang pesat terutama di bandar besar. Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun di tiang lampu di tepi jalan, begitu banyak yang memberi pilihan untuk membeli dan menyewa rumah, siap dengan harga sekali.

Bercakap mengenai keistimewaan rumah sewa, biasanya bagi kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, ia menyediakan perkhidmatan yang baik seperti khidmat kawalan keselamatan 24 jam untuk menjamin keselamatan dan keselesaan, di samping mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat untuk mereka yang menetap berseorangan.

Sementara bagi rumah bertanah seperti rumah teres pula. ia memudahkan penyewa terutamanya bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai kerana faktor keselesaan serta persekitaran yang lebih sihat untuk membesarkan anak.

Namun, ada juga masalah bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa rumah kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman cerewet yang menetapkan pelbagai syarat.

Antaranya seperti berkahwin,agama,lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat termasuk jumlah mereka menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.

Bila menyewa pula, trend semasa yang sering diguna pakai oleh pemilik rumah sewa ialah mereka mensyaratkan `undang-undang' 2 + 1, yang mana istilahnya bermakna perlu menyediakan deposit dua bulan dan sebulan untuk pembayaran sewa penginapan bulan pertama.

la tidak termasuk dengan caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelenggaraan dan caj awal tempat letak kereta. Justeru adalah penting bagi penyewa memahami perjanjian sewa kediaman Sebelum memasuki rumah, bimbang dimanipulasi atau kurang kefahaman mengenai perjanjian berkenaan.

Langkah pemilik kediaman menyediakan perjanjian sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Hakikatnya, tuan rumah tidak semudah begitu saja menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa pembersih, menjaga harta benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.

Justeru, adalah penting bagi setiap urusan menyewakan rumah di antara pemilik dan penyewa perlu dilengkapi dengan dokumen penting seperti surat perjanjian untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Antara dokumen yang diperlukan adalah borang laporan kerosakan dan borang permohonan sewa.

Selain itu, kita juga peru menyertakan nombor telefon penting dan notis berpindah keluar di samping perjanjian pengesan aliran tunai hartanah, senarai inventori, senarai semak hartanah dan senarai pindah masuk serta surat selamat menyewa.

Perubahan gaya hidup seseorang banyak bergantung dengan jenis kediaman yang dipilih mereka.

Mungkin bagi si bujang, rumah jenis flet, pangsapuri dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami.

Tambahan, di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekaligus membataskan pilihan untuk memilih kediaman yang selesa pada harga lebih murah.

Antara dokumen yang diperlukan di antara penyewa dan pemilik rumah

(1) Borang Laporan Kerosakan
(2) Borang Permohonan Sewa
(3) Nombor Telefon Penting
(4) Notis Berpindah Keluar
(5) Pengesan Aliran Tunai Hartanah
(6) Senarai Inventori
(7) Senarai Semak Hartanah
(8) Senarai Pindah Masuk
(9) Surat Selamat Menyewa


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA