(1) Bawa beg sendiri
Bawa beg sendiri dari rumah untuk mengisi barangan yang akan dibeli. Beg plastik di kedai atau pasar raya tidal mesra alam dan tidak boleh dibiogredasikan.
(2) Bandingkan harga
Bandingkan harga antara kedai-kedai runcit dan membeli di tempat yang anda dapati harga dan kualiti yang terbaik.
(3) Bawa makanan dari rumah
Sediakan dan bawa bekalan makanan dari rumah ke tempat kerja atau sekolah. Makanan ini lebih menyihatkan dan menimatkan jika dibandingkan dengan membeli makanan di luar.
(4) Matikan suis
Matikan suis dan tanggalkan plag dari televisyen dan peralatan elektrik yang lain apabila tidak digunakan. Peralatan elektrik menggunakan 10% sehingga 60% sumber tenaga apabila ditutup tetapi masih diplagkan.
(5) Simpan bahan yang boleh dikitar semula
Anda boleh simpan/kutip kertas. tin atau bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula.
(6) Pilih barangan tanpa jenama
Pilih barangan tanpa jenama berbanding dengan barangan berjenama. Dengan cara ini anda boleh berjimat sehingga 30% dalam perbelanjaan anda.
(7) Guna lampu jimat tenaga
Anda digalakkan menggunakan lampu kalimantang. Lampu jenis ini menggunakan 1/4 tenaga elektrik dan mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.
(8) Guna bakul semasa membeli belah
Gunakan bakul dan bukannya troli di pasaraya. Ini akan mengurangkan perbelanjaan anda.
(9) Beli secara tunai
Beli dengan tunai dan bukannya dengan kad kredit. Anda boleh mengawal perbelanjaan anda. Anda hendaklah sentiasa berhati-hati ketika menggunakan kad kredit.
(10) Berfikir sebelum beli
Tunggu selama 24 jam sebelum memutuskan untuk membeli barang yang mahal. Jangan sekali-kali menerima tekanan penjual untuk membuat keputusan serta-merta.
(11) Sediakan senarai barangan
Rancang perbelanjaan anda dengan menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli. Pastikan anda mematuhi senarai ini..
(12) Sokong petani tempatan
Beli tanaman keluaran tempatan. Ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menyokong kehidupan petani tempatan.
(13) Sediakan bajet
Awasi pendapatan dan perbelanjaan anda. Anda harus menyediakan bajet bulanan. Pastikan anda mengikutnya.
(14) Jimatkan air
Jimatkan penggunaan air. Menuai air hujan untuk menyiram tanaman di rumah, mencuci kereta atau kegunaan bilik air.
(15) Tanam sendiri
Tanam sayur-sayuran atau buah-buahan di kawasan halaman rumah anda.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources