Berita Panas

Total Pageviews

Panduan Lima Semakan Sebelum Beli Rumah Pertama



Johor Bahru: Senarai semak yang mengandungi lima 'S'adalah perkara penting yang harus dilakukan golongan belia yang ingin mendapatkan kediaman pertama bagi memastikan pelaburan dibuat tidak sia-sia dan boleh dimanfaatkan.

Perunding Hartanah, Khalil Adis, berkata golongan belia yang membeli kediaman pertama mereka seharusnya lima senarai semak berkenaan sebelum membuat pelaburan membeli hartanah.

Katanya, pertama adalah semakan pada pelan utama pembangunan kawasan persekitaran yang ingin dibangunkan sebarang projek perumahan yang boleh didapatkan daripada pemaju atau pihak berkuasa tempatan (PMT).

“Kedua adalah semakan pada pelan utama pembangunan pengangkutan di kawasan yang diidamkan kerana ia faktor penting yang harus difikirkan sebelum membeli kediaman.

“Ketiga ialah semakan terhadap pembentangan bajet yang diumumkan kerajaan atau projek baharu yang akan dilaksanakan di kawasan diidamkan berkenaan. Kita perlu tahu perkara ini kerana ia memang akan mempengaruhi harga pasaran hartanah,” katanya.

Pacu ekonomi
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'tips membeli hartanah bagi golongan gen-Y di Johor' pada Pameran Hartanah MyRumah di Kamtar JBCC di sini, semalam. 

Khalil berkata, keempat adalah melakukan semakan pada faktor pemacu ekommi di kawasan pilihan antaranya seperti bidang yang akan dibangunkan seperti perindustrian, komersial, pelancongan dan sebagainya.

Sumber : Berita Harian (30 Julai 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta



Apabila bercadang membeli kereta baru, anda mempunyai dua pilihan. Anda boleh membeli kereta baru atau terpakai.

Sebagai pembeli, anda perlu tahu kebaikan dan keburukan membeli kereta terpakai dan baru.

Namun, membeli kereta baru lebih selamat kerana ia masih baru berbanding kereta terpakai yang mempunyai masalah mekanikal dan tidak diketahui melainkan selepas membeli atau memandunya. 

Membeli kereta baru bukanlah semudah membeli pakaian di pusat beli-belah.

Minggu ini kita memberi sedikit panduan bagaimana membeli kenderaan baru dan menjadi pengguna bijak.

LAKUKAN PENYELIDIKAN
Sebelum mengunjungi bilik pameran kereta, anda perlu selidik jenis kereta yang anda perlukan. Walaupun mimpi anda untuk memandu kereta laju dan berjenama seperti Porche atau Lamborghini, realitinya kedudukan serta kemampuan kewangan yang menjadi penentu. Anda perlu mendapatkan kereta sesuai kerana pembelian kereta ialah pelaburan kedua terbesar selepas membeli rumah.

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenainya di laman web jenama kereta supaya boleh membuat perbandingan dari segi corak luaran dan dalaman, kuasa, pengendalian serta panduan mekanikal kereta diidamkan.

Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat melalui pembacaan dari majalah permotoran atau melalui cadangan teman.

Bagaimana merancang kegunaan kereta baru berperanan penting menentukan pilihan anda. Adakah mempunyai anak?

Adakah anda sering melakukan perjalanan jauh? Atau hanya memandu dalam bandar? Anda perlu mempertimbangkan perkara seperti saiz ruang dalaman, ruang simpanan, kapasiti enjin, penggunaan minyak, kos penyelenggaraan seperti servis dan alat ganti.

Kriteria ini penting memenuhi kehendak dan keperluan serta tujuan pembelian kereta nanti. 

Kemudian, anda perlu mengetahui pinjaman kewangan ditawarkan bank tempatan bagi pembelian sewa beli dan bayaran ansuran bulanan.

Pinjaman kewangan bank menetapkan kadar faedah tertentu bagi setiap pinjaman. Jadi, anda hanya perlu mendapatkan tawaran istimewa ditawarkan.

Anda perlu tahu mengenai bayaran deposit diperlukan serta kos tambahan atas jalan seperti insurans dan cukai jalan.

Anda boleh memilih mengurangkan kos pembelian dengan tidak memasukkan aksesori tambahan yang ditawarkan.

Jika perkara asas ini berada di hujung jari anda, pastinya boleh memanfaatkannya ketika berhadapan dengan penjual kereta agresif.

Sumber : Berita Harian (11 Julai 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Panduan Memulakan Perniagaan



Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

LESEN DAN PERMIT
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda.

FRANCAIS
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu "bentuk" perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

SISTEM FFRANCAIS
Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan anda. Lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang Strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau `business plan'.

Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang. Ramai perniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.

PERCUKAIAN
Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberi perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

PENGURUSAN KEWANGAN
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah/manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorangan itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen-komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.

Sumber : Harian Metro (11 Julai 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Panduan Rancang Kediaman Selesa



Setiap kediaman perlu dirancang dengan teliti supaya seisi keluarga mampu menjalani kehidupan yang selesa dan teratur.

Kediaman yang selesa mampu memberikan kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan semangat.

Ketika ini, pelbagai rujukan disediakan oleh perunding kediaman yang mudah diperoleh daripada pelbagai majalah hiasan dalaman yang dijual di pasaran.

Namun, bagi yang memiliki masa terhad, boleh mempertimbangkan panduan merancang kediaman selesa seperti di bawah:

(1) LIHAT KEPERLUAN : Jika baru berpindah jangan terburu-buru menukar hiasan lama. Lihat perubahan di kawasan sekitar untuk disesuaikan bagi mengelakkan pembaziran.

(2) FUNGSI GAYA : Reka bentuk yang baik terhasil daripada perancangan teliti dan melihat keseluruhan keperluan serta kos. Kediaman selesa tidak memerlukan bahan mahal, tetapi kesempurnaan cita rasa dan gaya serta pilihan tepat.

(3) KENAL PASTI KEPENTINGAN : Ada pelbagai gaya boleh dipilih untuk kediaman. Pemilihan perlu melambangkan personaliti sendiri. Usia dan kehidupan memberi kesan pada gaya reka bentuk. Golongan 20-an dan 30-an memilih gaya ringkas dan mudah diselenggarakan. Golongan pertengahan yang mempunyai keluarga besar, memerlukan lebih daripada tiga bilik bagi aktiviti tertentu. Mengenal pasti kepentingan cara hidup sangat penting supaya tidak memaksa anda melakukan perubahan pada kediaman kerana kos tinggi selain tekanan kepada pemiliknya.

(4) PENGGUNAAN WARNA : warna yang dipilih berperanan menimbulkan dan membangkitkan emosi. Warna cerah membuatkan ruang ceria dan tenang. Elemen sampingan seperti perabot dan langsir membantu menambah keceriaan ruang.

(5) KESAN CAHAYA DAN TARIKAN ALAM SEMULA JADI : kediaman yang mempunyai pengaliran cahaya dan udara semula jadi amat baik bagi mengurangkan kos elektrik. Suasana kehijauan dapat melahirkan ketenangan terutama bau wangi dan deruan air dari kolam buatan. 

Sumber : Harian Metro (9 Julai 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pejabat - Urus Niaga Di Rumah



Memulakan kerja dari rumah menjadi keinginan ramai. Ada yang ingin 'membebaskan' diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.

Apa jua alasan diberi, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Sebagai contoh, fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.

Selain itu, sebagai langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon.
Jika anda mempunyai kemahiran sedia ada berkaitan perniagaan yang ingin dipindahkan dengan berpangkalan di rumah tetapi memerlukan kelengkapan berskala besar, ia masih boleh dilaksanakan namun persoalannya adakah ia berbaloi?  

Terdapat peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.  

Pada masa ini, mulakan dengan kos permulaan yang rendah selain melengkapi diri dengan kemahiran diperlukan.  

Perniagaan seperti perunding produk, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud. 

Cuma pastikan segala perancangan kos, kualiti produk, sistem latihan serta lesen perniagaan dilakukan sebaiknya jika ingin bermula menerusi salah satu perniagaan berkenaan.  

Sebaik saja selesai menentukan apakah jenis perniagaan di rumah yang ingin dilakukan, dapatkan pula maklumat pemasaran bagi memastikan dan memahami apa kehendak pasaran terhadap produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Tidak ketinggalan, tentukan juga siapa bakal pesaing anda.  
Ini penting kerana jika mereka menjalankan perniagaan sama seperti anda, persaingannya lebih luas Jika perniagaan dilakukan secara online, mungkin terdapat banyak lagi perniagaan seumpamanya dapat ditemui melalui enjin pencarian di internet.  

Paling penting sekali, apakah produk atau perkhidmatan ditawarkan yang tidak ada pada pesaing. Jangan takut pada persaingan tetapi sentiasa dalam keadaan bersedia supaya dapat memasarkan perniagaan dengan lebih baik lagi.  

Bercakap mengenai medium terkini bagi menjalankan perniagaan dalam radar yang lebih luas, perniagaan secara online kini menjadi pilihan terutama bagi usahawan muda.  

Pengendaliannya yang mudah, memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak apabila urus niaga dapat dilaksanakan hanya di hujung jari.  

Berbanding cara biasa, perniagaan di internet mampu mencakupi pelanggan dengan lebih luas dari seluruh pelosok dunia yang melayari laman web berkenaan.  

Tip Penting Yang Patut Dipraktikkan 
(1) MEMULAKAN KERJA DARI RUMAH menjadi keinginan bagi semua. Ada yang ingin `membebaskan' diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi sebagai bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.  
(2) TERDAPAT FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN sebelum membuat keputusan meletak jawatan untuk menjalankan perniagaan berkenaan.  
(3) FIKIRKAN MENGENAI KEBOLEHAN SENDIRI yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.  
(4) SEBAGAI LANGKAH PERTAMA, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer. pencetak, mesin faks dan telefon.  
(5) TERDAPAT JUGA PELUANG LAIN untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.  
(6) PERNIAGAAN SEPERTI PERUNDING PRODUK, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud.  

Sumber : Berita Harian (9 Julai 2016)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pengalaman Sahara Wajar Jadi Iktibar



"Anak seni perlu menabung untuk persediaan masa depan"

Kuala Lumpur : Pengalaman perit ditempuh Sahara Yaacob, penyanyi era 1980-an yang pernah digelar Tina Turner Malaysia perlu dijadikan iktibar oleh anak seni.

Vokalis kumpulan Wings, Awie yang mengaku meminati vokal dan kelincahan Sahara di pentas, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nasib penyanyi berkenaan yang sepatutnya hidup selesa pada usia 60 tahun.

“Saya terkejut mendapat tahu kisah hidup Sahara yang lama menghilang. mungkin ada hikmahnya dan kisah ini wajar memberi pengajaran kepada mereka yang berkecimpung dalam industri seni. 

“Kita hanya mampu merancang, Allah memberi ujian sama rata kepada semua hamba-Nya. Hanya mereka yang kuat akan diuji dengan pelbagai dugaan dan saya harap Sahara tabah menghadapi kemelut hidup", katanya kepada BH.

Sahara yang ketika zaman popularnya terkenal dengan imej liar dan fesyen rambut ala 'terkena kejutan elektrik', dilaporkan hidup sebatang kara dalam sebuah stor di kawasan rumah arwah kakaknya di Hulu Iangat, Selangor.

Peminat simpati
Selama ini, penyanyi yang popular dengan lagu Sahara Blues itu merahsiakan kisah hidupnya sejak meninggalkan persada seni pada 2000. Selepas pendedahan BH, kisah penderitaan hidup Sahara atau nama sebenarnya, Zaharah Mohd Yaacob viral hingga ramai peminat melahirkan simpati.

Malah, pelbagai pihak termasuk promoter mula merisik untuk merisik untuk mengutuskan undangan nyanyian.

Awie yang menyifatkan pengalaman getir dilalui Sahara menunjukkan industri seni tempatan tidak menjanjikan kesenangan, berkata kisah penyanyi itu bukan isu terpencil, sekali gus memerlukan mereka yang mencari makan dalam kerjaya hiburan menabung untuk persediaan masa depan

Kisah hidup Sahara
- Kehidupan makin sukar selepas bercerai dengan suami kelima pada 2013.
- Pernah berhijrah ke Mesir mengikut suami kelima, namun rumah tangga mereka hanya bertahan 13 tahun.
- Hidup atas belas ihsan anak saudara.
- Stor dihuni dibina pada tahun 1985 selepas berpisah dengan suami keempat.

Sumber : Berita Harian (9 Julai 2016)
Tulisan : Farhana Ab Rahman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Tak Perlu Cemas Rumah Dilelong



"Pemilik kediaman boleh berbincang dengan pihak bank untuk membuat penjadualan semula pembayaran tunggakan"

Rumah lelang sering dipandang sepi oleh mereka yang berhasrat untuk mendapatkan kediaman sendiri khususnya bagi pembeli pertama sedangkan ia ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Namun, tahukah anda mengapa sesuatu hartanah itu dilelong dan apa yang perlu dilakukan sekiranya kita menghadapi situasi berkenaan?

Menurut Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Shukor, sesuatu hartanah itu boleh dilelang apabila pemiliknya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan pinjaman atau pembiayaan pembelian hartanah dengan bank atau pembiaya.

“Biasanya selepas tiga bulan berturut-turut gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan, bank akan mula menghantar notis tuntutan kepada mereka untuk menjelaskan tunggakan berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Sekiranya masih gagal berbuat demikian, barulah bank atau pembiaya akan mengarahkan peguam mereka menghantar notis tuntutan kepada pemilik hartanah dan seterusnya memfailkan prosiding lelongan untuk unit berkenaan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini, semalam.

Namun, menurutnya prosedur lelongan ini dijalankan secara berperingkat dan tidak dilakukan secara serta-merta.

“Pemilik tidak perlu bimbang kerana walaupun peguam sudah memfailkan prosiding lelongan, namun ia tidak bermakna rumah berkenaan akan dilelong pada minggu berikutnya.

“Proses berkenaan mungkin mengambil masa beberapa bulan bahkan ada kes yang menjangkau bertahun-tahun sebelum hartanah itu dilelong secara rasmi memandangkan prosiding lelongan akan membabitkan banyak pihak seperti pejabat tanah atau mahkamah," katanya.

Salkukhairi berkata, kebiasaannya, sebelum lelongan dibuat, pihak bank atau peguam bank akan menghantar notis tuntutan kepada pemilik hartanah dan apabila menerima notis itu, pemilik sepatutnya perlu segera menjelaskan bayaran tunggakan.

“Jika pemilik mempunyai masalah kewangan misalnya, mereka hendaklah berjumpa dan berbincang dengan pihak bank untuk membuat penjadualan semula pembayaran tunggakan sebelum prosiding lelongan diteruskan.

“Jika pihak bank berpuas hati dengan komitmen yang kita tunjukkan, biasanya mereka tidak akan teruskan dengan prosiding lelongan,” katanya.

Katanya, apabila menerima notis tuntutan daripada bank akibat tunggakan bayaran ansuran perumahan, pemilik dinasihatkan supaya tidak melarikan diri sebaliknya berbincang dengan pihak bank untuk membuat penjadualan semula bayaran.

“Ada yang gagal dihubungi kerana menukar nombor telefon atau sengaja mengelak panggilan daripada bank. Rumah pun sentiasa berkunci dan takut untuk melihat surat yang dihantar posmen kerana bimbang ia datang daripada pihak bank.

Tindakan ini adalah kesilapan besar kerana jika kita mengabaikan notis tuntutan itu dan tidak pergi berjumpa dengan pihak bank untuk berbincang, mereka sudah pasti akan teruskan dengan prosiding lelongan," katanya.

Menurutnya, sekiranya penyelesaian tidak dapat dibuat sehingga menyebabkan prosiding lelongan diteruskan oleh pihak bank dan hartanah milik kita dilelong dengan rasminya, jangan bahayakan diri dengan mengambil tindakan di luar batas perundangan.

Katanya, apa yang perlu dilakukan adalah serahkan saja hartanah berkenaan kepada pihak yang berjaya dalam lelongan kerana ada kemungkinan sekiranya hartanah itu dilelong melebihi jumlah tunggakan hutang kita dengan bank, lebihan hasil lelongan akan diserahkan kembali kepada kita oleh pihak bank.

“Dengan lebihan itu, pemilik mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli hartanah baru atau mencari peluang pemilikan hartanah yang lain,” katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Julai 2016)
Tulisan : Syarifah Dayana Syed Bakri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

3 Projek Baru Hartanah Mewah



"Naza TTDI optimis hartanah mewah terima sambutan pembeli"

Kuala Lumpur : Naza TTDI syarikat pemaju hartanah mengunjurkan pertumbuhan nilai jualan sekitar 15 hingga 20 peratus pada tahun ini berbanding lebih RM1 bilion direkodkan tahun lalu bersandarkan pelancaran tiga projek membabitkan pelbagai segmen sepanjang tahun ini.

Syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Naza itu optimis dengan pengenalan projek mewah sama ada dalam segmen komersial mahupun kediaman kerana ia mampu meraih permintaan daripada pembeli terutama dalam kalangan pembeli tempatan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI SM Faliq SM Naisimuddin berkata, jumlah nilai pembanguman kasar (GDV) ketiga-tiga projek yang dilancarkan pada tahun ini mencecah RM1.4 bilion.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya melancarkan projek pertama tahun ini, kediaman dupleks pertama di Taman Tun Dr Ismail (TTDI),TTDI Sigris dengan GDV berjumlah RM227 juta dan ia mendapat 60 peratus tempahan setakat ini.

“Walaupun keadaan pasaran hartanah ketika ini berdepan dengan cabaran, projek hartanah yang dilancarkan Naza TTDI masih mendapat perhatian pembeli walaupun ia berada dalam segmen mewah dan ini dapat dilihat menerusi pelancaran TTDI Sigris yang bakal mewujudkan 185 unit kediaman dan 60 peratus daripada jumlah itu ditempah pembeli.

“Malah, ia mendapat perhatian daripada pembeli tempatan yang mana mereka adalah pembeli projek kediaman kami sebelum ini dan kali ini pembeli berkenaan terus setia untuk melabur di dalam 'TTDI Tigris,” katanya pada mailis pelancaran TTDI Tigris.  

TTDI Tigris terletak di Persiaran Zaaba berhampiran dengan stesen Mass Rapid Transit (MRT) adalah projek usahasama antara Naza TTDI dan Prasarana Malaysia Bhd menerusi anak syarikatnya, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) .  

Projek berkenaan bakal membangunkan kediaman setinggi 28 tingkat dan menyediakan 185 unit kesemuanya yang mana 153 adalah unit dupleks manakala 32 unit bukan dupleks.  

Sumber : Harian Metro (2 Julai 2016)  
Tulisan : Hafiz Ithnin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Bangun 73 Rumah Mampu Milik


Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fatah Abdullah

Petaling Jaya: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melalui anak syarikatnya, MyAngkasa Bina Sdn Bhd (MyAngkasa Bina) bekerjasama dengan Koperasi Usahasarna Kuala Selangor Berhad untuk membangunkan 73 unit rumah mampu di Sungai Besar, Selangor.  

Projek yang bakal dimajukan Panca Minda Sdn Bhd (Panca Minda) itu dibina di atas kawasan seluas 2.12 hektar membabitkan pembangunan rumah mampu milik dengan keluasan 1,420 kaki persegi dan memiliki empat +satu bilik.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata, projek itu bakal memberi peluang kepada ahli koperasi di kawasan Sabak Bernam, Selangor untuk memiliki rumah mampu milik pada harga berpatutan.

“Kami menjangkakan ia akan mendapat sambutan dalam kalangan ahli koperasi memandangkan ia terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan kawasan institusi pendidikan dan bandar berdekatan," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara Panca Minda dan MyAngkasa Bina serta Koperasi Usahasama Kuala Selangor di sini, semalam.

Projek itu akan memulakan pembinaannya pada Ogos ini dan ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan akan datang dan bakal ditawarkan kepada ahli koperasi di kawasan berdekatan pada harga di bawah RM400,000.

Dalam majlis sama, Angkasa melalul satu lagi anak syarikatnya iaitu MyAngkasa Services Sdn Bhd (MSSB) turut menandatangani perjanjian dengan Yontai Hardware Sdn Bhd untuk bekerjasa bagi menubuhkan sebuah syarikat di kenali Angkasa YT Hardware Sdn Bhd.

Beliau berkata, syarikat itu akan membekalkan semua bahan binaan dan industri pembinaan terutama kepada Kumpulan Angkasa melalui MSSB yang memegang 30 peratus saham dalam syarikat terbabit.

“Syarikat ini akan melantik koperasi yang terbabit dalam industri pembinaan dan pembangunan sebagai sub pembekal," katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Julai 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Tambah Baik Sistem PTPTN



"Pengerusi akui kelemahan dalam data individu langsai pinjaman"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melakukan siasatan terperinci termasuk menambah baik dan mengemas kini senarai peminjam yang sudah melakukan pembayaran pinjaman.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya mengakui kemungkinan ada masalah atau kelemahan berkaitan senarai terbaru data hingga menyebabkan ada peminjam yang melangsaikan pembayaran terlepas pandang.

Beliau berkata, setiap aduan dan masalah berkaitan pengurusan PTPTN akan ditambah baik, malah kecekapan sistem sedia ada dipertingkatkan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada peminjam.

“Kami akui ada kelemahan iaitu beberapa individu sudah melangsaikan pinjaman, namun namanya belum dipadamkan dalam senarai hitam kerana kami mempunyai 2.5 juta peminjam secara keseluruhannya.

“Setakat ini, setiap aduan diambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu atau masalah membabitkan peminjam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, impian seorang wanita ingin bercuti ke Melbourne, Australia hampir berkubur apabila dia disekat ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih tersenarai dalam senarai hitam jabatan itu.

Masalah itu dipercayai berlaku akibat rekod pembayaran tidak dikemas kini dan lebih setahun tiada surat atau notis pemberitahuan diterima walaupun bayaran dijelaskan sepenuhnya.

Wanita itu dimaklumkan pegawai imigresen di KLIA insiden menimpanya bukan kes pertama dan ramai membuat bayaran RMl,000 bagi mengeluarkan nama daripada senarai hitam dan boleh ke luar negara.

Selain itu, Shamsul Anuar berkata, peminjam dinasihatkan supaya segera menyelesaikan segala pinjaman bagi mengelak masalah sama berulang.

Sumber : Harian Metro (1 Julai 2016)
Tulisan : Syazwan Msar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Mangsa Tipu 'Usah Baik Hati'



"Pengguna perlu buat aduan penipuan pakej pelancongan murah menerusi media sosial"  

Putrajaya : "Jika ditipu, tampil buat laporan dan berikan kerjasama. Sekiranya aduan tidak dibuat, kita tidak tahu kes berkenaan.," kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau mengulas sikap segelintir pengguna yang tidak melaporkan kepada kementerian itu selepas ditipu syarikat atau individu menawarkan pakej pelancongan murah dan 'backpackers'.

Mas Ermieyati berkata, pelbagai pakej pelancongan murah termasuk umrah serta secara 'backpackers' diiklankan menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Walaupun pakej ditawarkan itu dikatakan murah, pengguna perlu memastikan syarikat berkenaan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Ada kes yang berlaku, pengguna marah ditipu syarikat, namun setakat itu saja dan dia memaafkan perbuatan itu serta tidak melaporkan kepada kita," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sikap 'berhati mulia' pengguna terbabit memaafkan insiden ditipu syarikat atau individu tanpa melaporkan kepada kementerian menyebabkan mereka tidak mengetahui perkara itu. 

“Justeru, mereka yang ditipu ini perlu memberikan kerjasama supaya masalah ini dapat diselesaikan bersama.

“Ada pengguna mengatakan... tak apalah kena tipu RM4,000 kemudian pendam dalam hati. Sebenarnya tidak boleh sebab itu hak kita," katanya.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, pakej pelancongan murah serta 'backpackers', menjadi trend mereka yang menawar khidmat berkenaan mengunakan modus operandi di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menutup akaun media sosial milik syarikat atau individu jika menerima laporan dan aduan daripada orang ramai.

Sumber : Harian Metro (1 Julai 2016)
Tulisan : Siti A'isyah Sukaimi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Arkib Berita Harian 2015 Arkib Berita Harian 2014 PKPKL Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Cara Berjimat Cermat Arkib Berita Harian 2016 Arkib Harian Metro 2016 KPDNKK AKPK Kos Sara Hidup Arkib Majalah Wanita 2015 Cara Berkesan Menabung Cara Penggunaan Kad Kredit Cara Tangani Kenaikan Kos KWSP Masalah Kegawatan Ekonomi NCCC Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Sunthara Segar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Amanah Arkib Utusan Malaysia 2016 Bahaya Berhutang Bahaya Kad Kredit Bajet Bijak Belajar Seni Berjimat Bersara Awal Bijak Berbelanja Budaya Hidup Cara Atasi Kegawatan Ekonomi Francais Gejala Kad Kredit Hilangkan Stress Isu Kewangan Semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masalah Kewangan Peribadi Pelaburan Hartanah Pengurusan Kewangan Pinjaman Peribadi Rumah Lelong Stres Di Tempat Kera Takaful Islam Tip Beli Rumah Lelong Tips Beli Rumah Tips Rumah Mampu Milik Ulasan Admin Urus Niaga Kad Kredit 1 April 2015 1klassifieds 8 Prinsip Asas Menghidang Makanan Semasa Mesyuarat Aabar Investments PJS Agos Cholan Ahli Parlimen Kinabatangan Ahli Perniagaan Melayu Islam Akaun 2 Aksi Mat Rempit Akta Bekalan Elektrik Akta Francais 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Aktiviti Bersenam Alat Penjimatan Minyak Alat Penjimatan Palsu Along Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Kemalangan Arkib Berita Harian 2012 Aset Rumah Atasi Cara Hidup Mewah Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup Dengan Ilmu Auhan Pengurusan Kewangan Awie Wings Azam Untuk Berjimat BERNAMA BLR BNM BR1M Bad Mood Bahana Tidak Langsai Hutang Bahaya Boros Bahaya Peminjam Tidak Berlesen Bank Negara Malaysia Bantuan Pakar Atasi Masalah Kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia Banyak Peluang Kerjaya Di Hotel Berhati-hati Ketika Melancong Berhemah Apabila Menggunakan Kad Kredit Berita Emas Semasa Berita Perak Semasa Berjimat Pangkalnya Niat Berpendapatan Rendah Berpendapatan Sederhana Bersara Dan Kaya Bersara Muda Bidang Keberhasilan Utama Negara Bijak Berbelanja Elak Hutang Bil Utiliti Bila Kuasa Beli Semakin Susut Bisnes Metro Bonus Tahunan Borang B2 Boros Jalan Pintas Kepada Kemiskinan Bosan Di Tempat Kerja Budaya Berhutang Membawa Padah CART CIDB CRRC CUEPACS Cara Cara Antimonopoli Cara Bebas Hutang Cara Bijak Bayar Hutang Cara Cari Modal Percuma Cara Cari Modal Perkahwinan Cara Elak Ditipu Cara Jimat Elektrik Cara Jimatkan Kos Elektrik Cara Kreatif Dapat Modal Cara Membantu Perniagaan Berkembang Cara Membuat Tabungan Kos Bersalin Cara Menabung Berkesan Cara Mengelak Pencopet Cara Mengelak Penyeluk Saku Cara Mengkukuhkan Ekonomi Cara Menjimatkan Minyak Cara Menyelesaikan Hutang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Cara Mudah Cari Kerja Cara Mudah Tambah Duit Cara Pelajar Menabung Cara Pemeriksaan Kenderaan Cara Permohonan Pengubahsuaian Enjin Cara Simpan Kad kredit Cara Tambah Dana KWSP Cara Tambah Tabung SImpanan Hari Tua Cara Tangani Kenaikan Harga Cara Tarik Kereta Cara Tuntut Insurans Cara Urus Wang Gaji Carta Perbelanjaan Chef Dana Persaraan Dapur Selesa Keluarga Bahagia Datuk Ahmad Maslan Datuk Bung Mokhtar Radin Datuk Seri Idris Jusoh Datuk Shamsul Anuar Nasarah Deposit Tambahan Disekat Ke Luar Negara Dividen 2013 Dr Norashikin Mahadan Ebook Elak Ditipu Kontraktor Elak Hutang FELCRA Formula Meringankan Beban Rakyat Francaisi Francaisor Fraud Kad kredit GDV GIRO GIRO Antara Bank GST Membebabankan Pengguna GST Membebankan GST Tak Bebabnkan Pengguna Gaya Hidup Boros Gaya Hidup Generasi Muda Gaya Hidup Generasi Y Gejala Berhutang Gejala Tidak Sihat Golongan Materialistik Golongan Muda Menabung Untuk Masa Depan Guna Dana Awam Hak Pembekal Hak Pemiutang Hak Pengguna Hak Penghutang Hak Pengilang Hak Peniaga Hala Tuju Ekonomi Dunia Hapuskan Subsidi Harga Minyak Naik HartaGuam Hilangkan Bosan Hilangkan Bosan Dalam Pesawat Hotel Lumayan Housekeeper Hutang Boleh Tambah Hutang IBG IMF Impian Hampir Berkubur Indikator Negara Maju Inspirasi Insurans Keluarga Insurans Kemalangan Insurans Kemalangan Diri Insurans Pendidikan International Petroleum Investment Company Isu Semasa Kewangan JPJ Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan lnsolvensi Malaysia Jana Wang Bebas Hutang Jana Wang Persaraan Jangan Kereta Rosak Jangan Meminjam Jangan Mengeluh Jawatankuasa Dasar Monetari Jimat Bawa Berkat Jimat Elektrik Jamin Kesejahteraan Jujur KDNK KDRM Kabinet Baru Kad Kredit Bukan Penyelesaian Kadar Faedah Asas Pinjaman Kahwin Percuma Kaji Selidik Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Kamaliah Abd Kadir Kapal Terbang Bosan Kawal Kenaikan Harga Keluaran Dalam Negara Kasar Kelurusan Sosial Penentu Ekonomi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah Modal Bersaing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kenapa Muflis Kepelbagaian Pelabura Kepentingan Label Kepentingan Reka Bentuk Rumah Kepentingan Simpanan Kecemasan Kereta Kena Tunda Kereta Selamat Kerja Dari Rumah Kerja Kosong Kerja Kosong Di Hotel Kesan Berhutang Kesan Boros Kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kesan Domino Keselamatan Barang Keselamatan Pengguna Kestabilan Ekonomi Negara Ketahui Hak Tandatangan Anda Kisah Penarik Kereta Komoditi Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kontraktor Berwibawa Koperasi Usahasama Kuala Selangor Kos Berkurang Bekerja Di Rumah Kos Bersalin Kos Elektrik Yang Membebankan Kos Perkahwinan Percuma Kos Perubatan Kos Perubatan Swasta Kuasa Membeli Kuasa Membeli Berkurangan Kuota Perumahan Bumiputera Laisez Faire Langkah Cegah Penipuan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Laporan Pemeriksaan Puspakom Lembaga Tabung Haji Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Lesen Dan Permit Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud Lindungi Maklumat Diri Logo Pematuhan Standard Keselamatan Lokasi Hartanah MMKN MNRB Holdings Bhd MNRB Ringgit Sawy MPC Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mana Wang Bonus Mangsa Tipu Pakej Pelancongan Mata Wang Jatuh Melabur Dengan Bijak Memahami Produk Pelaburan Membaiki Memilih Takaful Perubatan Yang Sesuai Menabung Menabung Untuk Kaya Menangani Kemelut Terlebih Berbelanja Mendapatkan Pinjaman Perumahan Mengapa Melayu Sukar Dapat Rumah Mengganti Atau Bayaran Balik Mengurus Kewangan Keluarga Menteri Pendidikan II Menuju Negara Berpendapatan Tinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Misteri Kapal Terbang Modal Insan Money Belt Muflis Muda Muji Salimon MyGST NCD NKRA Naza TTDI Nilai Pelaburan Non Claim Discount Oh My English! PBT PIAM PNB PTPTN PTPTN Bermasalah Padah Pinjam Along Padah Rumah Mewah Pakej Backpackers Pakej Bajet Pakej Pelancongan Murah Pakej Umrah Murah Pameran Hartanah MyRumah Panduan Berbelanja Panduan Membuat Pengubahsuaian Rumah Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Panduan Rancang Kediaman Selesa Pelaburan Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah 2014 Pelaburan Jangka Panjang Pelaburan Persaraan Pelaburan Silver Pelan Perniagaan Pelan Takaful Mampu Milik Pelan Takaful Terbaik Peluang Kerja di Hotel Peluang Kerjaya Pemanduan Berhemah Pemanduan Berhemah Menjimatkan Minyak Pembentangan Bajet 2017 Pembiayaian Semula Rumah Peminjam Tegar Pemohon BR1M Ditolak LHDN Pendapat Tak Cukup Pendapatan Lumayan Kerja Di Rumah Penentu Ekonomi Penerbangan Jarak Jauh Pengubahsuaian Kabinet Pengurusan Kewangan Berkesan Pengurusan Kewangan Rumahtangga Pengurusan Wang Saku Peniaga Melayu Perlu Cekal Peniaga Yang Jujur Penipuan Kad Kredit Penipuan Tandatangan Pentadbir Francais Penting Menabung Penting Menabung Di Usia Muda Penyediaan Pelan Perniagaan Perancangan Ekonomi Negara Untuk Manfaat Rakyat Perancangan Ekonomi Perancangan Kewangan Perancangan Kewangan Di Kalangan Pelajar Peraturan 11 Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 Peraturan-Peraturan Sewa Beli Perbankan Atas Talian Perbankan Atas Talian Boleh Membantu Perniagaan Anda Perbankan Islam Perbelanjaan Terhad Percukaian Perisian Percuma Perjanjian Lindungi Pemilik Dan Penyewa Perjanjian Pemilik Perjanjian Penyewa Permodalan Nasional Berhad Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia Persatuan Keselamatan Pengguna KL Persedia Hari Tua Persiapan Hadapi Kesusahan Personal Loan Perunding Barangan Perunding Hartanah Petikan Berita harian Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan Hartanah Mewah Pilihan Warna Rumah Baru Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Pinjaman Berlandaskan Islam Pinjaman Dan Kredit Pinjaman Konvensional Pinjaman PTPTN Pinjaman Perumahan Pinjaman Tidak Bercagar Polisi Insuran Hayat Prinsip Berhutang Projek Rumah Mampu Milik Punca Rezeki Puspakom REUTERS Rahsia Mengurus Insurans Hayat Rahsia Tarik Duit Rahsia Temuduga Rambut Ala Terkena Elektrik Rancang Beli Kereta Baru Rancang Beli Kereta Terpakai Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun Rancang Keperluan Sebelum Beli Kereta Rancang Kewangan Sambut Bayi Baru Rancang Kewangan Sambut Orang Baru Rekod Perbelanjaan Bulanan Rumah Dirampas Bank Rumah Habis Ditempah Rumah Jimat Rumah Mampu Milik Rumah Mampu Milik Di Sabak Bernam Rumah Mewah Pembeli Parah Rumah Murah Rumah Yang Ideal S&P SKMM SMK Buyong Adil SMS SOP SSM SSPN-i Sahabat PTPTN Sahara Blues Sahara Liar Sahara Seksi Sahara Simbol Seks Sahara Yaacob Sajian Sihat Sebab Muflis Selenggara Alat Penghawa Dingin Sempurnakan Amanah Senarai Hitam Terkini PTPTN Senarai Scammer Di Malaysia Senjata Cari Kerja Sikap Mahmudah Sikap Mazmumah Simpan Duit Setiap Bulan Sistem Francais Skim Penipuan Skim Penipuan Rumah Soft Skills Subsidi Bahan Api Sumber Kewangan Untuk Persaraan Surat Kastam K2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 Surat Perjanjian Jual Beli Suruhanjaya Syarikat Malaysia TH TLDM TNB TTDI Sigris Tabung Kewangan Antarabangsa Tabungan Takaful Keluarga Takaful Kesihatan Takaful Membolehkan Kita Merancang Kewangan Takaful Pendidikan Tambah pendapatan Tangani Cabaran Ekonomi Semasa Tarik Kereta Tatacara Sebenar Tarik Kereta Teknik Penjagaan Kereta Temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Haru Biru Timbalan Menteri Kewangan Tip Hindar Keletihan Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja Dan Senaman Tip Membeli-belah Menerusi Internet Tip Membeli-belah Online Tip Untuk Masa Persaraan Tips Beli Rumah Pertama Tips Jika Rumah Ingin Dilelong Tips Kereta Baru Tips Kereta Terpakai Tips Keselamatan Tips Keselamatan Melancong Tips Melancong Tips Membeli-Belah Tips Mencari Kerja Tips Penjimatan Tips Rumah Murah Tips Untuk Generasi Y Tragidi Rumah Mewah Tranformasi Ekonomi Trens Backpackers Tuanbri Hashim Tukar Kabinet Tunggakan Ansuran Kereta Ubahsuai Dapur Ubahsuai Rumah Ukur Baju Di Badan Sendiri Urus Niaga Dari Rumah Urus Wang Bonus Secara Bijak Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abd Rahman Waranti Barang Zoom Malaysia pengurusan Kewangan Remaja
Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA