Berita Panas

Total Pageviews

Perjelas Cara Tarik Kereta



"KPDNKK ulas dakwaan isu tatacara pemilikan semula kenderaan gagal jelas ansuran"  

Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan pihak bank boleh menarik kenderaan sekiranya jumlah bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan dan memperoleh perintah mahkamah.

Menerusi kenyataan KPDNKK, perkara berkenaan adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

“Pada masa sama, jika jumlah ansuran tidak melebihi 75 peratus daripada nilai barangan, tiada perintah mahkamah diperlukan.

“Mengikut peraturan sama, pemegang permit hendaklah mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian atau dengan mendapat perintah mahkamah," katanya, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan adalah bagi memberi maklum balas berhubung isu tatacara pemilikan semula kenderaan yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Mesej yang disebarkan itu menyatakan, bank tidak boleh menarik kenderaan jika nilai bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan kecuali mendapat perintah mahkamah.

la turut menyatakan, bank tidak boleh menarik kenderaan sekiranya ia berada di kawasan kediaman berpagar.

Justeru, KPDNKK berkata, terdapat maklumat salah berkenaan Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang disebarkan itu.

“Dalam mesej itu, dinyatakan aktiviti pemilikan semula tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum dan selepas jam 9 malam.

"Sedangkan waktu operasi bagi menjalankan pemilikan semula adalah dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum.

“Jika perlu lanjutan masa operasi, permohonan boleh dibuat kepada Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK di negeri dan daerah," katanya.

Kementerian turut menjelaskan, pemegang permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) perlu memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sah laku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

Sumber : Harian Metro (08 Januari 2016)
Tulisan : Siti A'isyah Sukaimi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Bijak Berbelanja Elak Hutang



Kain rentang `Jualan Murah, Jualan Penghabisan Stok, Jualan Hebat, Jualan Harga Runtuh dan Jualan Merdeka' kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli-belah seluruh negara, bagaikan menggamit kedatangan pengguna khususnya wanita.

Bila kesempatan sebegini muncul, terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu sering tidak mampu mengawal nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri, dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar, apatah lagi apabila mempunyai kemudahan kad kredit.

Berbelanja mengikut kemampuan mungkin patut dijadikan pegangan kerana ia naluri dan keperluan hidup. Tetapi jika naluri berlebihan belanja dan membeli mendadak mengikut gerak hati tidak dibendung, sudah pasti pola perbelanjaan seseorang akan terjejas.

Kesannya, selain memudaratkan diri sendiri, keluarga juga boleh menjadi porak-poranda kelana keghairahan berbelanja menggunakan kad kredit itu boleh menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap hutang. 

Keadaan boleh menjadi lebih parah jika seseorang itu diseret ke mahkamah dan diisytiharkan muñis akibat kegagalan melunaskan hutang.

Menurut perangkaan, hampir sembilan juta kad kredit dikeluarkan institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai tiga kad kredit.

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka merugikut masa ditetapkan. Selebihnya pula gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah berbilion ringgit.

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakannya juga adalah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Dengan kata lain, di sebalik kemegahann memiliki kad kredit. pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak dengan masalah hutang. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan. Semuanya berpunca daripada keghairahan membeli-belah sehingga semacam menjadi satu budaya terutama di kalangan warga kota dan bandar besar.

Mana tidaknya, pusat beli-belah menjerat perhatian pengguna dengan bentuk keselesaan yang merangkumi sistem hawa dingin dan sistem muzik yang diharap dapat menghibur hati si pembeli.

Malah ia menjanjikan pengguna dengan pelbagai muslihat jualan seperti potongan harga 50 atau 70 peratus, hadiah percuma, beli satu dapat satu serta membeli dan melancong percuma.

Jualan penghabisan stok, jualan musim perayaan dan jualan hujung tahun diadakan sepanjang tahun. Gawat atau tidak, ia terus diadakan. Ekonomi merudum atau tidak, orang ramai tetap dipujuk supaya berbelanja mewah.

Jika seseorang menarik keluar kad kredit dari dompet, tanggapan pertama orang yang melihat ialah pemilik kad itu berkedudukan dan bertaraf ekonomi tinggi.

Bukan itu saja, syarikat pengeluar kad kredit juga memancing dan menggoda pengguna dengan menawarkan diskaun terhadap barangan dan perkhidmatan di kedai yang mempunyai rangkaian kerjasama dagangan dengan syarikat pengeluar kad.

Akibat ghairah berbelanja, sering barang-barang yang dibeli tidak digunakan. Sebaliknya, ia menghidupkan suatu budaya membazir yang membahayakan dan merugikan.

Sememangnya, kita sedar bahawa gejala kad kredit menjadikan manusia sebuah masyarakat yang gemar berhutang dan meniru gaya hidup yang lebih tinggi daripada kemampuan.

Godaan pusat membeli-belah dan `gian' pembeli untuk membeli, jika tidak terkawal, akan hanya mewujudkan satu bentuk masyarakat yang bukan saja memuja kebendaan, malah membazir dan riak. Hakikatnya, hemat berbelanja akan menjadikan kita pembeli yang bijak. berekonomi. beretika dan berperibadi.

PANDUAN BERBELANJA MENGGUNAKAN WANG ATAU KAD KREDIT

1) Hadkan jumlah kad kredit dan tentukan sendiri had perbelanjaan bagi setiap kad yang kita miliki.

2) Tinjau dqu harga barangan sebelum membeli. Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.

3) Ketahuilah keperluan kita. Senaraikan nama dan harga lebih kurang barang-barang yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.  

4) Jika kita tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-eloknya bawalah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat pilihan yang bijak.

5) Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elak daripada menggunakan troli kerana ia memancing kita untuk membeli yang bukan-bukan.

6) Pastikan barang keperluan bulanan dibeli mencukupi bagi mengelakkan selalu ke pasaraya yang akan menjejaskan jadual belanja.  

7) Bagi mengelakkan diri kita `tergoda', usah berlegar-legar di tempat barang-barang yang kita tidak perlukan. Menghala terus ke tempat barang-barang yang diperlukan.

8) Catatkan setiap perbelanjaan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA