Kuala Lumpur : Untuk melabur hartanah di luar negara, pembeli perlu meneliti pelbagai perkara khususnya berkaitan undang-undang negara berkenaan serta pertukaran mata wang.
Perunding hartanah, Tuanbri Hashim berkata, langkah untuk melabur dalam pembelian hartanah perlu dimulakan dengan melakukan penyelidikan dan tidak hanya bergantung kepada ejen semata-mata.
“Sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan hartanah sama ada di dalam atau luar negara, pembeli perlu mula membuat 'siasatan' sendiri.
“Ia termasuk mendapatkan maklumat daripada Internet dengan menyertai forum perbincangan atau sekadar mencari maklumat tambahan dalam enjin carian,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.
Menurutnya, cara berkenaan adalah lebih selamat selain mengunjungi sendiri lokasi hartanah yang ingin dibeli untuk mendapatkan gambaran jelas.
"Dalam hal membeli hartanah, pembeli seharusnya membuat kunjungan ke lokasi sebenar dan jangan terlalu mempercayai ejen memandangkan mereka mungkin hanya akan menyampaikan maklumat yang baik saja. “
Pembeli perlu bersedia menerima kelemahan lokasi sebelum membuat keputusan membeli hartanah berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya lokasi berkenaan jauh dari stesen LRT dan pembeli mungkin perlu mula mencongak kadar sewaan yang dikenakan jika hartanah itu dibeli untuk tujuan pelaburan,” katanya.
Selain membuat penyelidikan sendiri, pembeli juga perlu mengetahui kadar pertukaran mata wang asing kerana jika ia membabitkan kejatuhan harga, maka pembeli mungkin terpaksa menanggung kerugian.
“Jika hartanah berkenaan ingin disewakan, pembeli perlu bersedia berdepan dengan kadar pertukaran mata wang asing yang tidak menentu. “Sekiranya ia mengalami kejatuhan, maka pembeli mungkin terpaksa menampung sedikit kerugian," katanya.
Tulisan : Sri Ayu Kartika Amri, Syarifah Dayana Syed Bakri dan Sofyan Rizal Ishak
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources