Kain rentang `Jualan Murah, Jualan Penghabisan Stok, Jualan Hebat, Jualan Harga Runtuh dan Jualan Merdeka' kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli-belah seluruh negara, bagaikan menggamit kedatangan pengguna khususnya wanita.
Bila kesempatan sebegini muncul, terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu sering tidak mampu mengawal nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri, dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar, apatah lagi apabila mempunyai kemudahan kad kredit.
Berbelanja mengikut kemampuan mungkin patut dijadikan pegangan kerana ia naluri dan keperluan hidup. Tetapi jika naluri berlebihan belanja dan membeli mendadak mengikut gerak hati tidak dibendung, sudah pasti pola perbelanjaan seseorang akan terjejas.
Kesannya, selain memudaratkan diri sendiri, keluarga juga boleh menjadi porak-poranda kelana keghairahan berbelanja menggunakan kad kredit itu boleh menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap hutang.
Keadaan boleh menjadi lebih parah jika seseorang itu diseret ke mahkamah dan diisytiharkan muñis akibat kegagalan melunaskan hutang.
Menurut perangkaan, hampir sembilan juta kad kredit dikeluarkan institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai tiga kad kredit.
Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka merugikut masa ditetapkan. Selebihnya pula gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah berbilion ringgit.
Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakannya juga adalah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.
Dengan kata lain, di sebalik kemegahann memiliki kad kredit. pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak dengan masalah hutang. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan. Semuanya berpunca daripada keghairahan membeli-belah sehingga semacam menjadi satu budaya terutama di kalangan warga kota dan bandar besar.
Mana tidaknya, pusat beli-belah menjerat perhatian pengguna dengan bentuk keselesaan yang merangkumi sistem hawa dingin dan sistem muzik yang diharap dapat menghibur hati si pembeli.
Malah ia menjanjikan pengguna dengan pelbagai muslihat jualan seperti potongan harga 50 atau 70 peratus, hadiah percuma, beli satu dapat satu serta membeli dan melancong percuma.
Jualan penghabisan stok, jualan musim perayaan dan jualan hujung tahun diadakan sepanjang tahun. Gawat atau tidak, ia terus diadakan. Ekonomi merudum atau tidak, orang ramai tetap dipujuk supaya berbelanja mewah.
Jika seseorang menarik keluar kad kredit dari dompet, tanggapan pertama orang yang melihat ialah pemilik kad itu berkedudukan dan bertaraf ekonomi tinggi.
Bukan itu saja, syarikat pengeluar kad kredit juga memancing dan menggoda pengguna dengan menawarkan diskaun terhadap barangan dan perkhidmatan di kedai yang mempunyai rangkaian kerjasama dagangan dengan syarikat pengeluar kad.
Akibat ghairah berbelanja, sering barang-barang yang dibeli tidak digunakan. Sebaliknya, ia menghidupkan suatu budaya membazir yang membahayakan dan merugikan.
Sememangnya, kita sedar bahawa gejala kad kredit menjadikan manusia sebuah masyarakat yang gemar berhutang dan meniru gaya hidup yang lebih tinggi daripada kemampuan.
Godaan pusat membeli-belah dan `gian' pembeli untuk membeli, jika tidak terkawal, akan hanya mewujudkan satu bentuk masyarakat yang bukan saja memuja kebendaan, malah membazir dan riak. Hakikatnya, hemat berbelanja akan menjadikan kita pembeli yang bijak. berekonomi. beretika dan berperibadi.
PANDUAN BERBELANJA MENGGUNAKAN WANG ATAU KAD KREDIT
1) Hadkan jumlah kad kredit dan tentukan sendiri had perbelanjaan bagi setiap kad yang kita miliki.
2) Tinjau dqu harga barangan sebelum membeli. Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.
3) Ketahuilah keperluan kita. Senaraikan nama dan harga lebih kurang barang-barang yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.
4) Jika kita tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-eloknya bawalah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat pilihan yang bijak.
5) Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elak daripada menggunakan troli kerana ia memancing kita untuk membeli yang bukan-bukan.
6) Pastikan barang keperluan bulanan dibeli mencukupi bagi mengelakkan selalu ke pasaraya yang akan menjejaskan jadual belanja.
7) Bagi mengelakkan diri kita `tergoda', usah berlegar-legar di tempat barang-barang yang kita tidak perlukan. Menghala terus ke tempat barang-barang yang diperlukan.
8) Catatkan setiap perbelanjaan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen