Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR), iaitu penanda aras bagi penentuan kadar faedah asas pinjaman (BLR) bank tempatan pada kadar tiga peratus.
Dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam, bank pusat itu berkata, momentum pertumbuhan global menyederhana yang mana aktiviti ekonomi dalam kebanyakan ekonomi maju utama adalah lebih perlahan dalam keadaan ketidakpastian yang semakin meningkat mengenai pelaksanaan dasar, manakala keadaan pasaran kewangan antarabangsa terus tidak menentu. Bank Negara berkata, perkembangan itu memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi di negara lain di dunia.
Dalam ekonomi sedang pesat membangun, termasuk Asia, permintaan dalam negeri mula menunjukkan tanda penyederhanaan dalam keadaan aktiviti luaran yang terus lembap, katanya.
Walaupun ekonomi Malaysia menerima kesan daripada perkembangan global itu, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan aliran itu dijangka berterusan pada masa akan datang.
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/