Tips Bijak Membeli Belah
- Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik/kompos dan tanpa racun serangga perosak).
- Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
- Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran).
- Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ia mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.
- Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
- Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas'styrofoam' yang tidak boleh lupus.
- Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
- Rancang tempat untuk membeli-belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.
- Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
- Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
- Sewa/pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
- Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.
- Bawa beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
- Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
- Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
- Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
- Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
- Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
- Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel 'Energy Star' yang menjimatkan tenaga serta wang.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources