Kuala Lumpur : Pemilikan hartanah Bumiputera di Pulau Pinang tidak mencapai 30 peratus seterusnya membuktikan tahap pelaksanaan Pengurusan Kuota Bumiputera (PKB) kurang memuaskan selain wujud beberapa kelemahan lain.
Perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siril yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam menunjukkan kerajaan Pulau Pinang gagal melaksanakan penetapan kuota Bumiputera 30 peratus bagi setiap projek perumahan dilaksanakan.
Beliau berkata, ada kelemahan lain dikesan dalam pengauditan iaitu status pembeli unit Bumiputera tidak disahkan, unit Bumiputera dijual kepada bukan Bumiputera sebelum kelulusan pelepasan dan akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang tidak dibelanjakan.
“Semakan juga mendapati ada kelemahan seperti pengiraan bayaran sumbangan pelepasan tidak tepat atau belum dijelaskan dan juga mengambil masa lama selain siji] kelayakan menduduki (OC) serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan tanpa surat sokongan.
“Laporan itu bertujuan menilai sama ada pengurusan kuota Bumiputera bagi projek perumahan diuruskan dengan cekap, berkesan dan mematuhi peraturan,” katanya.
Berikutan itu, Ketua Audit Negara menyarankan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pengurusan kuota Bumiputera dipertingkat.
Sementara itu, laporan sama turut menyatakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak melaksanakan pelan tindakan tadbir urus serta kawal selia perumahan kuota Bumiputera.
Laporan itu menyatakan 'Blue Print` tidak diperakukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diguna pakai secara menyeluruh kecuali membabitkan penetapan kadar kuota perumahan Bumiputera.
Malah, sekatan kepentingan seperti yang dinyatakan dalam surat hak milik bagi unit rumah kuota Bumiputera tidak dinyatakan dengan jelas demi mengawal serta sebagai jaminan pengekalan pemilikan.
“Hasil pemeriksaan audit juga mendapati pemulangan potongan harga Bumiputera dan denda yang dijalankan LPHS tidak diurus dengan baik," katanya.
Laporan itu mencadangkan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu memberi perhatian terhadap pengurusan kuota Bumiputera bagi projek perumahan swasta di negeri itu.
Walaupun secara keseluruhan prestasi unit adalah baik, namun ada beberapa kelemahan dari segi pengurusan bagi unit Bumiputera. Perkara sama turut dinyatakan dalam laporan audit membabitkan kawalan kuota Melayu untuk projek perumahan swasta di Melaka yang menyebabkan pelepasan kuota Melayu membabitkan enam pemaju melebihi sepatutnya.
Pengauditan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Melaka dan Lembaga Perumahan Melaka mendapati kelemahan itu memberi kesan kepada pegangan minimum 30 peratus hartanah kuota Melayu di luar bandar dan 10 peratus di kawasan bandar tidak dapat direalisasikan.
Sumber : Harian Metro (19 MEI 2016)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen