MNRB Holdings Bhd (MNRB), syarikat pegangan pelaburan dan subsidiari Permodalan Nasional Bhd (PNB) menganjurkan 'MNRB Ringgit Sawy' bagi memberi pendedahan awal mengenai kepentingan menabung serta kaedah pengurusan wang yang bijak kepada murid.
Program berkenaan diadakan untuk kira-kira 400 murid Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang berlangsung di Stadium Mini Tapah, di sini, semalam.
Melalui program itu, pelajar sekolah menengah dan rendah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang akan memberikan penekanan dalam aspek pengurusan wang sejak usia muda.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Mohd Din Merican berkata, MNRB Ringgit Savvy adalah platform untuk mereka memberikan galakan kepada pelajar untuk terus mengamalkan amalan menabung sejak dari usia muda.
Beri kesedaran kepada golongan muda
Beliau berkata, MNRB Ringgit Sawy adalah tangungjawab sosial korporat syarikat itu dan berharap aktiviti dijalankan bukan sahaja memberi keseronokan, malah dapat mendidik murid supaya bijak menguruskan hal berkaitan kewangan.
“Ini adalah kali keempat MNRB melaksanakan program ini di MSAM dan tujuannya bagi mem berikan kesedaran kepada golongan muda menabung untuk masa depan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Bagi menyemat sikap menabung dalam kalangan murid sekolah, MNRB turut menyumbang sebuah mural berkonsepkan 'Menabung Amalan Mulia' pada dinding utama di sekolah itu.
Perasmian mural itu disempurnakan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Idris Kechot bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Sasar penyertaan 1,000 pelajar
Dalam pada itu, Mohd Din berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan kira-kira 1,000 pelajar membabitkan pelajar menengah dan rendah setiap tahun menyertai Program MNRB Ringgit Savvy di lokasi penganjuran MSAM setiap tahun.
Sementara itu, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) dengan kerjasama Bahagian Penerbitan ASTRO mengedarkan sebanyak 1,500 unit buku kerja Oh My English! secara percuma kepada 582 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buyong Adil, di sini, semalam, sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016.
Seramai 5,000 pelajar secara keseluruhan menerima manfaat inisiatif pengedaran buku kerja Oh My English! dalam program kerjasama kali ketiga itu selepas diadakan Kangar, Perlis pada tahun 2014 dan di sibu, Sarawak, tahun lalu.
Pengetua SMK Buyong Adil, Natasha Chew Abdullah, berkata pihaknya teruja dengan sumbangan buku kerja yang disampaikan oleh Takaful IKHLAS kerana ia adalah cara terbaik untuk menarik pelaiar menguasai bahasa lnggeris tambahan pula kehadiran selebriti program itu yang mengendalikan permainan yang mempunyai mesej pembelajaran tersendiri.
Penolong Kanan Kokurikulum, Zaman Shah Md Noor, berkata SMK Buyong Adil adalah satu- satunya sekolah di daerah Batang Padang yang menubuhkan Kelab Pelaburan Bijak PNB 1Malaysia untuk pelajar mereka.
Katanya, kelab itu sudah wujud sejak 12 tahun lalu dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid adalah bekas pelajar sekolah berkenaan.
Sumber : Berita Harian (23/04/2016)
Tulisan : Shaarani Ismail & Asrizal Aris
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen